Pages

Saturday, December 17, 2011

Gambar Wanita India Paling Kerdil Di Dunia



SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.


NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.
"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafanGuinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.
Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter.
Laporan - Agensi

Arif Alfian Pemuda Melayu Pertama Kahwin Gay



KUALA LUMPUR - Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.(telah hilang).

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

Laporan- Utusan

p/s   Semoga kita semua memperoleh hidayah Allah Ta'ala dan dijauhi dari gejala maksiat yang semakin mencabar pada ketika ini.

Amie Sofia Juara Program Solehah Dapat Sebuah Proton Saga



Menang kereta PROTON Saga, wang RM30,000

KUALA LUMPUR: Guru hafazan dan pendidikan Islam, Amie Sofia Ahmad, 25, diumumkan juara pertama program realiti, Solehah 2011 menewaskan sembilan peserta lain pada peringkat akhir pencarian itu yang disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam di sini, malam tadi.


Amie Sofia berkelulusan Dploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dan berasal dari Alor Setar, Kedah, menerima hadiah kereta PROTON Saga FLX SE tajaan PROTON Edar Sdn Bhd; wang tunai RM30,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, dengan hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi. Tempat ketiga menjadi milik Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, yang menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada semua pemenang.

Amie Sofia ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan kemenangan yang tidak diduga itu serta berharap dapat meneruskan cita-cita menjadi pensyarah.

Beliau yang bertugas di Institusi al-Quran Kuala Lumpur berkata, kemenangan itu dilihat sebagai landasan untuknya bergerak sebagai pendakwah.


“Saya melihat rancangan Solehah 2011 bukan sekadar pertandingan tetapi mendidik sahsiah wanita,” katanya.

Oleh Nur Hatina Shuib