Pages

Wednesday, December 21, 2011

Hari Kekecewaan Khairy Pun Bermula !



Khairy gagal batal saman RM100 Juta Anwar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy,  Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy   atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.
  
Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.

Katanya dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh.

Pada 21 Februari tahun ini, Khairy memfailkan permohonan itu menyatakan saman itu adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.
  
Pada 7 Mac 2008, Anwar, 64, memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy ketika menjadi naib ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuatnaik di laman-lamanweb termasuk Malaysiakini.com.
  
Anwar mendakwa klip video yang dimuat naik di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy ketika berceramah di Lembah Pantai di ibunegara pada 20 Februari 2008.
    
NONEBeliau berkata perkataan memfitnah itu antara lain bermaksud dirinya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak bermoral dan tidak layak untuk memegang jawatan politik dan jawatan lain.

Anwar (kanan) memohon gantirugi teruk dan teladan RM100 juta serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
  
Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Oktober tahun lepas berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
  
Katanya sebagai naib ketua Pemuda Umno,  beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam dan masyarakat Melayu dan orang awam mempunyai hak yang setara dengan penerimaan maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai impak ke atas kebajikan sosial, ekonomi dan politik.



Laporan- Bernama

Pengakuan Terbaru Shahrizat



Shahrizat: Saya hanya isteri pengerusi eksekutif NFC

KUALA LUMPUR, 21 Dis ― Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi menafikan wujudnya sebarang bentuk salah laku dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) melibatkan RM250 juta sambil menegaskan, beliau “hanya isteri” kepada pengerusi eksekutif projek kontroversi itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berkata, dari sudut “perundangan dan profesional, saya tidak terlibat dalam NFC”, yang dikaitkan dengan keluarganya.

“Saya hanya isteri pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berhadapan dengan desakan dan gesaan agar melepaskan jawatan menteri.

Desakan itu turut datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam responsnya hari ini, Shahrizat berkata, beliau tidak harus dimaklum apa yang harus dilakukannya.

“Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjwab dan veteran dalam politik, yang menyayangi Barisan Nasional (BN), saya tahu apa tindakan yang harus diambil dan akan berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak,” katanya merujuk kepada perdana menteri dan presiden Umno.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan tindakan yang sedang dipertimbangkan, tetapi katanya, “saya akan memutuskan mengikut keazaman saya.”

Keluarga Shahrizat beli kondo RM10 juta di Singapura


KEADILAN hari ini tampil mendedahkan satu lagi pembelian kondominium mewah oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kondominium tersebut yang didakwa dibeli di Singapura, dianggarkan berharga RM9.9 juta dengan keluasan 2,282 kaki persegi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution ketika mendedahkan dokumen pembelian berkenaan berkata, kediaman mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Ochard Scotts itu dibeli pada 27 Januari 2010.

Katanya, carian rasmi mendapati ia didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Zabedah Mohamad Salleh.

Mohd Salleh adalah pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) yang sebelum ini didedahkan menyelewengkan RM250 juta dana, termasuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

“Kalau sebelum ini kondo One Menerung (di Bangsar) didaftarkan atas nama syarikat NFC, namun kali ini ia didaftar terus nama keluarga mereka, ” kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini.

Turut hadir Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Saifuddin, rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority,  menunjukkan keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar itu.

Katanya, rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority.



Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24564

Musa Hitam Pernah Dituduh Seperti Anwar Juga



Dr M pernah tuduh Musa Hitam ejen asing


Tuduhan itu hanyalah senjata rekaan Dr Mahathir dan Umno sendiri untuk memusnahkan pengaruh Musa Hitam dalam Umno dan masyarakat umum.

Tuduhan agen asing atau pengkhianat kepada ugama, bangsa dan negara adalah satu senjata yang telah digunakan oleh Umno semenjak dahulu lagi bagi membunuh pengaruh pihak yang menentang pemimpin parti itu.
Ketika Umno bergolak pada tahun 80an sehingga membawa perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam gara-gara tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, label agen asing juga telah digunakan oleh Mahathir terhadap beliau.
Setelah Musa Hitam meletakkan jawatan beliau telah bergandingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi menentang Mahathir dan Tun Ghafar Baba dalam Perhimpunan Agung Umno yang membawa kepada Umno diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh mahkamah.
Perkara ini diakui sendiri Musa Hitam di dada-dada akhbar tempatan selepas tidak berapa lama Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dan Umno.
Ketika itu, Anwar juga telah dilabel oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan Anwar sebagai agen asing kepada Amerika sekaligus dianggap sebagai pengkhianat negara.
Kata Musa Hitam dalam sebuah akhbar media arus perdana ketika itu, bukan Anwar sahaja yang pernah dilabelkan agen asing, malah beliau juga ketika menentang Mahathir turut dituduh dengan tuduhan yang sama oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin yang menyokong Mahathir.

Utusan Khas
Bagaimanapun selepas beberapa tahun kemudian, Musa Hitam yang dilabelkan sebagai agen asing itu telah dilantik oleh Mahathir sendiri sebagai Duta Khas Malaysia ke PBB dan Utusan Khas Perdana Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG).
Beliau juga diberi kepercayaan oleh Mahathir untuk mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) dari 1993 sehingga 1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995.
Pada tahun 1999, sekali lagi Musa telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sehingga 2002.
Selain itu, beliau turut mendapat kepercayaan kerajaan apabila dilantik sebagai Pengerusi kepada sebuah syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang besar dan terkenal.
Apakah mungkin Mahathir dan PM selepasnya mampu memberikan begitu banyak kepercayaan kepada seseorang yang diketahuinya adalah seorang agen asing yang juga pengkhianat negara?
Hakikatnya Mahathir telah memberi kepercayaan kepada Musa Hitam di peringkat antarabangsa kerana mengetahui tuduhan agen asing dan pengkhianat yang dibuatnya sendiri ke atas Musa sebelumnya tidaklah benar.
Sebaliknya Mahathir sedar tuduhan itu hanyalah senjata rekaannya dan Umno sendiri untuk memusnahkan pengaruh Musa Hitam dalam Umno dan masyarakat umum.
Adakah tuduhan agen asing dan pengkhianat negara memang terdapat dalam buku manual ‘Bagaimana memusnahkan pengaruh musuh Umno’ milik Umno?
Apapun, membuat tuduhan terhadap musuh politik sebagai agen asing dan pengkhianat negara hari ini tidak lagi dianggap sebagai senjata yang berkesan.
* Penulis merupakan seorang penulis/wartawan bebas.  Selain di FMT artikel lain beliau boleh dicapai dibedukcanang.blogspot.com.