Pages

Tuesday, January 31, 2012

Penulis Lirik 'Awan Nano' Adalah Ketua Cabang PKR-Parit Sulong

Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat




PETALING JAYA: Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung.

Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.

"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.

"Saya berkarya untuk semua orang, saya tak buat lagu untuk satu parti atau mana-mana parti tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Justeru katanya, lagu Awan Nano yang bermaksud 'pelindung' dan karya-karyanya yang lain turut mempunyai unsur-unsur kemanusiaan selari dengan prinsip penulisannya.

Lirik lagu tersebut katanya dicipta lebih kurang tiga tahun yang lalu sebelum diserahkan kepada komposer.

Lagu itu dinyanyikan oleh juara Akademi Fantasia Ke-7, Hafiz turut mengungguli dalam kategori vokal terbaik. Melodi lagu tersebut adalah ciptaan komposer terkenal M.Nasir.

Nasmi berkata, beliau sebenarnya sudah terlibat dalam bidang seni dan penulisan bukan baru tetapi kira-kira 15 tahun yang lalu dan tidak menganggap berpolitik sebagai halangan untuk berkarya.

"Kerja seni saya melampaui parti dan saya tak jadikan parti sebagai halangan.

"Parti sebagai wadah untuk saya bergerak, itu sahaja," katanya.

Sebelum Awan Nano, pemuda berusia 36 tahun ini pernah menulis lagu untuk kumpulan Spider berjudul 'Ajaib' dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq.

Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com.

Nasmi menambah, berkarya sambil menceburi bidang politik adalah perkara biasa yang turut berlaku di luar negara.

Malah, beliau turut menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum.

"Dalam dunia penulisan nama pena adalah perkara biasa. Lima belas tahun saya dalam bidang seni, lima belas tahun jugalah saya guna nama yang sama ini," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut penglibatannya dalam bidang politik, beliau berkata selepas PKR berjaya pada pilihan raya umum 2008 yang lalu yang menyaksikan parti tersebut berjaya menguasai beberapa buah negeri, beliau lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang seni.

"Nak kata saya berpolitik sepenuh masa pun tidak juga. Tugas saya agak kurang. Saya sukakan cabaran.

"Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik," jelasnya.

Ditanya adakah beliau bimbang kerjayanya dalam bidang seni akan terganggu selepas masyarakat mengetahui tentang diri dan latar belakang politiknya, beliau menjawab:

"Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya.

"Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa."

Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.

"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.

Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan nyanyian Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain antaranya Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor). sumber

Surat terbuka untuk Presiden PAS


Surat terbuka untuk Presiden PAS
Assalamualaikum wbt
Kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dihormati dan dikasihi, PAS Sarawak dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak (DHPP) ingin menyatakan sokongan kepada Tuan Guru Presiden agar terus memimpin dan berada dalam parlimen Malaysia selagi nyawa masih dikandung badan.
Tuan Guru Presiden harus tetap memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana keilmuan yang meluas dalam bidang agama Islam serta pengalaman Tuan Guru dalam politik di Malaysia sangat dikagumi oleh rakan dan pihak lawan.
Tuan Guru memiliki sifat akhlak yang baik, serta tidak pernah melakukan penyelewengan dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang memimpin PAS dan juga memerintah Terengganu satu ketika dulu. Sifat yang mulia inilah yang menyebabkan orang Islam dan bukan Islam menerima Tuan Guru sebagai pemimpin yang adil untuk semua.
Tuan Guru telah berjaya bersama-sama menyatukan ketiga-tiga parti (PKR,DAP dan PAS) dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), maka inilah masanya Tuan Guru sama-sama menikmati hasil perjuangan Pakatan dalam Pilihanraya Umum ke13 nanti.
Dalam keadaan PR menghampiri laluan ke Putrajaya paling tidak, Tuan Guru diperlukan untuk menjadi antara pemimpin paling atas dalam pucuk pimpinan Malaysia jika PR berjaya membentuk kerajaan nanti, Insya-Allah.
Kita tahu ada pihak musuh dalam politik menggunakan isu pengunduran Tuan Guru sebagai alasan mereka mengatakan ada krisis kepimpinan dalam PAS dan Pakatan. Sekarang pihak musuh akan menggunakan apa saja cara untuk mengadu domba dan memecahbelahkan pimpinan Pakatan agar hasrat Pakatan untuk menawan Putrajaya gagal dan Barisan Nasional (BN) akan terus memerintah Malaysia.
Khidmat dan sumbangan ilmu pengetahuan Tuan Guru sangat diperlukan, kami akan merasa suatu kehilangan yang besar kiranya Tuan Guru mengundur diri pada waktu ini, lebih-lebih lagi perjuangan PAS di Sarawak masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari Tuan Guru.
Sekarang PAS Sarawak telah berjaya menyakinkan rakyat Sarawak agar sama-sama berjuang menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sokongan rakyat terhadap PAS Sarawak tengah meningkat naik dan mereka yakin PAS bersama dengan PR dapat menawan hati rakyat yang berbilang bangsa di Sarawak.
Kami sekali lagi merayu kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dihormati dan kasihi, agar memikirkan semula hasrat Tuan Guru untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Kita berdoa kepada Allah, semoga Tuan Guru Presiden sentiasa dalam kesihatan yang baik dan terus berjuang bersama menegakkan Negara kebajikan yang bercirikan Islam untuk semua.
Salam perjuangan dari PAS Sarawak
Berjuang kerana Allah
Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri, merangkap Timbalan Pesuruhanjaya iii PAS Sarawak
template joomla
-Harakahdaily

Israel: Penjelasan Anwar

Israel: Penjelasan Anwar


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.
Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).
Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
-Harakahdaily

Monday, January 30, 2012

DIBELASAH 18 LELAKI GARA-GARA HUBUNGAN DENGAN ISTERI ORANG





KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.


Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.

Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.

“Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.

“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya,” katanya.

Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

* gambar hiasan

... hati-hati boh!!!.....sumber

Friday, January 27, 2012

Nak Buat Fitnah Lagiiiii -Trio Datuk T Akan Dedah Video Sex Anwar yang lebih dahsyat ? -





Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".


Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai. sumber

Ahli MCA Hanya 40,000 Sahaja- Jui Meng

Pendedahan Jui Meng: MCA hanya punyai 40.000 ahli 'sebenar', bukan 1.3 juta
Mereka yang terkejut dengan berita bahawa MCA mungkin kehilangan kira-kira 30% ahli-ahlinya kepada Pakatan Rakyat pada masa pilihan raya umum ke-13 akan mendapat kejutan yang lebih lagi.
Pertama, bilangan ini mungkin lebih besar. Dan kedua, adakah anda tahu bahawa MCA walaupun bermegah dengan mempunyai sekurang-kurangnya satu juta ahli sebenarnya hanya mempunyai kira-kira 40,000 penyokong yang benar dan sahih!
"Ini adalah sesuatu yang boleh saya katakan dengan yakin dengan pengetahuan saya tentang parti MCA kerana mempunyai pengundi hantu yang paling banyak. Umno telah belajar daripada mereka bagaimana untuk memalsukan daftar keahlian," kata Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng,yang juga bekas orang kuat MCA, kepada Malaysia Chronicle.
"Akhirnya, sekalipun mereka cuba untuk menipu, dengan 1.3 juta ahli yang seperti didakwa MCA, mereka sebenarnya mempunyai hanya kira-kira 40,000 ahli. Ini adalah mereka yang benar-benar hadir di mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti atau sukarelawan untuk bekerja dalam jentera pilihan raya. fakta ini memang menyedihkan. "
Penghijrahan adalah benar dan sangat ketara
Dalam menghadapi sokongan yang lembap itu, tidak hairanlah Presiden MCA yang dibelenggu skandal Chua Soi Lek, kurang menonjolkan diri berikutan laporan berita melompat parti beratus-ratus ahli ke parti pembangkang terutamanya di Pulau Pinang dan tempat asalnya sendiri , Johor.
Setakat ini, Soi Lek telah cuba mendapatkan perhatian daripada DAP, dengan mendakwa bahawa parti itu boleh mengalahkan mana-mana calon DAP di Bagan iaitu di kawasan yang kini dipegang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP.
Sekali lagi, Soi Lek memalukan dirinya sendiri apabila Guan Eng membalasnya dengan bertanya, "Adakah Chua Soi Lek akan berani untuk mengumumkan kerusi diingininya? Maka izinkan saya pergi ke kawasannya itu dan mengulangi kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat bagaimana reaksi Chua " kata Guan Eng.
Menurut Jui Meng, penghijrahan beramai-ramai MCA adalah benar dan anggaran sederhannya adalah 30%. Ramai ahli MCA telah berdaftar dengan parti-parti pembangkang walaupun mereka belum menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Soi Lek lagi.
"Ia adalah lebih tinggi daripada 30%. 30% hanya anggaran sahaja. Atas sebab-sebab politik dan kita perlu realistik mengenai perkara ini, ramai ahli-ahli biasa MCA dan pemimpin tidak rasmi akan berhijrah. Mereka menunggu masa yang lebih sesuai, masa yang paling baik bagi mereka dan Pakatan dan yang lebih merugikan MCA dan BN, "kata Jui Meng.
"Jika mereka berbuat demikian sekarang, Soi Lek dan orang-orangnya akan mengejar mereka dan mampu mengada-adakan pelbagai fitnah dan masalah. Jadi, menarik masalah-masalah yang tidak perlu, tetapi saya boleh beritahu anda, penghijrahan adalah benar, ia adalah ramai dan sebahagian besar akan berlaku tidak lama selepas GE-13, "kata Jui Meng.
Tidak berprinsip
Sebahagian besar daripada masalah MCA datang daripada kepimpinan Soi Lek, walaupun MCA sudah berada dalam kemelut sebelumSoi Lek menjadi presiden MCA. Dalam pilihan raya umum 2008, MCA telah memenangi hanya 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, kurang daripada separuh kerusi yang telah dimenangi pada tahun 2004.
Pada PRU-13, yang mesti diadakan pada April 2013, MCA dijangka lenyap dan menerima nasib yang sama dengan SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak tahun 2011. Oleh sebab itu, Soi Lek tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Beliau telah gagal untuk menyatukan dan memberi nafas baru kepada MCA. Dia tidak mampu untuk mewujudkan keyakinan dalam parti kaum Cina itu.
Ini bukan sahaja disebabkan oleh skandal seks peribadinya, yang seakan sumpahan yang melekat, ia juga disebabkan oleh strategi politiknya yang diguna pakai untuk menewaskan Ong Tee Keat yang merupakan bekas presiden parti. Ketamakan Soi Lek kerana kuasa dan tekan untuk memperolehi pengikut setia sendiri di jawatan tertinggi parti juga telah mencipta rekahan yang mendalam dan kepahitan dalam parti itu sendiri.
"Salah satu kesilapan ketara Soi Lek ialah tidak berpendirian dalam segala isu. Ketidakselarasan di sini menunjukkan dirinya yang tidak ikhlas dalam berpolitik. Sebagai contoh, kita tidak pernah mendengar dia bercakap mengenai isu rasuah. Dia tidak pernah bersuara tentang isu salah guna wang sebanyak RM250 juta yang telah dilakukan dalam NFC. Apabila Anwar Ibrahim jelas dianiaya atas tuduhan liwat, tiada reaksi langsung daripada MCA. Hal yang sama berlaku apabila Anwar dibebaskan dan seluruh dunia bukan hanya rakyat Malaysia sahaja yang meraikannya, "kata Jui Meng.
"Tetapi Soi Lek dan MCA, seperti juga Umno, suka berdiam diri Satu-satunya kesimpulan yang boleh kita buat adalah MCA hanya menjadi pak turut sahaja. Ini adalah masalah yang masih ketara sehingga hari ini. Apa yang mampu Soi Lek lakukan adalah membuli PAS dengan undang-undang hudud. Mengapa dia tidak berjaya? Sekali lagi, jika Soi Lek menganalisis secara objektif, dia akan menyedari bahawa rakyat Malaysia dan juga PAS berusaha untuk menjadi moden dan meninggalkan ekstremisme. Malah orang Cina di Malaysia beranggapan bahawa PAS lebih banyak usaha daripada MCA. "
Hentikan politik pembohongan dan perkauman
Jui Meng menjangka MCA tidak akan berupaya mengekalkan lebih daripada 47 kerusi yang dipegangnya sekarang. Dia mengambil contoh SUPP dan pilihan raya Taiwan yang berlangsung baru-baru ini .
Nampaknya, MCA dan bosnya Umno adalah gabungan yang sama seperti parti Kuomintang Taiwan, yang memerintah pulau itu berpuluh-puluh tahun lamanya sebelum kehilangan kuasa kerana pelbagai sebab termasuk endemik rasuah. Pada tahun 2004, jawatan presiden telah dimenangi oleh Timbalan Pendakwa Raya, yang dipimpin oleh Chen Shu-bian. Pada tahun 2008, selepas pembersihan dalaman, parti KMT yang diketuai oleh pemimpin reformis Ma Ying-jeou merampas kembali jawatan presiden bagi KMT. Hanya beberapa hari lalu, Ma telah dipilih semula.
"Stesen TV berbayar membuat liputan pilihan raya Taiwan dengan baik. Mereka yang menonton serta merta boleh melihat sendiri bahawa Taiwan telah matang dalam demokrasi sebenar. Tidak seperti di sini kita masih terperangkap dalam pembohongan politik dan manipulasi. Arena politik Malaysia masih lagi skrip yang ditulis oleh BN. Mereka masih mahu berkuasa dan ini telah menyebabkan rakyat Malaysia yang menganggap negaranya sendiri sebagai Bolehland. Ia seperti hidup dalam anggan-anggan. Malaysia telah menjadi Zimbabwe Asia Tenggara. Indonesia sudah jauh di hadapan kita, malah Myanmar sedang bergerak. Saya pasti rakyat Malaysia pelbagai kaum akan tahu bagaimana untuk mengundi pada datang PRU- ke13 nanti, "kata Jui Meng.
Malaysia Chronicle


Thursday, January 26, 2012

SEKURANG-KURANGNYA AKU BERTUDUNG BRO!!!

Tak kisah le korang nak kate ape kat aku... koman-koman pun aku bertudung bro... yang lain-lain tu pelan-pelan kayuh la... 







tak macam minah nie.... name je pergi naik haji...haram tak berubah pun...


 kita doakan agar isteri PM 1 Malaysia berubah....huhuhuhuhuhuhu...sumber




“ Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka , atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka ; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. ”

(Surah An Nur Ayat 31)
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga , padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya , akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya , berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya
  • Betis dan paha yang terselak – selak , sedia untuk dipanggang , pedihnya tidak terkira .
 Peristiwa Mi’raj
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan   kerana suaminya .
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk . Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi , badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta .
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri . Balasan wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki .
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka . Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai .
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya . Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar . Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin .
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya . Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat .
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut . Balasan orang yang makan harta anak yatim .
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya . Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia .