Pages

Monday, December 24, 2012

Mula awal, jalan mudah untuk berjaya


Mula niaga di usia muda
Ramai contoh usahawan terbilang tak tunggu tua untuk jadi usahawan. Antara yang semua orang kenal ialah seperti Bill Gate, Steve Job, Marck Zuckerberg, dan lain-lain. Mereka jadi billionaire sebelum sempat berumur 30 tahun.

Antara yang orang tak kenal tapi saya kenal adalah seperti kawan saya Zulkipli, Taukeh DBM Hospital. Dia mula berniaga sejak sekolah menengah lagi. Waktu balik sekolah dia kait buah rambutan, ikat buah, dan sewa teksi untuk dijual ke bandar. Tak hairan jika sekarang dia punya 3 rangkaian Hospital bersalin berkonsepkan Islamik.


Kawan saya Taukeh Kursus Borong Di Negeri China, Shahabudeen juga mula niaga awal. Kini dia berjaya menonjolkan dirinya sebagai usahawan kursus borong negeri China yang dikenali. Dia berjaya awal walaupun ramai yang sangka umurnya dan lanjut disebabkan perwatakannya yang nampak tua.

Ada lagi kawan saya yang lain yang kini berjaya dengan aset berjuta-juta juga mula berkecimpung sebagai usahawan sejak muda, sejak di bangku sekolah. Tidak hairan mereka berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka tidak glamour kerana mereka pilih bidang niaga yang tak perlu glamour.

Sebab apa penting mula awal?
  • Mula awal kita belajar ilmu keusahawanan lebih awal daripada orang lain.
  • Mula awal juga membuatkan risiko yang diambil terlalu rendah berbanding mula lewat. Bayangkan jika anda mula berniaga ketika umur 17 tahun, apa yang nak dirisaukan?
  • Mula awal mengizinkan kita gagal berkali-kali sebagai medan ilmu mengetahui jalan mana yang salah.
  • Mula awal membolehkan kita berjaya awal.
  • Mula awal memungkinkan kita nampak keperluan pengguna pada masa akan datang yang sezaman dengan kita lalu kita mula membinannya.
Berniaga ini sebijik macam belajar naik basikal. Tak ada cara lain untuk belajar naik basikal melainkan ambil basikal dan naik. Lagi cepat kita buat keputusan ambil basikal dan naik, lagi cepat kita cekap kendalikan basikal.

Oleh itu mulakan berniaga awal, banyak faedahnya. Tapi kalau umur dah lanjut macam mana pulak? jawapannya adalah mulakan sekarang! sebelum umur anda meningkat lebih lanjut lagi. Samada anda mula sekarang atau tidak yang pastinya umur tetap meningkat. Jadi buat keputusan!

Macam naik basikal, tak ada salahnya belajar naik basikal pada umur 40 tahun, bila dah cuba beberapa kali, insyallah mampu naik macam orang muda jugak.

Mulakan hari anda awal
Kalau mula awal ketika muda itu penting, mula pergi dan buat kerja awal juga amat penting. Tak ada orang yang mula membina perniagaannya lalu berjaya, dengan memulakan hari kerjanya pukul 12 tengahhari. Melainkan dia berniaga jenis seorang diri seperti jual kacang putih atau buat show macam artis jalanan.

Meniaga sendiri tanpa perlukan orang lain sebagai sebuah kumpulan tak pergi jauh ke mana. Lihat peniaga kacang putih yang buat kesemua kerjanya sendiri. Apa yang dia dapat hanya cukup untuk dirinya sendiri saja.

Tak ada orang melonjak bina syarikat besar dengan hanya seorang diri. Anda tak ada pilihan melainkan membina kumpulan yang cukup hebat. Lebih besar kumpulan lebih hebat perniagaan anda. Rekrut pekerja, Pimpin, Latih dan Pantau, itu tugas yang cukup mencabar.

Jika peniaga kacang putih mahu besar mesti bina kumpulan peniaga-peniaga kacang putih yang besar dengan dia menjadi orang yang menguruskan mereka. Dari situ dia juga mampu menjadi pengimport kacang putih untuk diedarkan pada penjual-penjualnya.

Sampai di tahap besar sebegitu, dia tak boleh mengelak dari bangun dan pergi kerja awal. Waktu pejabat tak boleh dimulakan sesuka hati. Semua pekerja perlu berkumpul pada masa yang ditetapkan, perlu ada disiplin. Kalau taukeh tak ada disiplin, jangan harap anak buah akan berdisiplin.

Ringkasnya mula awal untuk berjaya ada dua makna:
  1. Mula berniaga masa muda
  2. Berdisiplin mulakan kerja awal untuk membina kumpulan yang hebat.sumber