Pages

Thursday, February 23, 2012

Kipas Tanpa Bilah


Pernahkah anda terfikir wujud kipas tanpa bilah?.Ia kini tidak mustahil pada zaman serba maju dengan teknologi yang semakin meningkat

Kipas tanpa bilah atau dikenali juga 'Bladeless Fan Air Multiplier' dicipta Dyson.Ia sangat unik kerana walaupun tanpa bilah,ia boleh mengalirkan angin,malah lebih kuat daripada kipas berbilah.

Kipas ini memberi kelajuan 15 kali ganda iaitu 35.8 km/h daripada kipas yang menggunakan bilah.Ia berfungsi menolak udara dan memberi udara berterusan dan kuat malah selamat digunakan.

Kipas ini banyak digunakan di negara maju dan semakin banyak syarikat yang menjualnya.Ia turut dipamerkan pada Pameran Kehidupan Moden yang diadakan di Matrade,Kuala Lumpur baru-baru ini.

Drama Terbaru Ahmad Idham Hina Islam ?


Pengarah filem dan drama popular, Ahmad Idham kecewa apabila ada pihak mendakwa drama bersiri terbaru arahannya iaituApa Celop menghina agama Islam.Idham berkata, dia berasa kesal dan sedih apabila niat baiknya untuk memartabatkan kalimah Allah S.W.T. seperti ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, Subanallah dan sebagainya di dalam drama bersiri itu telah dikatakan menghina agamanya sendiri.
“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.
“Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih,” ujarnya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Bakar Al-Quran:AS Mohon Maaf

Amerika Syarikat telah memohon maaf kepada rakyat Afghanistan berhubung insiden beberapa naskhah Al-Quran didapati dibuang dan dibakar secara tidak sepatutnya Isnin lalu.Satu laporan BBC memetik Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Leon Panetta, sebagai berkata tentera Amerika menghormati amalan agama rakyat Afghanistan tanpa ’sebarang pengecualian’.Jurucakap Pentagon, Encik George Little, pula berkata: ‘Tindakan (membakar Al-Quran) tidak mewakili pendirian Amerika Syarikat dan pihak tentera.’
Laporan-laporan awal menunjukkan Amerika merampas bahan-bahan bacaan Islam, termasuk Al-Quran, dari perpustakaan sebuah pusat tahanan kerana dipercayai digunakan tahanan Taleban bagi menghantar mesej.
Berita mengenai pembakaran Al-Quran di tempat pembuangan sampah itu mencetuskan kemarahan dengan sekitar 2,000 rakyat Afghanistan mengadakan bantahan di luar pangkalan tentera Amerika di Bagram, utara Kabul.

Tentera Amerika Nato Bakar AL-Quran


sebahagian Al-Quran dan buku-buku agama yang dibakar oleh tentera Nato


KABUL 21 Feb. – Satu protes tercetus di luar sebuah pangkalan utama tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan Kabul, hari ini ekoran dakwaan tentera asing membakar bahan bacaan Islam termasuk kitab suci Al-Quran.

Menurut seorang jurugambar AFP, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengepung pangkalan udara Bagram, utara Kabul. Mereka turut melemparkan bom petrol ke arah pagar pangkalan tersebut.
Komander AS di Afghanistan, Jeneral John Allen berkata, beliau ada menerima laporan tentang tindakan tentera melupuskan bahan bacaan Islam termasuk al-Quran dengan cara yang tidak sepatutnya.

Beliau juga katanya telah mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung kejadian tersebut yang dilakukan tentera di Bagram.

“Selepas mengetahui tentang perkara itu, kami segera menghentikannya. Semua bahan bacaan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk diuruskan dengan betul.

Beberapa protes sama sebelum ini bertukar ganas di Afghanistan, sebuah negara Islam yang memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan menghina agama. – AFP/AP