Pages

Friday, January 6, 2012

Insiden UPSI: Mahasiswa bekalkan bukti kepada polis



Sekumpulan mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum dan bukti bergambar berhubung dakwaan kekasaran polis ke atas diri mereka pada ambang Tahun Baru 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Solidariti Mahasiswa Malaysia handing over memo police brutality at upsiMemorandum berkenaan memuatkan testimoni dan keterangan beberapa orang saksi dan gambar berhubung kejadian berkenaan yang menyaksikan seramai 17 mahasiswa ditahan manakala dua lagi didakwa cedera.

"Polis telah menafikan melakukan keganasan. Hari ini kita beri bukti kita bahawa ada sentuhan terhadap mahasiswa," kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Memorandum itu diserahkan kepada Bahagian Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam, DSP Venugopal Navaretnam di ibu pejabat Polis di Bukit Aman Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang ini.

Solidariti Mahasiswa Malaysia handing over memo police brutality at upsiHaziq Abdullah berharap dengan penyerahan bukti berkenaan, polis dapat menjalankan siasatan secara terperinci.

Beliau diiringi kira-kira empat lagi mahasiswa sewaktu menyerahkan memorandum tersebut.

Kira-kira 20 mahasiswa daripada kumpulan SMM dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hadir memberi sokongan kepada lima pelajar tersebut.

Perhimpunan pro-kebebasan akademik di UPSI itu, dianggotai kia-kira 100 aktivis mahasiswa.

NONESelain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, hampir seratus mahasiswa itu mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Dis lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan.

Laporan- Abd Rahim sabri

JIKA ANWAR TERPENJARA, HUSAM PENGGANTI?

Dalam satu tinjauan blog, Husam memperolehi undian tertinggi dengan 796 undian atau 35 peratus meninggalkan lima calon lain di belakang beliau.

Ketika kita menghampiri hari keputusan perbicaraan kes liwat 2 yang bukan sahaja melibatkan masa depan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin banyak telahan siapakah pemimpin yang paling layak mengepalai Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjarakan nanti.
Rata-rata tentunya bersetuju, keputusan mahkamah itu nanti dianggap akan mempengaruhi masa hadapan Pakatan termasuklah dalam isu menentukan siapakah bakal PM pertama Pakatan sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13)  nanti.
Selain isu bakal PM Pakatan, juga penting untuk dicongakkan, siapakah yang paling mampu menjana kebangkitan Pakatan sekiranya sekali lagi mereka tertewas dalam PRU-13 nanti.
Bagi pengunjung blog milik pengamal media popular, Mohd Sayuti Omar, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dianggap sebagai calon popular untuk menerajui Pakatan sekiranya ketua pembangkang itu didapati bersalah dan dipenjarakan.
Sekurang-kurang demikianlah menurut keputusan undian yang melibatkan seramai 2,246 pengunjung blog Merah Tinta MSO sehingga hari ini.
Dalam tinjauan tersebut, Husam memperolehi undian tertinggi dengan 796 undian atau 35 peratus meninggalkan lima calon lain di belakang beliau.
Usia beliau yang dianggap masih muda dan majoriti pengunjung blog terbabit yang dipercayai di kalangan penyokong PAS mungkin boleh dianggap sebagai faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.
Hadi di belakang Husam
Agak menarik juga untuk diperhatikan, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri turut berada di belakang Husam dengan 521 undian atau 23 peratus.
Di percayai sikap Hadi ketika berhadapan dengan isu Kerajaan Perpaduan sedikit masa dahulu telah mempengaruhi keputusan undian tersebut.
Selain itu, keputusan tersebut juga boleh dianggap sebagai ukuran akan kepercayaan pengunjung blog terbabit terhadap keupayaan Hadi untuk memimpin Pakatan.
Manakala Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat yang mengumpul 487 undian atau 21 peratus mengekori di tempat ketiga.
Meskipun Nik Aziz dikatakan seorang tokoh PAS yang paling berpengaruh dalam parti itu dan turut disenangi oleh rata-rata pemimpin dari parti lain dalam Pakatan, faktor usia dan kesihatan beliau dipercayai mempengaruhi undian pengunjung blog tersebut.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menduduki tangga keempat dengan 261 undi atau 11 peratus, diikuti Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali, 91 undian dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, 90 undian.
Sedikit sebanyak keputusan tersebut mampu memberi gambaran penerimaan pengunjung blog tersebut terhadap Nurul Izzah lebih baik berbanding Azmin Ali.
Guan Eng pula, meskipun dianggap seorang pemimpin muda berkaliber dan memiliki rekod prestasi baik dalam mentadbir Negeri Pulau Pinang, masyarakat Melayu negara ini dikatakan masih kurang bersedia menerima seorang pemimpin dari kalangan bukan Melayu.
Selain itu, faktor untuk mengelakkan serangan dari Barisan Nasional khususnya Umno turut memberi kesan terhadap undian yang diterima Guan Eng.
Bagaimanapun, saya percaya, umum tentu bersetuju bahawa semua keputusan tersebut yang masih berbaki tiga hari sebelum undian ditutup tidaklah boleh dianggap sebagai gambaran keadaan sebenar dalam Pakatan.

Duit PERKIM Pun Tun Madey Tergamak Tibai Ke ???



Pecah amanah Perkim : Keadilan tuntut penjelasan Mahathir


KUALA LUMPUR 9 Jan: KEADILAN menuntut penjelasan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu  pecah amanah  RM3.7 juta membabitkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA), Ahmad Kasim berkata,  Mahathir selaku Pengerusi Perkim sepatutnya maklum mengenai projek menaiktaraf jalan bernilai RM270 juta, yang dikaitkan dengan penyelewengan itu.


“Sebelum ini Perkim bersih dari salah guna kuasa. Namun selepas diambil alih beliau (Mahathir), (perkara) ini yang berlaku. Sehinggakan ada yang diheret sampai ke peringkat mahkamah,” katany kepada keadilandaily.
“Pelik, apa kena-mengena Perkim dengan projek ini? Fungsi pertubuhan itu adalah untuk kebajikan masyarakat. Ini adalah tidak munasabah sama sekali kerana ia bukan pertubuhan perniagaan,” katanya kepada keadilandaily.


Sementara itu Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mempersoalkan penganugerahan projek naik taraf jalan kepada Perkim yang merupakan NGO yang melakukan kerja-kerja kebajikan masyarakat.


“Bagaimana prosedur yang dianggap luar biasa ini boleh berlaku, dia (Tun Mahathir) perlu jelaskan. Kita mahukan jawapan dan perlu tahu apa yang berlaku, bagaimana Perkim boleh diberikan projek menaikkan tarat jalan?” katanya.


ADUN Seri Setia itu berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Datuk Seri Jamil Khir sepatutnya membuat pemantauan dan bukan memberi jawapan tidak tahu menahu dalam isu  itu.


“Bila dah keluar isu macam ini, menteri agama dan kerja raya sepatutnya sedia maklum dan pantau,” katanya.
Tiga pemegang amanah Perkim sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan kesalahan pecah amanah sebanyak RM3.7 juta.


Naib Presiden Perkim II, Prof Emeritus Datuk Ariffin Suhaimi, 74, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, yang merupakan ahli Perkin, dituduh melakukan jenayah itu pada 27 Disember lalu.


Wang berkenaan dikatakan diberikan kepada mereka sebagai wang pertimbangan untuk menaik taraf jalan Lapangan Terbang Subang ke Sungai Buloh antara April 2002 dan April 2004, yang dianggar bernilai RM270 juta.

Laporan- Nabihah Hamid


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25162