Pages

Friday, November 2, 2012

Baru 26 tahun dah jadi jadi billionaire - Billionaire muda Thailand


Bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk jadi kaya raya boleh cari maklumat tentang pemuda ini yang sekarang berumur 26 tahun dan memiliki perniagaan rumpai laut paling laris di Thailand.

Aitthipat Kulapongvanish, merupakan warga muda Thailand yang pasaran rumpai lautnya menguasai 85% daripada keseluruhan parasan Thailand. Ia bersamaan dengan 800 juta bath setahun. Dia mempunyai seramai 2 ribu orang yang bekerja di bawah syarikatnya.


Berikut sedikit maklumat zaman mudanya:
  • Pada umur 16 tahun, Aitthipat menjana 400,000 bath sebulan hasil daripada permainan video online
  • Ketika berumur 17 tahun dia sanggup melupakan persekolahannya. Sebaliknya dia menjual buah berangan untuk mencari duit. Perniagaan buah barangannya menjadi terkenal di Thailand.
  • Keluarganya muflis dan berhutang sebanyak 40 juta bath ketika dia berumur 18 tahun
  • Ketika berumur 19 tahun dia mula memperkenalkan 'Tao Kae Noi", sejenis makanan rumpai laut yang diedarkannya di 3 ribu cawangan 7-eleven di Thailand.
  • Kini makanan tersebut berada telah turut di ekspot ke Jepun, Taiwan, Singapura dan juga Amerika
Baca ceritanya di sini.

Apa yang perlu kita ingat adalah kita sesekali tidak mungkin boleh menjadi orang lain. Setiap manusia di dunia ini mempunyai sejarah perjalanannya yang tersendiri dan unik. Kita hanya boleh sekadar melihat jalan orang lain yang berjaya dan pinjamkan sebanyak mana idea yang boleh untuk disesuaikan dengan apa yang kita ada.

Himpunan idea-idea yang kita belajar dari perjalanan orang lain lalu disesuaikan untuk kegunaan diri kita mengikut kesesuaian akhirnya akan membuahkan hasil yang unik cara kita sendiri. Yang penting adalah anda perlu sentiasa menjadi diri anda sendiri. Ciptalah sejarah kejayaan kita yang tersendiri tanpa perlu menjadi orang lain.sumber


No comments: