Pages

Tuesday, February 14, 2012

Harussani kecam Najib dan Rosmah

Written by  Melissa Lee, Malaysia Chronicle
Harussani kecam Najib dan Rosmah: Sambut Thaipussam kesalahan dalam Islam
Ulama Islam kontroversi Harussani Zakaria juga telah sama-sama mengkritik PM Najib Razak dan isterinya yang telah bersama-sama menyambut perayaan orang Hindu demi mendapatkan publisiti untuk diri mereka sendiri.
Harussani yang juga mufti Perak kecewa dengan tindakan Najib yang disifatkan beliau sebagai lemah iman terhadap Islam.
Ia satu tindakan yang berdosa. Saya tidak faham kenapa ini berlaku. Kita tidak boleh ikut sama menyambut perayaan yang diadakan di rumah ibadat agama lain. Perdana Menteri seharusnya menghantar seorang menteri beragama hindu untuk menggantikan tempat beliau. Orang Islam sememangnya tidak boleh menyambut perayaan agama orang lain,” Malaysian Insider melaporkan Harussani sebagai berkata.
Jangan perkecilkan agama orang lain
Harussani juga mempersoalkan mengapa menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal agama Islam, Jamil Khir Baharom tidak memberi nasihat kepada Najib untuk tidak pergi. Harussani berkata dibolehkan orang Islam pergi ke majlis rumah terbuka tetapi bukan rumah ibadat.
“Kita tidak boleh terlibat. Mereka melakukan ritual keagamaan dan kita sebagai orang Islam tidak boleh hadir,” kata Mufti Perak yang kontroversi itu, yang telah diberi nama jolokan Mullah Gila dari Perak kerana pandangan konservatif dan teguh beliau.
Pandangan Harussani ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Orang Hindu sudah pun berasa keji kerana digunakan oleh Najib untuk membenarkan diri mereka digambar dalam gubahan bungan berbentuk hati yang besar itu dan disebabkan ini, mungkin akan lebih terluka oleh komen Harussani.
“Majlis BN itu diatur oleh MIC. Jadi, orang Hindu haruslah membawa isu itu kepada pemimpin MIC sekiranya mereka merasakan bahawa mereka tersinggung dengan Najib, Wanita Pertama dan Mufti Perak,” ujar timbalan Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
“Bagi sayap kanan Umno yang merasakan Najib telah mengorbankan Islam, Najib atau sekurang-kurangnya Jamil Khir sepatutnya mengeluarkan penjelasan. Tidak baik untuk mereka terus membiarkan komen yang seolah-olah memperkecilkan agama lain dibuat oleh Harussani.”
Orang India merupakan kumpulan pengundi penting untuk Najib
Pada awal minggu ini, Najib telah menghadiri sambutan tahunan Thaipusam di Batu Caves. Ini adalah lawatan ke-3 beliau semenjak menjadi PM pada 2009. Tetapi, pengkritik telah mengatakan bahawa beliau tidak pernah menunjukkan minat terhadap upacara orang hindu sebelum itu.
Kaum India adalah kumpulan etnik ke-3 terbesar di Malaysia dan boleh membentuk kumpulan pengundi yang penting dalam PRU 13.
Ini telah menimbulkan spekulasi bahawa Najib hanya mahukan undi kaum India dan percaya bahawa beliau boleh mendapatkannya dengan menunjukkan minat terhadap mereka dan menderma kepada kuil dan sekolah Tamil.
Walaubagaimanapun, orang India sendiri tidak percaya dan mereka tahu tindakan tidak ikhlas beliau. Mereka merasakan bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Najib telah gagal mengadakan sebuah pakej ekonomi yang komprehensif untuk membantu masyarakat India yang miskin.
Malaysia Chronicle

No comments: