Pages

Tuesday, February 14, 2012

Tee Keat jadi Menteri Besar?


Tee Keat jadi Menteri Besar Cina Pertama Selangor ?
Terdapat spekulasi di kedua-dua belah pihak parti politik bahawa Ahli Parlimen Pandan dan bekas presiden MCA Ong Tee Kiat akan menjadi Menteri Besar pertama Selangor yang berbangsa Cina sekiranya pakatan Umno-BN berjaya menawan semula negeri itu pada PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Samada Perdana Menteri Najib Razak serius atau semata mendapatkan respon rakyat masih samar tetapi yang jelas pakatan Umno-BN itu sememangnya terdesak untuk menawan semula Selangor. Negeri itu adalah yang terkaya dan mereka telah kehilangannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim pada 2008.
Berita ini sudah tersebar sejak sekian lama tetapi tiada siapa yang begitu mengambil serius kerana terlalu faham pendirian Umno yang meletakkan Melayu dahulu. Tetapi, perlantikan Tee Keat sebagai pengerusi BN di situ yang juga didesak oleh Umno telah mengukuhkan lagi khabar angin tersebut. Sudah tentulah Ketua BN Selangor masih orang Umno tetapi ini adalah berita paling sensasi buat masa sekarang,” beritahu satu sumber politik kepada Malaysia Chronicle.
Cadangan penuh kontroversi
Walaubagaimanapun, peluang BN menawan semula Selangor sangat tipis. Teapi, berita sebegitu sudah semestinya akan memberi kejutan kepada rakyat Malaysia terutama orang Cina dan Melayu.
Walaupun secara kosmetiknya, kelihatan seperti masyarakat di Malaysia adalah masyarakat harmoni berbilang kaum, hakikatnya mereka masih tidak bersatu walaupun selepas 54 tahun diperintah oleh Umno-BN yang sentiasa menerapkan politik yang berdasarkan persamaan dan dengan terang-terangan bersikap pilih kasih mengikut kaum untuk kekal berkuasa. Masyarakat Melayu membentuk etnik terbesar negara ini iaitu 50% daripada populasi 28 juta. Masyarakat Cina pula pada 28%.
Terdapat pelbagai pro dan kontra untuk cadangan sebegitu sama ada Tee Keat menerimanya atau tidak.
Sekiranya Tee Keat menerima, beliau haruslah melepaskan kerusi parlimen beliau di Pandan yang sangat dikehendaki oleh Umno- beliau harus bertukar kepada kerusi negeri. Oleh itu, bekas presiden MCA itu haruslah menilai dengan baik peluang BN merampas semula Selangor.
Pro dan Kontra untuk Najib
Untuk Umno, kelihatan seperti pemimpin negeri itu telah bersetuju untuk untuk menjadikan Tee Keat sebagai ketua BN Pandan, suatu reaksi yang dinantikan daripada pihak akar umbi Umno dan sayap kanan konservatifnya.
Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib telah memilih untuk menerima idea itu, menguji suasana sebelum membuat sebarang cadangan formal atau memberi komen mengenainya.
Kebaikkannya untuk Najib adalah beliau boleh meletakkan orangnya di Pandan, memberikan masyarakat Cina sesuatu untuk difikirkan sekiranya BN benar-benar mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berbaloi di undi pada PRU 13 nanti. Buat masa sekarang, ramai dikalangan orang Cina lebih cenderung kepada Pakatan.
Najib dan konsep 1Malaysia beliau yang nampak gagal akan mendapat nafas baru walaupun sebenarnya, idea itu akan tetap gagal kerana orang Melayu di Selangor tidak akan menerima Menteri Besar berbangsa Cina. Dijangka juga bahawa persatuan ekstrim yang menjaga hak Melayu seperti Perkasa akan memerangi idea Najib itu.
Satu tamparan buat Soi Lek
Bagi MCA pula, mereka mungkin akan merasa marah dan bukannya bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini disebabkan permusuhan politik dan perasaan cemburu. Bukanlah rahsia bahawa presiden MCA sekarang, Chua Soi Lek dan anaknya Tee Yong memang benci pada Tee Keat. Mereka telah memberi tekanan pada beliau dan juga penyokong beliau dalam parti.
“Saya tidak berani membayangkan reaksi Soi Lek terhadap berita tersebut. Ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada beliau sekiranya Umno menyokong Tee Keat sebagai MB pertama di Selangor yang berbangsa Cina,” kata pemerhati politik itu.
“Saya tidak yakin Najib akan dapat meyakinkan yang lain mengenai idea itu. Beliau akan putus asa dan menyangkal semuanya apabila mendapat tekanan daripada ekstrimis Umno. Ia kelihatan seperti satu komplot untuk membuat Tee Keat menyerahkan kerusi Parlimen Pandan beliau dan menerima kerusi negeri.”
Malaysia Chronicle

No comments: