Pages

Tuesday, January 17, 2012

PKR Jawab Tuduhan Melampau Hasan Ali Dan Blogger Umno



'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan  bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis) di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

NONE“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

NONE“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

“Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini,” kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

“Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian,” akhirinya kenyataannya itu.

Laporan- malaysiaKini

No comments: