Pages

Saturday, December 22, 2012

Kalau takut gagal, maknanya takut berjaya !


" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Ash-Syar-h ayat 5 & 6)

Baca ayat di atas. Saidina Umar berkata satu kesukaran diapit oleh dua memudahan. Oleh itu tak perlu gentar pada kesukaran.

Ramai yang merasakan kesukaran lalu berputus asa. Ini pasti satu kegagalan. Tapi ada segelintir yang merempuh kesusahan samada kesukaran dalam bentuk kegagalan atau seumpamanya lalu kesabaran itu membuahkan kemudahan dalam bentuk kejayaan.

Kenapa ramai yang tak berani berniaga? samada suka atau tidak ia banyak berkait rapat dengan takut akan kegagalan. Jika itulah yang kita takutkan maka samalah juga dengan takutkan kejayaan. Sekali anda takutkan kegagalan, maka samalah dengan dua kali anda takutkan kejayaan.

Kita menghadapi kesukaran dengan hanya dua cara:
  1. Melarikan diri dan hidup dalam bayang-bayang
  2. Merempuhnya dengan sabar. Menghuraikannya satu persatu sehingga terbukalah kejayaan.
Jika anda yakin dengan ayat di atas dan sudah sewajibnya anda yakin, maka pilihlah pendekatan kedua di atas. Insyallah anda akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Namun ingat sambungan ayat di atas,

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."
(Ash-Syar-h ayat 7 & 8)

Disamping berusaha jangan lupa senantiasa memohon pada Tuhan. Jangan mohon pada selain Allah. Jika anda menemui seseorang untuk meminta bantuan ingat bahawa anda sekadar berusaha dan anda sedang memohon pada Allah. Seandainya orang itu tidak dapat membantu, maka pertolongan Allah belum ada. Teruskan berusaha dan anda sesekali tidak akan kecewa.

Cerita pengalaman saya:
Ada sekali saya menempuh kesukaran untuk selesaikan gaji pekerja waktu awal-awal mula berniaga dahulu. Duitnya ada tapi sekadar atas kertas kerana pelanggan belum bayar. Hanya dalam tempoh dua minggu lagi bayaran akan diterima sedangkan saya perlukannya pada masa itu untuk bayar gaji.

Puas saya berusaha, minta pada investor, namun dia juga sedang kecut poket dan tak dapat membantu. Saya pasrah dan terima kerana walaupun saya meminta darinya saya sebenarnya yakin saya hanya berusaha sedangkan hakikatnya memohon pada Allah.

Buntu tiada lagi idea untuk mendapatkan RM5 ribu yang masih tak cukup, saya memandu kereta dan singgah minum seorang diri di Restoran mamak MZ, KL untuk cari idea. Saya berdoa dalam hati agar Allah berikan jalan keluar. Tiba-tiba saya ditegur, "hoi Bihi!".

Rupa-rupanya kawan lama yang dah lama tak jumpa. Dia terus duduk semeja minum dan berbual dengan saya sebab dah lama tak jumpa. Dalam berbual itu dia bertanya samada saya ada masalah kerana dilihatnya saya macam sedang ligat berfikir.

Ya! ada masalah sedikit, jawab saya lalu menceritakan masalah duit tak cukup RM5 ribu untuk bayar gaji. Dia lalu dengan selamba keluarkan buku cek dan buat RM5 ribu atas nama saya.

"Nah! aku baru ambil VSS, dapat RM500 ribu" ambil ni dan bayar bila dah ada duit katanya selamba pada saya yang sedang terngaga macam tak percaya.

Apa lagi, selesailah sudah masalah saya dari sumber yang tak pernah saya terlintas lansung. Saya pendekkan perbualan dan terus cabut balik ke Shah Alam untuk selesaikan semua masalah saya.

Siapa yang tolong pada masa itu? sudah tentu Allah. Oleh itu jangan sesekali anda putus asa pada Tuhan. Mohonlah pada Nya.sumber