Pages

Tuesday, November 6, 2012

Penting!: Hidup ringkas - Apa maknanya bagi anda?


Saya sedang membuat sedikit kajian tentang apa yang orang ramai maksudkan dengan "Hidup ringkas". Terdapat berbagai makna dan persepsi apabila kita katakan 'aku mahu hidup ringkas'. Di barat, pergerakan hidup ringkas atau 'simple life' ini membawa kepada terbinanya pergerakan mencintai alam sekitar atau 'Green Movement'.

Bila di sebut Hidup ringkas, orang barat akan mengaitkannya dengan buku Walden atau Life in the wood. Sebuah buku tulisan Henry David Thoreau yang diterbikan pada tahun 1854. Beliau menulis buku tersebut ketika cuba tinggal di dalam hutan selama 2 tahun 2 bulan. Tujuannya berbuat begitu adalah untuk merasai bagaimana menjalani kehidupan yang ringkas.

Walau apapun yang semua orang fikirkan atau apa sebenarnya makna yang betul, apa yang lebih penting adalah gambaran yang kita ada di dalam kepala apabila disebutkan Hidup Ringkas. Itulah yang saya ingin ketahuinya di sini.

Saya mohon kerjasama para pembaca budiman yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi dalam satu ayat mudah dan ringkas tentang apa yang terlintas di fikiran anda apabila dikatakan "Hidup Ringkas".
Sila berikan komen di bawah dengan ikhlas.

Sumbangan anda amat saya hargai. Terima kasih SUMBER

No comments: