Pages

Friday, December 21, 2012

Teknik capai RM1 juta dalam bisnes


Bagi warga biasa macam saya, jumlah RM1 juta memang banyak. Sebelum berniaga memang tak pernah terlintas nak sasar pendapatan RM1 juta. Apatah lagi jika kita kerja makan gaji dengan pendapatan RM5 ribu sebulan. Jumlah lima ribu itu memerlukan masa hampir 17 tahun untuk dikumpulkan menjadi satu juta! setakat itu saja yang mampu kita kira.


Berbeza bila kita berniaga. Mulanya kita hanya memikirkan untuk kasi lepas overhead dan ada sedikit belen untuk kita ambil sebagai gaji. Maklumlah berniaga kecil-kecilan, bukannya macam syarikat korporat, bayar gaji saja dan mencecah jutaan ringgit.

Katakan kita berniaga buat servis mengemas rumah orang. Dengan kita menjadi supervisor cum manager cum owner bersertakan 2 orang pekerja, sejumlah pendapatan RM5 sebulan sudah cukup untuk kita bayar pekerja dan selebihnya untuk keperluan perniagaan dan sara hidup.


Untuk dapat pendapatan syarikat RM5 ribu sebulan kita kena cari sekurang-kurangnya 17 buah rumah sebagai pelangan yang kita kenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan. Bagi yang mula berniaga tentu tahu betapa peritnya mahu mendapatkan walaupun satu pelangan.

Ini membuatkan kita terkial-kial macam lipas kudung mengejar matlamat sekadar untuk hidup. Maka tak sempatlah kita bersandar sebentar untuk berangan-angan jauh dan meletakkan sasaran yang paling tinggi termampu kita capai. Jadi perkara paling penting untuk membolehkan kita duduk tersandar berangan-angan adalah:
  1. Pulun seligat mungkin untuk dapatkan sasaran lepas overhead dengan ada sedikit lebihan. Jangan ambil lebihan tersebut untuk naikkan gaji sendiri, sebaliknya buat perkara kedua di bawah.
  2. Melepaskan tugasan penyelia cum manager cum tukang cuci yang kita pegang selama ini pada orang lain. Untuk itu jangan takut atau kemut belanja gajikan orang yang bakal mengambil tempat kita itu.

Bila tugasan dah diambil orang, kita akan dilanda masalah risau dan gelabah tak tentu arah tak tahu nak buat apa. Maklumlah sekian lama asyik beraksi sampai tak sempat berfikir. Biasanya mereka yang dah terbiasa kerja macam lipas kudung akan terjun semula buat kerja sebab tak boleh terima jenis kerja pakai otak saja.

Untuk atasi masalah itu:

  1. Sabar dan pujuk diri anda bahawa ini hanya sementara dan anda dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi jutawan. Lagipun tak ada boss yang sedang memantau apa yang anda buat.
  2. Pantau sekejap saja anak buah yang turun buat kerja dan segera tinggalkan mereka untuk mencari kawan-kawan yang berjaya. Mereka yang dah berjaya ni biasanya kerja utama adalah melepak cari kawan share masalah atau cari idea baru. Pergi joint mereka.
  3. Jangan asyik berborak lama sangat. Sebelum pulang ke rumah menamatkan hari tersebut, menyendiri sebentar sekurangnya satu jam di pejabat.
  4. Sediakan komputer di depan dan stand-by kalkulator besar yang boleh kira lebih dari 7 angka.
  5. Buat kiraan berapa anda akan capai bulan tersebut. Katakan jumlahnya adalah RM7 ribu. Untuk mendapatkan jumlah jualan sejuta setahun, anda perlu dapatkan pendapatan sejumlah RM83,333.35 sebulan ! maksudnya anda perlu gandakan semua yang sedang anda ada sebanyak 12 kali, itu bukanlah jumlah yang banyak.
  6. RM83,333 dibahagikan dengan RM7,000 bersamaan lebih kurang 12. Jika jumlah pelanggan yang ada sekarang adalah 20 rumah, anda perlu lagi 220 rumah untuk mencapai sasaran jualan RM83,333 sebulan.
  7. Fikirkan bagaimana nak buat semua tu. sampai cukup sejam untuk hari itu dan balik.
Samada anda percaya atau tidak sejak balik pada hari itu, otak anda tak akan henti-henti berfikir macam mana nak capai semua angka tersebut hatta ketika anda sedang berakpun.

Itu menandakan anda sedang dalam proses menghampiri sasaran. Sabar, tunggu dan teruskan berfikir setiap hari sebelum balik satu jam di depan komputer, tambah satu lagi item, iaitu buku nota. Ia perlu bila ada idea terpancul keluar.

Paling lewat 2 tahun sasaran tersebut akan tercapai dan paling cepat mungkin sekitar 6 bulan. Itu bukanlah masa yang lama bagi seorang usahawan. Insyallah!sumber


No comments: