Pages

Saturday, December 8, 2012

Kenapa banyak syarikat Melayu jahanam?


ika anda suka berfikir, cuba fikirkan perkara-perkara berikut?
  1. Kenapa banyak syarikat jahanam?
  2. Kenapa tuan punya syarikat dalam soalan di atas kaya raya sedangkan syarikatnya jahanam?
  3. Adakah orang berniaga untuk buat duit?
  4. Adakah buat duit dengan bina syarikat berbeza?
  5. Jika soalan di atas jawapannya 'Ya" apakah perbezaannya?
  6. Kenapa orang Islam perlu bina syarikat dan bukannya buat duit?
  7. Perlukah kita bina syarikat menjadi sebesar-besarnya?
  8. Bukankah kita di dunia hanya sementara, jadi kenapa mahu besarkan syarikat sedangkan kita sudah pasti akan tinggalkannya?
Jika kita bertanya pada orang ramai sukakah anda menjadi businessman? tentu majoritinya menjawab 'sudah tentu suka!'. Jika ditanya lebih lanjut kenapa anda suka? tentu majoritinya akan menjawab 'sebab boleh buat duit banyak dan jadi kaya!'.

Dalam jawapan kedua di atas sebenarnya tersimpan rahsia kenapa banyak syarikat Melayu yang jahanam (Bangsa lainpun tidak kurang juga). Ramai yang mengidam jadi usahawan kerana nak buat duit sebanyak mungkin. Itu adalah matlamat yang tak berapa betul!.

Apabila kita niat berniaga untuk buat duit, kita berkemungkinan besar akan berakhir dengan buat duit, tetapi syarikat akan terlingkup namun kita sebagai tuan punya syarikat mungkin kekal kaya-raya. Itulah yang terjadi kepada banyak syarikat besar orang Melayu.

Tuan punya syarikat masih tetap kaya meliana namun syarikatnya yang gah suatu masa dulu tidak dikenali oleh generasi baru. Tak perlu kita senaraikan orang-orang begitu, tentu ramai yang dapat mencarinya jika kita peka.

Kalau anda mahu buat duit, ada banyak lagi cara lain selain daripada berniaga.
  • Makan gaji juga boleh menjadikan anda seorang yang banyak duit
  • Jadi salesman atau saleswomen juga boleh menjadikan anda banyak duit
  • Kahwin dengan anak tunggal seorang jutawan juga boleh menjadikan anda banyak duit
  • Jadi ahli sukan seperti Nicole David atau Lee Chong Wei atau Safee Sali juga anda boleh ada banyak duit.
  • Tulis buku best seller juga membolehkan anda banyak duit
  • Fanatik dengan MLM dan buat tak henti-henti juga boleh dapat banyak duit
  • Jadi ajen insurance dan kejar orang sampai dia terpaksa beli untuk menghentikan kejaran juga boleh dapat banyak duit.
  • Kumpul duit orang dan laburkan duit mereka pada saham juga boleh dapat banyak duit.
  • Jadi broker projek kerajaan yang besar-besar juga boleh menjadikan anda banyak duit.
  • Buat saham Pak Man Telo kemudian lesap menghilangkan diri sebelum buih pecah juga boleh kumpul banyak duit.
  • Bertanding atas tiket pembangkang dan menang kemudiannya keluar parti sokong kerajaan juga boleh buat banyak duit.
Banyak lagi kalau nak disenaraikan cara buat duit tanpa menjadi usahawan yang berniaga. Kesemua cara yang saya sebutkan di atas berkongsi satu sifat yang sama. Kesemuanya akan hilang dengan hilangnya diri anda. Apa yang ada mungkin hanya duit untuk dibahagi-bahagikan pada waris yang tinggal.

Itulah perbezaannya jika anda bina syarikat perniagaan berbanding buat duit. Dengan membina Syarikat  anda dapat dua perkara sekali gus. Duitpun dapat dan anda mati meninggalkan syarikat yang boleh diwariskan atau diambil alih oleh sesiapa saja.

Cuba lihat apa akan terjadi jika Syed Mukhtar tidak ada. Syarikatnya tetap akan berjalan seperti biasa dan berbakti pada agama, bangsa dan negara walaupun tanpa kehadirannya. Adakah anda rasa keuntungannya tidak akan dirasai oleh beliau didalam kubur? Ya! bergantung pada niat dan cara dia mengendalikan syarikatnya selama ini.

Oleh itu carilah ilmu bagaimana membina syarikat dari kecil dan besarkan dia sebesar-besarnya dan uruskan dia berlandaskan cara yang dibenarkan dalam agama. Itulah sebabnya orang Islam perlu bina syarikat sebesar-besar yang mungkin. Itu adalah cara bijak menjadi muslim yang berniaga.sumber


No comments: