Pages

Tuesday, November 13, 2012

Sekolah bagus bukan faktor utama anak cemerlang



Ramai yang berebut untuk masukkan anak mereka ke sekolah yang cemerlang. Ibubapa yang peka pada pendidikan anak-anaknya akan menilai pencapai sekolah terlebih dulu sebelum mendaftar kemasukan anaknya ke situ.

Semua tersebut dilakukan atas dasar anggapan bahawa sekolah cemerlang, anaknya juga akan turut cemerlang. Setelah semua urusan pendaftaran selesai, ibubapa akan melepaskan semua soal mencemerlangkan anaknya pada sekolah.

Jika itu adalah anggapan anda, itu sebenarnya salah sama sekali. Kajian terbaru yang dilakukan di Amerika mendapati, faktor keterlibatan ibubapa memainkan peranan yang lebih besar dan kuat dalam menentukan kecemerlangan pelajaran anak-anak mereka. Itu juga benar walaupun sekolah yang mereka pilih bukan yang hebat dan terbaik.

Apakah yang ibubapa perlu lakukan untuk membantu kecemerlangan anak-anaknya?
  1. Luangkan masa bersama anak-anak
  2. Semak kerja rumah mereka
  3. Sertai aktiviti sekolah dengan aktif
  4. Berikan mesej pada mereka bahawa sekolah amat penting
Berdasarkan kajian tersebut, jika anak anda teruk pelajarannya, jangan cuba perbetulkan sekolah. Sebaliknya perbetulkan diri anda dan ambil tahu dengan dekat hal ehwal pelajaran anak anda, insyallah dia akan cemerlang semula.sumber

No comments: