Pages

Tuesday, February 21, 2012

Perihal 4 Perkara Penting Dalam Kehidupan!

[image%255B4%255D.png]

Terdapat 4 perkara yang sering berlaku di dalam kehidupan kita, samada di sedari ataupun tidak. 4 perkara ini kadang-kadang dipeduli, kadang -kadang buat tak kisah sedang itulah perkara-perkara yang membawa kita berjalan menuju Allah.
Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
” Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka;
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik amalnya di hari kiamat .”
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Begitulah 4 perkara yang jika kita lalai, akan merosakkan perjalanan kita menuju Allah SWT. Maka berhati-hati, beringat-ingat dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran sesama kita. Tidak perlu kita pertikaikan adakah pesanan -pesanan dari sahabat atau teguran dari sesiapapun itu ikhlas atau tidak.
Ketulusan dan keikhlasan adalah di dalam penilaian Allah SWT sahaja. Itu hak Allah yang akan diberikan atau diperlihatkan semasa di akhirat nanti.
Wallahuaklamubissawab
By: Anesarizaj
Sumber:koleksi email Mrkarim

Anwar jumpa Nik Aziz perjelas isu Israel(Video)


Silap Potong Zakar-Saman RM1.4j


Seorang lelaki yang kecewa kemaluannya terpaksa dipotong selepas menghidap barah zakar memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerajaan menuntut ganti rugi lebih £300,000 (RM1.4 juta) berhubung tuduhan doktor gagal mengenal pasti penyakit itu.Boguslaw Faber, 50, cedera ketika bekerja apabila terjatuh ke atas tiang tajam. Namun selepas mendapatkan rawatan perubatan, dia mendakwa doktor di Hospital Diraja London terlepas bukti dia menghidap barah zakar.
Dalam writ Mahkamah Tinggi, Faber mendakwa doktor tersilap membaca biopsi dan secara salah merumuskan dia menghidap penyakit kulit, bukannya penyakit yang jarang berlaku itu.
Beliau mendakwa disebabkan kecuaian doktor, penyakit berkenaan dibiarkan merebak beberapa bulan.
Faber terpaksa menjalani pembedahan menyakitkan untuk membuang sebahagian zakarnya sebelum ia dibentuk semula. Beliau juga memerlukan dua lagi pembedahan selepas kakinya bengkak dan sudah pun menjalani pembedahan membuang sebahagian tiroid.
Faber, yang berpindah ke Britain dari Poland pada tahun 1994, menuduh Firma Bart and London Hospital, yang mengendalikan institusi berkenaan, cuai.
Dia mendakwa, jika keadaannya didiagnos dengan sempurna pada peringkat awal, dia boleh dirawat dengan cara kurang menyakitkan. Faber juga berkata dia boleh mengelak zakarnya dipotong dan dibentuk semula.
“Doktor gagal mengambil biopsi dengan segera, gagal mengesyaki saya menghidap barah dan gagal mengulangi pengambilan biopsi dengan cepat walaupun saya mengalami kesakitan teruk,” katanya.
Menurut fakta dalam samannya, Faber cedera ketika bekerja pada April 2008.
Selepas mendapatkan bantuan perubatan, beliau dibenarkan keluar tetapi kembali ke hospital selepas kesakitan tidak surut selepas tiga bulan.
Beliau diberi antibiotik berulang kali di klinik urologi hospital itu tetapi apabila ia tidak berkesan, dia diberi rawatan anti-kulat hampir setahun.
Selepas pakar bedah membincangkan masalahnya, cadangan seorang doktor wanita supaya pembedahan dilakukan kerana zakarnya tidak sembuh seperti yang dijangka, ditolak oleh pakar bedah kanan.
Mereka menegaskan masalahnya disebabkan jangkitan. Faber kemudian kembali ke Poland dan diberi amaran oleh dua doktor mengenai risiko barah dan meminta dia menjalani satu lagi biopsi.
– Agensi

Ada Bukti Malaysia Dan Israel Berdagang


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mendedahkan mengenai modus operasi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang  mempunyai kaitan dengan Israel, didakwa berperanan mewujudkan hubungan diplomatik secara terus dengan Malaysia.Pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, peranan dimainkan oleh NGO itu adalah secara konsisten sejak awal 2007.Malah segala modus operasi NGO itu adalah diketahui oleh kerajaan Malaysia dan ia bergerak secara konsisten sehingga kini.
Ujar Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard, butiran mengenai modus operasi NGO itu akan didedahkan dalam masa terdekat.
“Modus operasi ini bukan bergerak dibawah nama syarikat tetapi lebih kepada NGO yang didokong oleh Israel dan memainkan peranan  penting dalam hubungan diplomatik dengan Malaysia. Melalui rekod kami NGO ini sudah beroperasi awal 2007.
“Kita akan dedahkan mengenai modus operasi NGO ini yang sedia maklum dibawah pengetahuan kerajaan Malaysia. Perkara ini lebih besar  kerana ia mengaitkan Kementerian Luar dan kerajaan Malaysia sendiri,” dakwa beliau.
Syarikat kapal Israel
Sementara itu, beliau turut mendedahkan mengenai jadual sebuah syarikat perkapalan Israel (http://www.linescape.com/) yang membuat penghantaran terus ke negara ini.
Dakwa beliau, penghantaran itu melalui syarikat perkapalan yang dikenali ZIM dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Pelabuhan Klang di Selangor.
“Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.
“Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel – Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno,” katanya.
Sebelum ini beliau turut mendedahkan bahawa dua syarikat tempatan, Mewaholeo Industries Sdn Bhd dan IOI Croklan Sdn Bhd terlibat dalam penjualan minyak sawit terus dari Johor ke Israel. sumber