Pages

Tuesday, December 11, 2012

Sibuk 'vs' takda kerja. mana lebih syok?

Mana satu daripada keadaan berikut yang memberikan kebahagian pada diri anda:

  1. Sibuk dengan aktiviti samada kerja, belajar, tolong orang, berkebun, dipaksa bekerja, terpaksa bekerja dan lain-lain seumpamanya.
  2. Lansung tak ada benda nak dibuat. Duduk saja di rumah tak buat apa-apa aktiviti.
Mungkin ada yang sangka pilihan kedua lebih membahagiakan kita. Tapi kajian menunjukkan sebaliknya kerana ternyata mereka yang sibuk didapati lebih bahagia kehidupannya daripada mereka yang tak buat apa-apa.

Yang lebih pelik lagi adalah mereka yang sibuk, walaupun kesibukan tersebut merupakan satu paksaan, ia tetap mendatangkan kebahagian melebihi mereka yang duduk tak buat apa-apa.

Ini menimbulkan satu persoalan samada kita benar-benar sibuk untuk cari wang atau untuk jadi terkenal atau untuk tambah pengetahuan atau sebenarnya kita sebagai manusia perlu sibuk untuk pastikan kehidupan kita bahagia.

Kalau dah begitu, apa kata kita jadikan kesibukan dengan berbagai aktiviti sebagai satu ibadah. Kita akan mendapat dua anugerah:
  • Kebahagian di dunia
  • Ganjaran pahala di akhirat
Hanya dengan berniat melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah, anda mampu menjadikan apa saja aktiviti asebagai ibadah. Asalkan aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan syariat.sumber

No comments: