Pages

Tuesday, January 10, 2012

Hasan Ali Bekas Ahli PAS Tak Senonoh ??


 
Tiada parti diam jika ahli ‘tidak senonoh’

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan memecat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin adalah perkara lumrah dalam parti dan tiada parti yang akan berdiam diri jika ahlinya bertindak ‘tidak senonoh’.
 
“Tidak ada parti dalam dunia ini yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh. Benda ni perkara biasa, laki bini lagikan bercerai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, semalam.
 
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan ini berkata, Hasan yang juga Adun Gombak dan Exco Kerajaan Selangor boleh kemuka rayuan sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.
 
Perlembagaan Pas membolehkan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Setiausaha Agung dan ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.
 
Keputusan memecat Hasan dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, semalam.
 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemecatan itu dibuat berda-sarkan Fasa 82(9) perlembagaan parti ke-ra­na dilihat tindakan Hasan merugikan kepentingan parti.
 
Hasan mengambil pendirian bercanggah dengan parti termasuk mempersoalkan konsep Negara Kebajikan yang diperkenalkan Pas, menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam serta yang terbaru, mempersoalkan kewajaran penyokong Pas hadir pada Perhimpunan 901.

Laporan- Hsinar

p/s zulkifli nordin, ibrahim ali dan lainnya yang dipecat dari parti.

No comments: