Pages

Monday, January 9, 2012

Keputusan Kes Anwar : Apa Kata Najib




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan.

"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," katanya.

Najib berkata, ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang institusi dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.

"Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada lawatan rasmi dua hari ke Afrika Selatan.

Mahkamah Tinggi pagi Isnin telah melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 2008.

Najib berkata, kes ini dibawa oleh seorang individu persendirian dan adalah penting tuduhan beliau itu didengar di mahkamah.

"Jauh daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk mentadbir negara kita demi kepentingan rakyat Malaysia," katanya.

Laporan-Mstaronline

Hasan Ali Sila Lepaskan Jawatan Secara Gentlemen



Lepas jawatan secara sukarela, nasihat MB


KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan  jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.

Khalid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gentleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Khalid.

Tambahnya lagi, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.

Dalam pada itu PAS Selangor semalam memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan status 'Exco' Hasan Ali itu.

Mereka juga menasihat seluruh ahli PAS negeri itu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat semalam.


Laporan- Harakahdaily

Tiada Enakmen Dakwa Suami Isteri Bercumbuan



KUALA ROMPIN – Tiada Enakmen atau undang-undang yang boleh disabitkan kesalahan syariah kepada mana-mana pasangan suami isteri yang didapati berpelukan atau bercumbuan di tempat awam di negeri ini.

Ketua Unit Istimbat Jabatan Mufti Negeri Pahang, Azlan Abd Rahman berkata, hubungan antara suami dan isteri adalah halal di sisi Islam dan mereka tidak boleh ditangkap atau dikenakan tindakan atas kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) boleh memberi nasihat atau kaunseling kepada pasangan yang melakukan perkara itu supaya berkelakuan baik dan tidak menimbulkan rasa curiga.

“Pasangan suami isteri perlu jaga adab di depan khalayak kerana perbuatan mereka hanya menimbulkan rasa curiga kepada orang lain yang tidak mengetahui status mereka sudah berkahwin,” katanya.

Azlan berkata, pasangan Islam seharusnya menjaga ‘Muslihah Ammah’ iaitu kepentingan umum ketika berada di luar rumah serta mengetahui adab-adab semasa berada di persekitaran ­khalayak yang ramai.

“Pasangan yang ber­kahwin perlu jaga tingkah laku mereka dan jangan sampai mereka difitnah atas perlakuan mereka yang tidak sedap dipandang dengan mata kasar,” katanya.

Bagi pasangan Ahmad Farid Ghazali, 27, dan isterinya, Salasiah Kusni, 27, individu Islam seharusnya menjaga tingkah laku mereka di depan khalayak kerana ia boleh menimbulkan persepsi atau tanggapan tidak baik kepada pasangan sama ada bujang atau sudah berkahwin.

Ahmad Farid berkata, adalah tidak wajar mereka yang berkahwin bercumbuan di khalayak sedangkan perlakuan itu boleh dilakukan di dalam rumah antara suami dan isteri sahaja.

Menurutnya, perbuatan bercumbuan itu disifatkan tidak kena pada tempatnya, malah menyifatkan individu terlibat sebagai cetek ilmu keagamaan hingga boleh menimbulkan fitnah masyarakat.

Isterinya, Salasiah berkata, pasangan yang belum bernikah dan melakukan perbuatan maksiat dinasihatkan supaya cepat berkahwin serta menghindarkan perbuatan itu kerana ia jelas ditegah dalam ajaran Islam.

“Mereka yang tidak boleh kawal nafsu eloklah bernikah kerana ia dituntut Islam bagi mengelakkan perlakuan sumbang mahram yang boleh mengakibatkan keruntuhan institusi sosial,” katanya.

Zaibab Su, 58, berkata, pasangan suami isteri tidak perlu menunjukkan perlakuan tidak manis di depan orang ramai walaupun mereka sudah mempunyai ikatan yang sah.

Zainab berkata, bercumbu atau berpelukan itu mungkin diterima di negara Barat, namun tidak di negara ini yang sememangnya terkenal dengan adab dan budaya timur.

“Dalam Islam, perkara ini ditegah dan begitu juga dalam budaya masyarakat Melayu yang menganggap perkara ini kurang sopan dan kurang ajar lebih-lebih lagi jika mereka itu belum berkahwin,” katanya.

Suaminya, Othman Seman, 62, berkata, pasangan Islam seharusnya diberi penekanan berhubung perkara ini kerana bimbang ada segelintir daripada mereka tidak tahu perlakuan itu boleh menimbulkan syak wasangka.

“Pasangan yang belum berkahwin perlu diberi tahu akan hal ini kerana perbuatan berpelukan dan bercumbuan di khalayak akan boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat sekeliling,” katanya.



Laporan- Hsinar

Anwar Bebas Depa Letup Bom Pulak !!!



Lelaki yang tercedera dalam letupan di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta January 9 2012.

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Sejurus selesai keputusan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, peserta perhimpunan bebaskan Anwar 901 dikejutkan dengan tiga letupan berasingan di sekitar kawasan mahkamah.

Letupan pertama berlaku di perkarangan pintu masuk mahkamah, letupan kedua pula berlaku di kawasan penjaja bersebelahan pencawaang TNB yang mengakibatkan seorang peserta perhimpunan cedera di bahagian tangan kanannya.

Beberapa minit kemudian disusuli dengan letupan ketiga berhampiran Pusat Penjaja Selera Duta.
Bahan letupan dipercayai dimasukkan ke dalam kon polis.

Pihak polis menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan PDRM, K-9 untuk mengesan sekiranya terdapat bahan letupan lain yang ditinggalkan di lokasi perhimpunan.

Pada masa yang sama, anggota polis mula mengeluarkan arahan bersurai kepada peserta perhimpunan dengan mengatakan kawasan berkenaan tidak selamat.


Laporan- TMI

Pengawal Peribadi Pengsan, Cubaan Racuni Wan Azizah?



PULAU PINANG: Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.


Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .


Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.


“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis Zainulfaqar di twitter.


Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.


Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.


Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.


Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.


“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25268