Pages

Monday, January 23, 2012

Pembantu Rumah Di Penjara 3 Bulan-Hubungan Sex Dengan Budak Bawah Umur




 Mahkamah di Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan keatas  pembantu rumah warga Afrika  atas tuduhan hamil selepas mengadakan hubungan sulit dengan anak lelaki majikannya berusia 15-tahun.


Bapa budak lelaki itu yang telah membawa pembantu rumah itu ke hospital  dan doktor memberitahu pihak polis tentang kehamilannya.

Pembantu rumah itu mengaku kepada polis bahawa dia mempunyai hubungan dengan anak majikannya.

"Mahkamah juga mengarahkan pembantu rumah tersebut dihantar pulang atas tuduhan zina dan mengandung anak luar nikah," laporan Daily Alkhaleejkatanya.

Ia berkata mahkamah juga menghukum budak lelaki itu  tiga bulan tahanan, dan selepas itu dia akan diserahkan kepada bapanya.
Source: emirates247.com