Pages

Sunday, December 9, 2012

Berlagak macam bagus!


Dah banyak tulisan yang saya muatkan dalam blog hidup ringkas ini. Menulis sudah menjadi habit buat diri saya. Perkara yang saya perlu lakukan setiap hari sejak tahun 2008 apabila seorang kawan memperkenalkan dunia blogging.

Sebelum itu, menulis sekadar menjadi impian yang saya percaya tak dapat dilakukan. Menulis pada saya sebelum itu adalah sesuatu yang sukar. Oleh kerana tak reti menulis maka saya banyak habiskan masa untuk membaca.

Apabila mendapat petua mudah dan berkesan untuk menjadi penulis, saya terus lakukan dan ternyata ia bukanlah sesukar yang dijangkakan. Malah kini orang lain pula yang ingin tahu macam mana saya belajar menulis. Bagi yang berminat untuk menulis saya turunkan petua di bawah. Petuanya mudah saja:

"Mula menulis dan jangan berhenti selagi ianya tidak menjadi habit harian anda"


Tak ada benda yang lebih mudah untuk belajar selain daripada menulis dan dunia sekarang yang menyediakan landasan mudah untuk mempamerkan tulisan kita pada umum memudahkan dan mempercepatkan lagi proses tersebut.

Namun begitu, tak ada orang yang boleh menulis dengan baik jika dia kurang membaca. membaca adalah prasyarat kemampuan untuk menulis dengan baik. Saya kata 'dengan baik'sebab sekadar untuk menulis merapu yang tidak ada hujung pangkal, anak saya di tadikapun boleh lakukannya.

Setelah sekian lama menulis terutamanya apabila saya memulakan perkongsian cara hidup ringkas dengan menjadi usahawan di blog ini, saya perasan satu perkara yang menyedihkan. Kenapa terlalu kurang interaksi para pembaca terhadap tulisan yang saya muatkan?.

Ini amat menyedihkan kerana saya amat berharap komen samada pedih atau manis sebagai cermin untuk membaiki tulisan. Ia juga penting untuk melihat sejauh mana orang dapat memahami tulisan saya. Juga penting untuk melihat sudut mana yang saya terlepas pandang.

Saya ada bertanyakan pendapat kawan-kawan kenapa terlalu amat jarang orang komen dalam blog ini, bukankah semua tulisannya amat menarik? Bukan sekadar tak ada komen, malah nak tekan butang "Like" pun tak sudi.

Jawapan yang saya terima amat merisaukan:

"Biasanya tulisan yang terlalu bagus orang tak suka komen..."

Ada dua makna komen di atas:
  • Memang tulisan saya terlalu bagus
  • Orang beranggapan saya berlagak sempurna macam bagus
Tidak ada satupun daripada sebab di atas yang saya rasa betul. Tak ada orang yang bagus tanpa mendapat apa-apa anugerah dan saya memang tak berlagak sempurna setakat yang saya ingat melainkan itu adalah anggapan orang pada saya, maka saya perlu mengubah teknik menulis agar tidak kelihatan penulisnya sedang berlagak menjadi seorang yang sempurna.

Apakah dengan tulisan ini juga saya bakal tidak mendapat satupun komen.....saya sedang menantikannya!sumber


No comments: