Pages

Thursday, December 20, 2012

Kereta mewah tanda berjaya?


"Kenapa hang tak pakai kereta besar?" itu soalan biasa yang ditanya kawan-kawan. Saya selalunya jawab, "aku selesa kekalkan gaya hidup begini, asalkan syarikat tak henti membesar".


Bagi saya syarikat biar terus membesar dan membesar sehingga menjadi empayar hebat. Tuan punya syarikat boleh terus kekalkan kehidupan dengan cara yang sederhana. Antara kelebihan berbuat begitu adalah dapat mengelakkan diri merasa bongkak.


Jangan letak keyakinan diri pada kereta
Saya setuju dengan beberapa buku yang saya baca yang merumuskan bahawa 'anda bukanlah kereta apa yang anda pandu, bukan juga rumah besar mana yang anda diami'. Material sudah terlalu lama dijadikan ukuran kehebatan manusia.

Ada juga pendapat kawan-kawan yang memberikan alasan perlu kepada kereta mewah dan gaya hidup mewah untuk meyakinkan orang ramai bahawa kita hebat dan berjaya. Kereta boleh jadi modal besar tarik pekerja dan juga tarik pelangan.

Ada yang baru tertatih-tatih mula berniaga setahun jagung memerah kocek untuk beli kereta Merz atau BMW. Bila ditanya apa salahnya pakai dulu kereta yang ada. Tunggulah dulu sehingga stabil dan mampu. Alasannya kalau tak  bawa kereta hebat, orang tak yakin.

Sebenarnya di situ saja menunjukkan kenapa orang tidak yakin pada kita selama ini. Kerana kita tidak yakin pada diri sendiri. Selagi tidak ada keyakinan pada diri sendiri, pakailah kereta besar manapun, akan terbongkar juga kelemahan itu.

Daripada bayar cukai baik beli kereta mewah
Kelebihan orang yang berniaga berbanding makan gaji, salah satunya adalah:
  • Orang makan gaji kena bayar cukai dahulu, selebihnya baru boleh belanja untuk diri sendiri.
  • Orang berniaga belanja terlebih dulu, selebihnya baru dicukaikan.
Jika kita berniaga, syarikat boleh beli kereta mewah sebagai kereta rasmi syarikat. Biarlah kita bayar tiga atau empat ribu sebulan untuk kemudahan tuan punya syarikat. Itu antara alasan kenapa syarikat beli kereta mewah.

Jika kita makan gaji, membeli kereta mewah atas nama individu hanya satu pembaziran, lebih baik tubuhkan syarikat letak nama isteri dan buatlah apa-apa perniagaan yang rugipun tak apa dan gunakan syarikat itu untuk beli kereta mewah. Itupun kalau suami gaji besar. 

Saya rasa kalau nak belanja 2 atau 3 ribu sebulan untuk kurangkan jumlah bayaran cukai, lebih baik beli hartanah seperti rumah, pejabat dan sebagainya. Ia boleh digunakan sebagai kemudahan asrama pada pekerja. Hartanah nilainya sentiasa naik manakala kereta nilainya sentiasa turun.

Melainkan syarikat dah ada semua itu termasuklah bangunan, rumah, estet, dan sebagainya, maka barulah sesuai pakai kereta mewah....jadi kalau lihat saya pakai kereta mewah selepas ini, itu tandanya saya dah ada kesemua itu...hehehesumber