Pages

Friday, January 6, 2012

Insiden UPSI: Mahasiswa bekalkan bukti kepada polis



Sekumpulan mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum dan bukti bergambar berhubung dakwaan kekasaran polis ke atas diri mereka pada ambang Tahun Baru 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Solidariti Mahasiswa Malaysia handing over memo police brutality at upsiMemorandum berkenaan memuatkan testimoni dan keterangan beberapa orang saksi dan gambar berhubung kejadian berkenaan yang menyaksikan seramai 17 mahasiswa ditahan manakala dua lagi didakwa cedera.

"Polis telah menafikan melakukan keganasan. Hari ini kita beri bukti kita bahawa ada sentuhan terhadap mahasiswa," kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Memorandum itu diserahkan kepada Bahagian Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam, DSP Venugopal Navaretnam di ibu pejabat Polis di Bukit Aman Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang ini.

Solidariti Mahasiswa Malaysia handing over memo police brutality at upsiHaziq Abdullah berharap dengan penyerahan bukti berkenaan, polis dapat menjalankan siasatan secara terperinci.

Beliau diiringi kira-kira empat lagi mahasiswa sewaktu menyerahkan memorandum tersebut.

Kira-kira 20 mahasiswa daripada kumpulan SMM dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hadir memberi sokongan kepada lima pelajar tersebut.

Perhimpunan pro-kebebasan akademik di UPSI itu, dianggotai kia-kira 100 aktivis mahasiswa.

NONESelain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, hampir seratus mahasiswa itu mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Dis lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan.

Laporan- Abd Rahim sabri

No comments: