Pages

Tuesday, December 25, 2012

Betulkah untuk berjaya kena kerja kuat?


Semua orang tentu kenal kawan-kawannya yang kuat bekerja. Orang putih kata kerja kuat itu 'hardwork'. Bacalah mana-mana buku motivasi. Bacalah mana-mana buku biodata orang yang menempa kejayaan hebat dalam perniagaannya, mereka tentu ada sebut salah satu faktor berjaya adalah sebab sikap kerja kuat.

Cuba lihat sekeliling, ramai yang kerja kuat. Kita boleh senaraikan seperti dibawah:
  • Buruh kasar - tak ada lagi kumpulan yang bekerja sekuat mereka ini. Angkat simen, bata, kayu naik turun bangunan di tengah panas matahari terik.
  • Taukeh kedai baiki basikal di kampung - Kalau di tempat saya, Ah Tep kerja kuat sampai meninggal. Kini anaknya Ah Ou yang menyambung usaha ayahnya juga telah tua. Dia kerja kuat baiki basikal sampai tua dan anaknya pula menyambung kerjanya. Saya yakin anaknya juga akan kerja kuat sampai tua.
  • Penjual kacang tepi jalan - Ada juga dikampung saya yang jual kacang dari muda sampai tua. Hari-hari beli, rebus dan jual kacang.
  • Drebar lori - Ramai drebar lori yang kita kenal. Bawa lori dari muda sampai tua tak pernah jemu. Begitu juga drebar bas dan juga drebar teksi.
  • Kerja kampung - Ramai yang kuat ambil upah kerja-kerja rencam di kampung. Mereka biasanya sihat, kuat dan berotot sasa. Umur mereka panjang untuk sentiasa berkhidmat pada orang kaya kampung dari muda sampai tua.
Banyak lagi contoh sekeliling kita. kalau nak disenaraikan satu persatu memang panjang. Tapi majoriti daripada mereka berkongsi perkara yang sama. Mereka berada di takuk yang sama dari muda sampai tua. Kalau memang kerja kuat itu tangga kejayaan kenapa mereka tak jadi"the richest man in their own town"?.

Jika kita tolak pula teori kerja kuat untuk berjaya, kita menafikan nasihat mereka yang dah berjaya yang mana mereka telah membuktikannya. Jadi tentu rahsianya adalah dengan melihat apa yang dimaksudkan dengan kerja kuat.

 Apa maknanya kerja kuat? sebenarnya kerja kuat bukan bermaksud angkat barang atau lain-lain aktiviti yang mengeluarkan peluh. Kerja sebenarnya adalah:

"90% berfikir dan 10% lagi beraksi"

Dengan definisi itu terbongkar kenapa keluarga Ah Tep tetap dengan hanya satu kedai basikal walaupun selama 3 jenerasi kerja kuat. Terbongkar juga kenapa penjual kacang hidup sekadar cukup makan dari muda sampai tua dan buruh kasar hanya membina otot-otot tebal tanpa punya wang tebal dari muda sampai tua.

Begitu juga yang lain-lain mereka cukup kuat kerja siang malam sehinggakan tak sempat berfikir. Mereka lebihkan aksi daripada berfikir. Jadi sudah tentu tak ada masa untuk melihat peluang lain. Dengan berfikir kita akan nampak bagaimana kehidupan kita boleh menjadi lebih baik. Dengan berfikir juga kita mampu meletakkan matlamat yang lebih tinggi.

Oleh itu kepada semua usahawan yang kuat kerja sampai tak cukup tanah saban hari. Tolong henti sebentar dan ambil masa yang lebih untuk berfikir. Kerja dengan kuat sekadar menggunakan tulang 4 kerat tak akan membawa kita ke mana-mana. Sebaliknya jika digabungkan dengan otak yang berfikir kita boleh pergi lebih jauh.

Untuk berfikir, kita mestilah punya soalan dan soalan akan timbul melalui:
  • Pergaulan dengan rakan-rakan yang berjaya. Bersembang kosong dengan mereka yang berjaya tak pernah rugi. Akan ada saja idea baru muncul dari otak orang-orang yang berjaya.
  • Membaca buku-buku yang berkaitan dengan apa yang kita buat. Tak ada zaman yang lebih mudah untuk dapatkan maklumat macam zaman kita sekarang. Luangkan masa sentiasa beli dan baca buku.
  • Melihat dunia dengan berjalan. Jauh berjalan luas pemandangan. Ambil masa sekali sekala untuk berjalan jauh. Ia membuatkan otak kita sedar bahawa dunia in lebih luas dari kampung atau garaj tempat kerja.
  • Muhasabah diri setiap hari. Luangkan masa satu jam setiap hari bersendirian untuk berfikir. Hari esok mesti lebih baik dari hari ini. Bagaimana melakukannya, fikirkankanlah. Berjalan kaki di taman atau duduk atas tikar sembahyang atau iktikaf di masjid mampu memberikan ketenangan untuk melahirkan suasana yang sesuai untuk berfikir.
  • Luangkan masa dengan keluarga. Lebihkan masa sedikit bersama anak-anak dan isteri-isteri, juga ibubapa. Duduk saja melihat anak-anak bermain menaikkan semangat untuk kita berusaha. Anak-anak pula tak akan lupa jasa kita meluangkan masa itu sampai mati. Melihat muka ibubapa tanpa berkata-kata apa-apa juga mampu menyuntik semangat untuk berjaya.
  • Berdoa. Jangan lupa pada Tuhan. Tak ada guna duit banyak, rumah besar, kereta mewah kalau Tuhan dilupakan. Tak ada guna didunia senang 20 tahun diakhirat pula terseksa selama-lamanya. Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan. Buat yang wajib dan tinggalkan yang haram dan selitkan yang sunat sekadar mampu dengan istiqamah.
Untuk saya, juga untuk semua usahawan dan bakal usahawan marilah kita sama-sama amalkan. Insyallah!sumber


Monday, December 24, 2012

Mula awal, jalan mudah untuk berjaya


Mula niaga di usia muda
Ramai contoh usahawan terbilang tak tunggu tua untuk jadi usahawan. Antara yang semua orang kenal ialah seperti Bill Gate, Steve Job, Marck Zuckerberg, dan lain-lain. Mereka jadi billionaire sebelum sempat berumur 30 tahun.

Antara yang orang tak kenal tapi saya kenal adalah seperti kawan saya Zulkipli, Taukeh DBM Hospital. Dia mula berniaga sejak sekolah menengah lagi. Waktu balik sekolah dia kait buah rambutan, ikat buah, dan sewa teksi untuk dijual ke bandar. Tak hairan jika sekarang dia punya 3 rangkaian Hospital bersalin berkonsepkan Islamik.


Kawan saya Taukeh Kursus Borong Di Negeri China, Shahabudeen juga mula niaga awal. Kini dia berjaya menonjolkan dirinya sebagai usahawan kursus borong negeri China yang dikenali. Dia berjaya awal walaupun ramai yang sangka umurnya dan lanjut disebabkan perwatakannya yang nampak tua.

Ada lagi kawan saya yang lain yang kini berjaya dengan aset berjuta-juta juga mula berkecimpung sebagai usahawan sejak muda, sejak di bangku sekolah. Tidak hairan mereka berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka tidak glamour kerana mereka pilih bidang niaga yang tak perlu glamour.

Sebab apa penting mula awal?
  • Mula awal kita belajar ilmu keusahawanan lebih awal daripada orang lain.
  • Mula awal juga membuatkan risiko yang diambil terlalu rendah berbanding mula lewat. Bayangkan jika anda mula berniaga ketika umur 17 tahun, apa yang nak dirisaukan?
  • Mula awal mengizinkan kita gagal berkali-kali sebagai medan ilmu mengetahui jalan mana yang salah.
  • Mula awal membolehkan kita berjaya awal.
  • Mula awal memungkinkan kita nampak keperluan pengguna pada masa akan datang yang sezaman dengan kita lalu kita mula membinannya.
Berniaga ini sebijik macam belajar naik basikal. Tak ada cara lain untuk belajar naik basikal melainkan ambil basikal dan naik. Lagi cepat kita buat keputusan ambil basikal dan naik, lagi cepat kita cekap kendalikan basikal.

Oleh itu mulakan berniaga awal, banyak faedahnya. Tapi kalau umur dah lanjut macam mana pulak? jawapannya adalah mulakan sekarang! sebelum umur anda meningkat lebih lanjut lagi. Samada anda mula sekarang atau tidak yang pastinya umur tetap meningkat. Jadi buat keputusan!

Macam naik basikal, tak ada salahnya belajar naik basikal pada umur 40 tahun, bila dah cuba beberapa kali, insyallah mampu naik macam orang muda jugak.

Mulakan hari anda awal
Kalau mula awal ketika muda itu penting, mula pergi dan buat kerja awal juga amat penting. Tak ada orang yang mula membina perniagaannya lalu berjaya, dengan memulakan hari kerjanya pukul 12 tengahhari. Melainkan dia berniaga jenis seorang diri seperti jual kacang putih atau buat show macam artis jalanan.

Meniaga sendiri tanpa perlukan orang lain sebagai sebuah kumpulan tak pergi jauh ke mana. Lihat peniaga kacang putih yang buat kesemua kerjanya sendiri. Apa yang dia dapat hanya cukup untuk dirinya sendiri saja.

Tak ada orang melonjak bina syarikat besar dengan hanya seorang diri. Anda tak ada pilihan melainkan membina kumpulan yang cukup hebat. Lebih besar kumpulan lebih hebat perniagaan anda. Rekrut pekerja, Pimpin, Latih dan Pantau, itu tugas yang cukup mencabar.

Jika peniaga kacang putih mahu besar mesti bina kumpulan peniaga-peniaga kacang putih yang besar dengan dia menjadi orang yang menguruskan mereka. Dari situ dia juga mampu menjadi pengimport kacang putih untuk diedarkan pada penjual-penjualnya.

Sampai di tahap besar sebegitu, dia tak boleh mengelak dari bangun dan pergi kerja awal. Waktu pejabat tak boleh dimulakan sesuka hati. Semua pekerja perlu berkumpul pada masa yang ditetapkan, perlu ada disiplin. Kalau taukeh tak ada disiplin, jangan harap anak buah akan berdisiplin.

Ringkasnya mula awal untuk berjaya ada dua makna:
  1. Mula berniaga masa muda
  2. Berdisiplin mulakan kerja awal untuk membina kumpulan yang hebat.sumber


Sunday, December 23, 2012

Berniaga, tak naik-naik, kenapa?


"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya"
(Al-Maa'uun ayat 4 & 5)

Lihat ayat di atas. Bersolat tapi mendapat celaka. Kenapa jadi begitu? Buat keputusan untuk bersolat merupakan satu keputusan yang terbaik, tapi nanti dulu, itu belum habis lagi kerana keputusan yang baik perlu dilaksanakan dengan betul barulah mendatangkan hasil yang dikehendaki.

Belajar dari ayat di atas. Membuat keputusan untuk berniaga merupakan satu keputusan yang cukup baik. Kita menyahut cabaran fardu kifayah. Kita mengambil iktibar kelebihan berniaga berbanding makan gaji.

Tapi ingat! melaksanakan perniagaan dengan betul adalah perkara pokok untuk mendapatkan ganjaran yang disediakan kepada para usahawan. Jangan laksanakan perniagaan secara membabi buta hentam kromo ikut suka hati kita, itu menempah maki hamun pelanggan namanya.

Melaksanakan perniagaan dengan betul memerlukan ilmu. Belajarlah dari mereka yang berjaya. Belajarlah dari kesilapan, perbetulkan sehingga berjaya. Insyallah hidup akan berubah.

Tak faham lagi? tak apa lihat contoh ini:

Untuk main bola dan untuk menang lawan bola, kena jaringkan gol. Bawa bola sampai ke gawang gol. Itu keputusan yang baik. Sepak untuk sumbat masukkan gol. Itu juga keputusan yang baik. 

Tapi jika sepak macam pondan, tepat kearah penjaga gol. Selamba saja penjaga gol kutip bola sambil tersenyum. Buat penat bawa bola naik atas. Jadi sepak dengan betul. Baru boleh jaringkan gol.

Ada faham ke? kalau tak faham lagi...tak payah berniaga!sumber


Saturday, December 22, 2012

Kalau takut gagal, maknanya takut berjaya !


" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Ash-Syar-h ayat 5 & 6)

Baca ayat di atas. Saidina Umar berkata satu kesukaran diapit oleh dua memudahan. Oleh itu tak perlu gentar pada kesukaran.

Ramai yang merasakan kesukaran lalu berputus asa. Ini pasti satu kegagalan. Tapi ada segelintir yang merempuh kesusahan samada kesukaran dalam bentuk kegagalan atau seumpamanya lalu kesabaran itu membuahkan kemudahan dalam bentuk kejayaan.

Kenapa ramai yang tak berani berniaga? samada suka atau tidak ia banyak berkait rapat dengan takut akan kegagalan. Jika itulah yang kita takutkan maka samalah juga dengan takutkan kejayaan. Sekali anda takutkan kegagalan, maka samalah dengan dua kali anda takutkan kejayaan.

Kita menghadapi kesukaran dengan hanya dua cara:
  1. Melarikan diri dan hidup dalam bayang-bayang
  2. Merempuhnya dengan sabar. Menghuraikannya satu persatu sehingga terbukalah kejayaan.
Jika anda yakin dengan ayat di atas dan sudah sewajibnya anda yakin, maka pilihlah pendekatan kedua di atas. Insyallah anda akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Namun ingat sambungan ayat di atas,

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."
(Ash-Syar-h ayat 7 & 8)

Disamping berusaha jangan lupa senantiasa memohon pada Tuhan. Jangan mohon pada selain Allah. Jika anda menemui seseorang untuk meminta bantuan ingat bahawa anda sekadar berusaha dan anda sedang memohon pada Allah. Seandainya orang itu tidak dapat membantu, maka pertolongan Allah belum ada. Teruskan berusaha dan anda sesekali tidak akan kecewa.

Cerita pengalaman saya:
Ada sekali saya menempuh kesukaran untuk selesaikan gaji pekerja waktu awal-awal mula berniaga dahulu. Duitnya ada tapi sekadar atas kertas kerana pelanggan belum bayar. Hanya dalam tempoh dua minggu lagi bayaran akan diterima sedangkan saya perlukannya pada masa itu untuk bayar gaji.

Puas saya berusaha, minta pada investor, namun dia juga sedang kecut poket dan tak dapat membantu. Saya pasrah dan terima kerana walaupun saya meminta darinya saya sebenarnya yakin saya hanya berusaha sedangkan hakikatnya memohon pada Allah.

Buntu tiada lagi idea untuk mendapatkan RM5 ribu yang masih tak cukup, saya memandu kereta dan singgah minum seorang diri di Restoran mamak MZ, KL untuk cari idea. Saya berdoa dalam hati agar Allah berikan jalan keluar. Tiba-tiba saya ditegur, "hoi Bihi!".

Rupa-rupanya kawan lama yang dah lama tak jumpa. Dia terus duduk semeja minum dan berbual dengan saya sebab dah lama tak jumpa. Dalam berbual itu dia bertanya samada saya ada masalah kerana dilihatnya saya macam sedang ligat berfikir.

Ya! ada masalah sedikit, jawab saya lalu menceritakan masalah duit tak cukup RM5 ribu untuk bayar gaji. Dia lalu dengan selamba keluarkan buku cek dan buat RM5 ribu atas nama saya.

"Nah! aku baru ambil VSS, dapat RM500 ribu" ambil ni dan bayar bila dah ada duit katanya selamba pada saya yang sedang terngaga macam tak percaya.

Apa lagi, selesailah sudah masalah saya dari sumber yang tak pernah saya terlintas lansung. Saya pendekkan perbualan dan terus cabut balik ke Shah Alam untuk selesaikan semua masalah saya.

Siapa yang tolong pada masa itu? sudah tentu Allah. Oleh itu jangan sesekali anda putus asa pada Tuhan. Mohonlah pada Nya.sumber

Friday, December 21, 2012

Teknik capai RM1 juta dalam bisnes


Bagi warga biasa macam saya, jumlah RM1 juta memang banyak. Sebelum berniaga memang tak pernah terlintas nak sasar pendapatan RM1 juta. Apatah lagi jika kita kerja makan gaji dengan pendapatan RM5 ribu sebulan. Jumlah lima ribu itu memerlukan masa hampir 17 tahun untuk dikumpulkan menjadi satu juta! setakat itu saja yang mampu kita kira.


Berbeza bila kita berniaga. Mulanya kita hanya memikirkan untuk kasi lepas overhead dan ada sedikit belen untuk kita ambil sebagai gaji. Maklumlah berniaga kecil-kecilan, bukannya macam syarikat korporat, bayar gaji saja dan mencecah jutaan ringgit.

Katakan kita berniaga buat servis mengemas rumah orang. Dengan kita menjadi supervisor cum manager cum owner bersertakan 2 orang pekerja, sejumlah pendapatan RM5 sebulan sudah cukup untuk kita bayar pekerja dan selebihnya untuk keperluan perniagaan dan sara hidup.


Untuk dapat pendapatan syarikat RM5 ribu sebulan kita kena cari sekurang-kurangnya 17 buah rumah sebagai pelangan yang kita kenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan. Bagi yang mula berniaga tentu tahu betapa peritnya mahu mendapatkan walaupun satu pelangan.

Ini membuatkan kita terkial-kial macam lipas kudung mengejar matlamat sekadar untuk hidup. Maka tak sempatlah kita bersandar sebentar untuk berangan-angan jauh dan meletakkan sasaran yang paling tinggi termampu kita capai. Jadi perkara paling penting untuk membolehkan kita duduk tersandar berangan-angan adalah:
  1. Pulun seligat mungkin untuk dapatkan sasaran lepas overhead dengan ada sedikit lebihan. Jangan ambil lebihan tersebut untuk naikkan gaji sendiri, sebaliknya buat perkara kedua di bawah.
  2. Melepaskan tugasan penyelia cum manager cum tukang cuci yang kita pegang selama ini pada orang lain. Untuk itu jangan takut atau kemut belanja gajikan orang yang bakal mengambil tempat kita itu.

Bila tugasan dah diambil orang, kita akan dilanda masalah risau dan gelabah tak tentu arah tak tahu nak buat apa. Maklumlah sekian lama asyik beraksi sampai tak sempat berfikir. Biasanya mereka yang dah terbiasa kerja macam lipas kudung akan terjun semula buat kerja sebab tak boleh terima jenis kerja pakai otak saja.

Untuk atasi masalah itu:

  1. Sabar dan pujuk diri anda bahawa ini hanya sementara dan anda dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi jutawan. Lagipun tak ada boss yang sedang memantau apa yang anda buat.
  2. Pantau sekejap saja anak buah yang turun buat kerja dan segera tinggalkan mereka untuk mencari kawan-kawan yang berjaya. Mereka yang dah berjaya ni biasanya kerja utama adalah melepak cari kawan share masalah atau cari idea baru. Pergi joint mereka.
  3. Jangan asyik berborak lama sangat. Sebelum pulang ke rumah menamatkan hari tersebut, menyendiri sebentar sekurangnya satu jam di pejabat.
  4. Sediakan komputer di depan dan stand-by kalkulator besar yang boleh kira lebih dari 7 angka.
  5. Buat kiraan berapa anda akan capai bulan tersebut. Katakan jumlahnya adalah RM7 ribu. Untuk mendapatkan jumlah jualan sejuta setahun, anda perlu dapatkan pendapatan sejumlah RM83,333.35 sebulan ! maksudnya anda perlu gandakan semua yang sedang anda ada sebanyak 12 kali, itu bukanlah jumlah yang banyak.
  6. RM83,333 dibahagikan dengan RM7,000 bersamaan lebih kurang 12. Jika jumlah pelanggan yang ada sekarang adalah 20 rumah, anda perlu lagi 220 rumah untuk mencapai sasaran jualan RM83,333 sebulan.
  7. Fikirkan bagaimana nak buat semua tu. sampai cukup sejam untuk hari itu dan balik.
Samada anda percaya atau tidak sejak balik pada hari itu, otak anda tak akan henti-henti berfikir macam mana nak capai semua angka tersebut hatta ketika anda sedang berakpun.

Itu menandakan anda sedang dalam proses menghampiri sasaran. Sabar, tunggu dan teruskan berfikir setiap hari sebelum balik satu jam di depan komputer, tambah satu lagi item, iaitu buku nota. Ia perlu bila ada idea terpancul keluar.

Paling lewat 2 tahun sasaran tersebut akan tercapai dan paling cepat mungkin sekitar 6 bulan. Itu bukanlah masa yang lama bagi seorang usahawan. Insyallah!sumber


Thursday, December 20, 2012

Kereta mewah tanda berjaya?


"Kenapa hang tak pakai kereta besar?" itu soalan biasa yang ditanya kawan-kawan. Saya selalunya jawab, "aku selesa kekalkan gaya hidup begini, asalkan syarikat tak henti membesar".


Bagi saya syarikat biar terus membesar dan membesar sehingga menjadi empayar hebat. Tuan punya syarikat boleh terus kekalkan kehidupan dengan cara yang sederhana. Antara kelebihan berbuat begitu adalah dapat mengelakkan diri merasa bongkak.


Jangan letak keyakinan diri pada kereta
Saya setuju dengan beberapa buku yang saya baca yang merumuskan bahawa 'anda bukanlah kereta apa yang anda pandu, bukan juga rumah besar mana yang anda diami'. Material sudah terlalu lama dijadikan ukuran kehebatan manusia.

Ada juga pendapat kawan-kawan yang memberikan alasan perlu kepada kereta mewah dan gaya hidup mewah untuk meyakinkan orang ramai bahawa kita hebat dan berjaya. Kereta boleh jadi modal besar tarik pekerja dan juga tarik pelangan.

Ada yang baru tertatih-tatih mula berniaga setahun jagung memerah kocek untuk beli kereta Merz atau BMW. Bila ditanya apa salahnya pakai dulu kereta yang ada. Tunggulah dulu sehingga stabil dan mampu. Alasannya kalau tak  bawa kereta hebat, orang tak yakin.

Sebenarnya di situ saja menunjukkan kenapa orang tidak yakin pada kita selama ini. Kerana kita tidak yakin pada diri sendiri. Selagi tidak ada keyakinan pada diri sendiri, pakailah kereta besar manapun, akan terbongkar juga kelemahan itu.

Daripada bayar cukai baik beli kereta mewah
Kelebihan orang yang berniaga berbanding makan gaji, salah satunya adalah:
  • Orang makan gaji kena bayar cukai dahulu, selebihnya baru boleh belanja untuk diri sendiri.
  • Orang berniaga belanja terlebih dulu, selebihnya baru dicukaikan.
Jika kita berniaga, syarikat boleh beli kereta mewah sebagai kereta rasmi syarikat. Biarlah kita bayar tiga atau empat ribu sebulan untuk kemudahan tuan punya syarikat. Itu antara alasan kenapa syarikat beli kereta mewah.

Jika kita makan gaji, membeli kereta mewah atas nama individu hanya satu pembaziran, lebih baik tubuhkan syarikat letak nama isteri dan buatlah apa-apa perniagaan yang rugipun tak apa dan gunakan syarikat itu untuk beli kereta mewah. Itupun kalau suami gaji besar. 

Saya rasa kalau nak belanja 2 atau 3 ribu sebulan untuk kurangkan jumlah bayaran cukai, lebih baik beli hartanah seperti rumah, pejabat dan sebagainya. Ia boleh digunakan sebagai kemudahan asrama pada pekerja. Hartanah nilainya sentiasa naik manakala kereta nilainya sentiasa turun.

Melainkan syarikat dah ada semua itu termasuklah bangunan, rumah, estet, dan sebagainya, maka barulah sesuai pakai kereta mewah....jadi kalau lihat saya pakai kereta mewah selepas ini, itu tandanya saya dah ada kesemua itu...hehehesumber


Wednesday, December 19, 2012

Tips menjadi cemerlang


Anda tentu suka jadi hebat cemerlang. Tentu semua daripada kita suka kalau semakin hari semakin meningkat kecemerlangan. Tak kisah apa jurusan yang kita mahu perhebatkan, manusia memang satu makhluk yang mampu meningkat menjadi cemerlang dan semakin cemerlang.

Namun begitu ada syaratnya untuk meningkat menjadi hebat:
  1. Ada kemahuan yang mendalam. Semua mahu jadi hebat, tapi sekadar angan-angan ringan meluangkan masa lapang tak ada kesannya. Pupuk keinginan agar ia membesar dan menjadi keazaman yang kukuh. Senang saja nak jadikan begitu.
    1. Senaraikan keinginan anda tersebut. Senarai kesemuanya dan berikan rating antara 1 sampai sepuluh dengan markat 10 paling anda dambakan.
    2. Tapis keinginan yang mencecah angka 10 dan buang selain dari itu.
    3. Jangan banyak sangat cukup sekadar 3 saja dan pilih antara 3 itu menjadi satu sahaja.
    4. Mula berdoa setiap hari mohon kepada Allah.
  2. Mula cari maklumat untuk mencapai kehebatan yang anda inginkan tersebut.Samada browse dalam internet, tanya pada yang tahu atau membaca anda akan mula kumpulkan cara paling mudah untuk mencapainya.
  3. Bertafakur setiap hari selama sekurang-kurangnya 27 minit. Mereka yang mengamalkan tafakur setiap hari mampu mengubah cara otak berfikir selepas 8 minggu.
  4. Tidur siang sebentar selama sekurang-kurangnya 20 minit. Rehatkan minda dan sediakan minda kita untuk kerja yang seterusnya. Jadikan ia sebagai tabiat harian.
  5. Jangan paksa diri. Lakukan perubahan atau latihan secara lancar tanpa ada perasaan risau dan tidak yakin. Berikan tempoh secukupnya untuk otak melaksanakan kerjanya. Mereka yang berusaha menghuasai sesuatu benda baru secara tenang tanpa ada kerisauan mampu mencapai kemahiran baru itu sebanyak lebih dari 80%.
  6. Ulang dan ulang. Ini perkara wajib dan terbukti sentiasa berjaya untuk menguasai sesuatu. Seperti kata Aristotle, "kita adalah apa yang sering kita ulang lakukan, oleh itu kecemerlangan adalah sesuatu yang boleh dibentuk".
Kajian menunjukkan masa yang diperlukan untuk mengubah atau mendapatkan apa yang kita mahukan melaui cara yang saya sebutkan di atas adalah selama 8 minggu sahaja. Saya boleh lakukannya, anda juga boleh lakukannya, mari kita sama-sama lakukannya. Insyallah.sumber


Tuesday, December 18, 2012

Teknik guna 'pengacau' untuk capai matlamat!


Dalam kehidupan kita akan ada seseorang yang kerjanya asyik mendatangkan masalah kepada diri kita. Biasanya orang itu adalah seseorang yang rapat dengan kita tak kira samada daripada kalangan keluarga, kawan-kawan, rakan perkongsian, jiran, atau musuh. Kita biasanya tidak dapat mengelakkan diri daripada mereka atas sebab-sebab tertentu.

Ramai yang tewas bila menghadapi masalah diganggu oleh mereka yang sering mendatangkan masalah. Kita tewas bukan disebabkan oleh mereka tapi sebaliknya kerana cara kita menghadapi mereka tidak betul. Lalu kita meletakkan kesalahan pada mereka apabila hilang fokus terhadap matlamat yang sedang kita kejar.


Sebenarnya apa saja yang hadir dalam hidup kita sentiasa ada manafaatnya. Samada yang hadir itu mambantu kita atau sebaliknya. Ia bergantung kepada cara kita melihat golongan tersebut. Mereka yang sentiasa menggangu tumpuan hidup kita boleh dimanafaatkan jika tahu caranya.

Untuk menggambarkan bagaimana dapat digunakan 'pengacau' ini untuk faedah mencapai matlamat, saya ceritakan bagaimana Robert Kiyosaki yang terkenal dengan bukunya 'Rich Dad, Poor Dad', belajar memahami erti fokus.

Cerita Robert Kiyosaki dilatih mengendali jet pejuang semasa menyertai Tntera Amerika
Selepas tamat latihan sebagai juruterbang, Robert Kiyosaki dipilih untuk menyertai kumpulan elite mengandalikan jet pejuang Amerika. Matlamat pilot jet pejuang ini hanya satau, 'membunuh'.

Mereka dilatih menembak ke sasaran musuh bagi memusnahkan tentera musuh. Sepanjang dilatih Robert Kiyosaki sentiasa diiringi oleh seorang Sarjan yang merupakan pelatih hebat mengeluarkan pilot pembunuh.

Setiap kali melakukan penerbangan dan mereka menghampiri kawasan musuh dalam simulasi peperangan, Sarjan tersebut akan menghentam kepala Robert Kiyosaki bertubi-tubi dengan pemukul getah sambil menyuruhnya menembak pada sasaran.

Biasanya simulasi itu akan berakhir dengan Jet Pejuang yang mereka naiki itu ditembak musuh dan disertai dengan jeritan Sarjan, 'kamu membuatkan kita mati ditembak!". Begitulah kejadian itu berulang-ulang yang membuatkan Robert terlalu marah pada Sarjannya.

Bagaimana dia mahu memberikan tumpuan jika setiap kali menghampiri musuh kepalanya dihentak bertubi-tubi. Ia amat menyakitkan lebih-lebih lagi rasa sakit hati dengan gangguan tersebut. Namun begitu Sarjan itu tidak pernah melayan kemarahan Robert dan meneruskan aktivitinya mengganggu ketika menghampiri sasaran. Cuma kali ini dia menjerit-jerit "FOKUS!, FOKUS!" sambil terus memukul kepala Robert Kiyosaki.

Lama kelamaan Robert mula tidak menghiraukan hentakan pada kepalanya dengan pemukul getah itu dan berusaha memberikan tumpuan untuk memusnahkan musuh. Akhirnya dia berjaya menembak ke sasaran sebelum jet pejuang mereka ditembak musuh.

Setelah itu barulah Sarjan itu menerangkan pada Robert bahawa hentakan pada kepalanya itu merupakan satu cara dia memalingkan Robert daripada tumpuan. Semua orang akan ada saja gangguan ketika cuba memberi tumpuan dalam apa cara sekalipun.

Hanya mereka yang berjaya tumpu 100% pada matlamat saja yang akan berjaya. Untuk memberikan tumpuan, kita perlu melupakan segala perkara lain selain dari mencapai matlamat yang kita kejar. Latihan yang diberikan oleh Sarjan itu benar-benar berjaya memberi kefahaman pada Robert apa ertinya fokus!

Semenjak itu, Robert Kiyosaki mula menggunakan pendekatan yang sama dalam apa saja perkara yang beliau lakukan terutamanya terhadap kehidupan dan juga perniagaannya. Sebab itulah dia berjaya berada pada tempat dia berada sekarang.

Siapa Sarjan dalam hidup kita?
Memahami cerita di atas, kita secara lansung boleh melantik kesemua mereka yang sering memdatangkan masalah serta mengganggu tumpuan matlamat hidup kita sebagai Sarjan untuk memberikan latihan percuma!. Biarlah mereka mengganggu sehebat mungkin dan gunakan itu sebagai latihan untuk mengarahkan fokus tanpa memperdulikan mereka.

Tidak ada orang yang berjaya membuat latihan fokus jika kita tidak mendapat latihan tubi samada secara formal atau tidak. Dengan melantik orang yang sering menggangu kita sebagi Sarjan, kita sepatutnya mengucapkan terima kasih apabila kita berjaya menjadi seorang yang fokus.

Fokus sangat penting jika kita mahu berjaya. Apa saja halangan atau cubaan hanya membuatkan kita hilang tumpuan jika kita tidak berfikir secara objektif.

Ketika seorang pemain pedang terhebat di Jepun ditanya bagaimana dia mampu menguasai kemahiran bermain pedang dengan hebat mengatasi semua orang lain, jawapannya mudah saja,

"Jika kamu mahu mencantas, lupakan segala yang lain selain daripada mencantas...".

Dengan berbuat begitu kita akan menjadi pemain pedang yang hebat dan digeruni. Jangan fikirkan takut dia melawan, kesian atau lain-lain lagi, ia hanya akan membuatkan gerakan mencantas kita terbantut dan gagal.

Jika anda mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, lupakan segala halangan yang mendatang selain daripada memikirkan tindakan untuk mencapai tujuan anda itu. Insyallah anda akan berjaya dan jangan lupa kenal pasti siapa Sarjan pelatih dalam hidup anda. Selamat mencuba.sumber

Monday, December 17, 2012

Rahsia atau ceritakan matlamat - Mana lebih baik?

Kalau nak berjaya tentu ada matlamat atau sasaran yang mahu kita capai. Lebih besar matlamat, lebih besarlah kejayaan yang mahu ditempa. Apakah matlamat anda? adakah anda ceritakan matlamat itu pada orang lain atau pendamkannya saja untuk diri sendiri sambil terus berusaha mencapainya?.

Jika mahu berusaha terus menerus sehingga tercapai matlamat besar anda langkah terbaik adalah dengan pendamkan saja untuk diri sendiri. Ini bagi memastikan kita terus berusaha dengan gigih sehingga tercapai sasaran.

Ini berdasarkan kajian yang dinyatakan di dalam buku bertajuk "The Little Book of Talent: 52 Tips for Improving Your Skills".


Kajian dilakukan terhadap sekumpulan 163 orang yang dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk melaksanakan perojek besar. Salah satu kumpulan diminta menceritakan matlamat mereka manakala satu kumpulan lagi disuruh merahsikannya. Mereka diberikan masa 45 minit untuk menghabiskan projek itu.

Keputusannya adalah:
  • Kumpulan yang menceritakan matlamat masing-masing berakhir dengan meninggalkan projek tersebut kurang daripada 30 minit.
  • Kumpulan yang merahsikan matlamat masing-masing menghabiskan masa 45 minit yang diberikan dan bersemangat untuk meneruskan kerja lagi walaupun masa dah habis.
Rumusannya adalah mereka yang berkongsi matlamat dengan menceritakan pada orang lain secara tidak sedar merasakan puas hati dengan pencapaian mereka walaupun belum berakhir. Otak bertindak seolah-olah kita telahpun mencapai matlamat walaupun kerja belum habis.

Jadi lepas ini, rahsiakan matlamat besar anda dalam hati dan jangan ceritakan pada orang lain. Berusaha dengan gigih sehingga tercapai. Ia adalah satu strategi yang terbaik untuk memastikan matlamat tercapai!sumber



Sunday, December 16, 2012

Takut henti kerja untuk niaga?, baca ni


Saya ada sebutkan sebelum ini langkah awal untuk jadi usahawan adalah berhenti kerja. Bukan mudah mahu letak jawatan yang stabil dengan gaji lumayan untuk terjun ke bidang usahawan yang pastinya penuh cabaran.

Tak ada sesiapa yang akan campakkan surat berhenti kerja tanpa dihantui perasaan takut. Beribu-ribu mimpi ngeri yang kita bayangkan selepas berhenti kerja. Akhirnya tak jadi berhenti. Sebabnya adalah takut. Bila masanya kita akan berhenti takut?


Saya dah temui ramai orang yang berpengalaman melakukan perkara-perkara menakutkan seperti terjun dari helikopter dengan payung terjun, terjun dari tempat tinggi dengan getah elastik dan lain-lain seumpamanya. Mereka kongsikan satu perkara yang sama iaitu:

"Takut sebelum melakukannya"

Bila ditanya macam mana takut tersebut hilang sekarang yang membuatkan mereka telah jadi berani melakukannya semula berulang-ulang. Jawapannya sama iaitu,

"Teruskan juga terjunan pada kali pertama"

Pada kali pertama melakukan terjunan. Perasaan takut terus lenyap. Ketika itu mereka hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dengan melakukan apa yang telah diajar ketika latihan sebelum terjun. Sejak itu mereka sedar bahawa perasaan takut hanya berlaku dan tak akan lenyap selagi mereka tidak melakukan terjunan.

Rumusannya, untuk hilangkan takut berhenti kerja hanya ada satu cara. Lakukan ia, campakkan surat berhenti kerja dan mula berniaga. Titik noktah! Selepas itu anda hanya akan mula memikirkan bagaimana nak selamatkan diri dengan berniaga.

Bezanya terjun dari helikopter adalah, kesilapan bakal membawa maut. Tetapi terjun ke dunia perniagaan, kesilapan membolehkan anda jadikan pelajaran dan anda tidak akan mati kerana itu. Insyallah!sumber

Saturday, December 15, 2012

Jaga-jaga kepada Rakyat Malaysia - Penghidap HIV 0.5 juta



Menurut statistik 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 94,841 telah dijangkiti  HIV/AIDS mengikut UNICEF angka perlu didarab dengan 10, walau bagaimanapun di Malaysia jumlah tersebut hanya didarab dengan 5. Ini bermakna hampir 0.5 juta rakyat Malaysia adalah penghidap HIV/AIDS

Daripada jumlah tersebut 17,893 adalah heterosexual dan 65,028 kes adalah daripada penyalah gunaan dadah (Injecting Drug Use-IDU).Tetapi yang lebih menakutkan ialah berlaku peningkatan ketara kepada wanita disebabkan oleh pasangan mereka  (suami penagih dadah atau pengamal sex bebas) dan sikap INGNORANT membuatkan hal ini lebih buruk.

Kawasan FELDA mencatatkan angka pesakit HIV yang tinggi tetapi ramai yang tidak mendaftarkan diri kerana bimbang dengan stigma masyarakat. Malangnya mereka tidak risau dengan perlakuan yang membawa kepada HIV dan penyabarannya.

Kita tidak boleh menghukum semua penghidap HIV sebagai satu beban kepada masyarakat tetapi kita juga tidak boleh terlalu menabur simpati kerana simpati yang berlebihan itu boleh membawa kepada semakin kurangnya kesedaran tentang bahaya HIV

PS: Hati-hati dengan pasangan anda. Jangan terlau naif atau bersikap tidak peduli!

darikakigunungjerai



Teknik terbaik belajar dari buku


Untuk hidup ringkas perlu ilmu. Salah satu cara mendapatkan ilmu adalah dengan membaca. Bila membaca, matlamat utama adalah untuk belajar. Untuk belajar melalui buku, kita tidak semestinya baca keseluruhan buku tersebut.

Apa yang paling utama sekali adalah menceduk ilmu dari buku yang kita baca. Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menceduk ilmu daripada buku yang kita baca?

  • Jangan buang masa membaca sesebuah buku itu berulang-ulang untuk mengingati isi penting dari sesebuah buku.
  • Kita hanya perlu membaca sedikit bahagian dan menutupnya untuk mencatit isi-isi penting dari apa yang kita telah baca. Ini membuatkan otak kita lebih berusaha mengingati dan memahami isi kandungan buku tersebut. Mencatit juga memaksa kita berfikir susunan kepentingan tiap-tiap isi yang di baca.
Kajian mendapati mereka yang membaca dan mencatitkan isi-isi penting lebih mudah mengingati dan menyimpan maklumat 50% lebih baik daripada mereka yang membacanya berulang-ulang!.


Friday, December 14, 2012

"Selama 50 tahun matahari tidak pernah berjaya menangkap saya berada di atas katil"- Thomas Edisson


Semua orang perlu rehatkan badan dengan tidur. Ada yang perlu tidur lama dan ada yang perlu tidur sekejap sahaja. Matlamatnya adalah sama iaitu untuk memulihkan tenaga.

Pakar merumuskan setiap manusia normal memerlukan antara 7 ke 8 jam masa untuk tidur dalam masa sehari. Kurang atau lebih dari itu membuatkan tenaga tidak dapat dipulihkan dengan optimum.


Ada orang yang mendakwa mereka tidak perlu masa yang lama untuk tidur. Ramai mendakwa mereka hanya perlu antara 5 ke 6 jam sahaja. Ada juga yang mendakwa mereka perlu kurang dari itu. Adakah itu betul?

Ya!, memang ada terdapat segelintir orang yang tidak perlu masa lama untuk memulihkan tenaga dengan tidur. Tetapi kemungkinan besar anda bukan termasuk dalam golongan tersebut. Data kajian menunjukkan dalam 100 orang, hanya 5 orang sahaja yang berkemungkinan tidak perlu masa tidur yang lama.

Berikut adalah ciri-ciri mereka yang mampu kurang tidur:
  1. Mereka tidur lewat dan muncul awal pagi tanpa perlu tidur sebentar pada waktu siang atau mengambil minuman berkafein untuk kekal segar.
  2. Mereka biasanya amat bertenaga dan ceria.
  3. Mereka biasanya peramah, bercakap dengan laju dan tidak henti bercakap.
  4. Biasanya mereka amat optimistik dan bercita-cita tinggi.
  5. Otak mereka sentiasa cepat berfikir dan berada seperti dalam keadaan terkejar-kejar. Mereka sentiasa padang jauh ke depan
  6. Mereka sentiasa saja ada idea untuk melakukan perkara yang menarik minat mereka.
Adakah orang yang mampu tidur sekejap biasanya berjaya?
Tidak dapat dibuktikan lagi. Tapi yang pastinya mereka mempunyai masa yang lebih panjang daripada orang lain untuk melakukan kerja.

Bolehkah kurang tidur dipelajari?
Jika anda teringin menjadi salah seorang daripada mereka yang kurang tidur, anda hanya membuang masa kerana tidak ada satu carapun untuk belajar jadi begitu. Biasanya tabiat kurang tidur ini berputik sejak zaman kanak-kanak dan ia kebiasannya adalah faktor keturunan.

Bagaimana tahu anda salah seorang daripada mereka?
Untuk mengetahui samada anda jenis yang kurang tidur atau tidak, mudah saja. Jika dalam seminggu anda kebiasannya mampu bertahan untuk hanya tidur antara 5 ke 6 jam saja dalam masa satu hari, kemudian bila dihujung minggu anda ganti semula dengan tidur lebih lama, anda bukan jenis yang tahan kurang tidur.

Walau bagaimanapun, menurut sebuah buku yang saya baca baru-baru ini yang menyenaraikan tabiat 100 orang paling kaya di setiap Bandaraya di Amerika, majoriti daripada mereka tidak suka tidur dan lebih banyak berjaga daripada tidur.

Anda pertimbangkan sendiri samada untuk berjaya perlu kurang tidur atau tidak. Bagi saya ia ada hubung kait dengan cita-cita dan keazaman untuk berjaya. Bila dah terlalu fanatik untuk jadi yang terkaya dan terhebat dalam perniagaan, sudah pasti anda akan hadapi masalah untuk tidur!sumber


Thursday, December 13, 2012

Macamna nak jadi pakar dalam bidang anda


ajian demi kajian menunjukkan dalam 95% kes, bakat dalam sesuatu bidang tidak menjamin manjadikan seseorang itu pakar. Ini satu berita baik untuk semua. Siapa saja mampu menjadi pakar dalam bidang yang dia minati dengan melakukan perkara berikut:
  • Berlatih selama 10,000 jam !. Latihan yang melibatkan kualiti dan juga kuantiti penting. Tidak cukup sekadar menghadirkan diri sahaja. Anda perlukan lebih daripada itu.
    • Latihan mesti macam betul-betul. Jika mahu jadi pakar Tomoi, setakat tumbuk dan tendang batang kelapa saja tak cukup. Anda perlu pergi lebih jauh sehingga masuk dalam gelangang dan  berhadapan dengan pesaing.
    • Jangan jadi pasif. Anda mesti aktif bergiat serta melibatkan diri.
    • Berlatih berulang-ulang saja tak cukup. Anda mesti mencabar diri anda lebih jauh dalam menguasai segala kemahiran.
    • Jangan lupakan latihan secara solo. Berlatih sendirian amat perlu walaupun bidang tersebut memerlukan pasukan.
    • Berlatih dengan banyak. 8 Minggu diperlukan untuk anda menguasai asas. Tapi untuk menjadi pakar anda mungkin memerlukan 10 tahun.
    • Cuba cari faktor perangsang. Ia membuatkan anda berlatih tanpa paksaan. Kelancaran berlatih membuatkan faktor berjaya lebih dari 80%
  • Ada lagi faktor tambahan: yang anda perlukan:
    • Sabar, sabar, dan sabar. Kesabaran dan kecekalan saja yang mampu membuatkan anda menghabiskan 10,000 jam masa berlatih.
    • Cari mentor yang hebat. Mentor hebat bukan yang hanya memuji dan menggalakkan anda. Dia mesti seorang yang tegas dan tidak memberikan anda muka.
    • Fokus pada perkara negatif!. Ia mungkin bertentangan dengan teori biasa yang menggalakkan kita melihat perkara positif, itu hanya layak untuk menguasai perkara asas. Untuk menjadi pakar anda perlu fokus komen negatif yang mampu mencabar anda perbaiki kelemahan. Fokus komen negatif adalah ciri-ciri yang membezakan pakar dengan yang lain.
    • Tumpu pada pembaikan yang berpanjangan. Jangan menunjuk pada orang lain, ia tidak memberikan sebarang faedah.
    • Dahagakan kritikan yang cepat dan segera perbaiki.
    • Yakin diri sendiri yang segalanya adalah berbaloi. Itu saja yang mampu mengembirakan anda.sumber


Wednesday, December 12, 2012

Kenapa orang bunuh diri?


Sebab apa manusia bunuh diri?. Hidup susah bukan faktor utama orang bunuh diri, kalau tidak tentu ramai orang gelandangan di serata dunia yang telah bunuh diri. Keadaan sekeliling yang cukup mencabar juga bukan satu faktor orang bunuh diri.

Jika keadaan sekeliling yang sukar adalah faktor bunuh diri tentu tak ada orang kaya yang bunuh diri dan sudah tentu ramai rakyat dari negara dunia ketiga yang dah lenyap sebab bunuh diri. Jadi apa sebabnya orang bunuh diri.


Data menunjukkan jumlah orang bunuh diri semakin tinggi di negara yang membangun, maju dan taraf kehidupan meningkat. Ia juga banyak berlaku di negara maju yang tahap pendidikan semakin tinggi. Maklumat ini tentu pelik sebab kita sering sangka sebaliknya.

Contoh kenapa orang bunuh diri:
  1. Orang kaya yang cukup mewah dan berada tiba-tiba jatuh miskin, muflis dan tiada apa-apa lagi.
  2. Pelajar yang sentiasa dapat keputusan yang hebat-hebat, tiba-tiba keputusannya merosot teruk mengalahkan orang yang paling bodoh di sekolahnya.
  3. Orang yang hidup ceria berkahwin, beranak pinak tiba-tiba bercerai akibat masalah perhubungan yang teruk.
  4. Orang yang hidup damai dan cukup dihormati di kalangan masyarakatnya, tiba-tiba jatuh hina dina seperti sampah masyarakat.
  5. Pemuda baik yang disayangi masyarakat, tiba-tiba diberkas dan disumbat masuk penjara kerana bersalah merogol beberapa anak orang kampung.
Itu antara beberapa contoh orang bunuh diri. Jika diperhatikan ia menunjukkan satu persamaan tabiat. Seseorang yang berada ditempat yang tinggi, kemudiannya jatuh menjunam di kedudukan yang cukup rendah.

Pakar merumuskan sikap manusia yang bunuh diri yang meletakkan jangkaan yang cukup hebat terhadap dirinya membuatkan mereka hilang pedoman. Sikap jangkaan tinggi itu dikaitkan pula pada jangkaan masyarakat pada dirinya. Ringkasnya semua yang dilakukan lebih condong untuk mempamerkan diri pada masyarakat sekeliling.

Oleh itu, jangan sesekali berusaha menjadi hebat atau berjaya untuk memuaskan hati orang lain. Jangan hidup untuk membuat apa yang orang lain jangkakan terhadap diri anda. Buat semua itu untuk mencari keredhaan Allah.
  • Jadi pandai kerana Allah
  • Jadi Isteri kerana Allah
  • Jadi suami kerana Allah
  • Jadi anak kerana Allah
  • Jadi usahawan kerana Allah
  • Jadi kaya kerana Allah
  • Jadi baik kerana Allah
  • Jadi senang kerana Allah
  • Jadi pemimpin kerana Allah
  • Jadi pengikut kerana Allah
  • Jadilah apa saja yang disarankan Agama kerana Allah.
Jangan berlumba dengan orang lain. Berlumbalah dengan diri anda sendiri. Pastikan esok lebih baik dari hari ini. Bina perubahan sedikit demi sedikit. Biar sedikit asalkan berkekalan.

Tinggalkan perkara yang tidak menguntungkan diri anda walaupun ianya baik, masa terlalu singkat untuk manusia biasa melakukan semua perkara dalam hidup. Jika anda seorang Guru jangan pulak buat kerja nelayan, tumpukan karier anda sebagai guru. Jika anda pegawai Majlis Perbadaran, jangan pula jadi kontraktor, tumpukan pada kerja anda.

Buat semua itu kerana Allah, pasti kita selamat!sumber