Pages

Sunday, January 8, 2012

PAS Pecat Hasan Ali



PAS Pusat dalam mesyuarat hari ini, membuat keputusan memecat keahlian Datuk  Hasan Mohd Ali berkuatkuasa serta merta.

Pemecatan ahli exco kerajaan negeri Selangor yang juga bekas Pesuruhjaya PAS selangor itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti.


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.


Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

LIHAT VIDEO



Laporan- Harakahdaily

Jampi Pejal Payudara


BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara rawatannya untuk menjadikan wanita lebih cantik.
KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.

“Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan.

Laporan- Hmetro

Blogger Umno Dipelawa Bantu PR Pahang



Blogger Umno yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) dipelawa dan dialu-alukan berganding dengan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini untuk menumbangkan kerajaan BN Pahang.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, sebagai seorang pakar ekonomi, Ariff atau nama  blogernya Sakmongkol AK47, sudah tentu dapat menilai kelemahan aspek ekonomi yang dihadapi kerajaan Pahang pada masa ini.
“Sebagai seorang lulusan ekonomi dan banyak menganalisis perkembangan ekonomi semasa, kita rasakan Ariff amat memahami prestasi ekonomi Pahang di bawah pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob yang setiap tahun menerima teguran Ketua Audit Negara.
“Jadi dengan kelulusan, pengalaman dan akses yang banyak tentang ekonomi Pahang dan mahir dengan prestasi anak syarikat kerajaan negeri kita pelawa beliau berganding dengan PR demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya.
Ariff merupakan Adun sepenggal iaitu dari tahun 2004-2008 juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di bawah ketua bahagiannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Baru-baru ini, beliau bersama seorang lagi blogger Umno Aspan Alias, telah menghadiri seminar blogger-blogger PR di Pulau Pinang.
Mengikut laporan media, Ariff telah menjelaskan kecenderungan beliau dan Aspan menyokong DAP kerana merasakan pegangan dan kepercayaan mereka terhadap Umno sudah tidak lagi konsisten seperti dahulu.
“PAS Pahang akan mencari masa yang sesuai untuk berbincang pelbagai isu semasa dengan Datuk Ariff dalam masa terdekat ini,” tambah Suhaimi.
Jelasnya lagi, sudah tentu ada yang luar biasa bagaimana seorang tokoh yang betul-betul berada di bawah Presiden Umno mahu meninggalkan parti itu.
Sementara itu posting terakhir dalam blognya, Ariff menyifatkan Umno sebagai pemusnah Melayu dan parti itu sebenarnya terhutang budi kepada orang Melayu.
Sebelum ini, Ariff begitu lantang mempertikaikan keputusan kerajaan mahu menyenaraikan Felda di bursa saham dan menganggap tindakan itu hanya sebagai ‘menggali kubur untuk peneroka’.
Laporan- Khairil Abdul Rahim