Pages

Monday, December 12, 2011

Hasan Ali Setia Jadi Pencacai "Kerajaang Perpaduang"



Hasan Ali rela digelar 'PENYELAMAT' Melayu

Bekas Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sanggup memikul tanggungjawab menyatukan orang Melayu seperti label "penyelamat" Melayu dan Islam yang diberikan akhbar Umno Utusan Malaysia minggu lalu.

Katanya, sekiranya beliau dianggap mampu berbuat demikian, beliau rela memikul amanah itu kerana perpaduan sentiasa menjadi misinya sejak berada dalam kerajaan dan sebagai pakar motivasi sehinggalah menjadi ahli politik.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor berkata demikian pada  sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya lagi tentang agenda perpaduan Umno dan PAS, beliau berkata, walaupun ada pihak menyalahkannya dan tidak melihat kesatuan itu, ia akan terus digiatkan pada masa depan.

Beliau juga berharap akan dinamakan untuk berkidmat di peringkat jawatankuasa lebih tinggi bagi membincangkan isu perpaduan nasional.

Katanya, jawatankuasa akan memberikan kesan terbaik jika dilakukan di peringkat pusat seperti Jabatan Perdana Menteri.

Hasan berkata, beliau telah menelan perbagai penawar setelah diuji dengan skala kecil dan percaya mampu membantu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

Laporan...malaysiaKini


Komentar Dari Kaki Gunung Jerai...
  
Agak menarik untuk melihat kerana kenyataan Hasan Ali sejak kebelakangan ini disalurkan melalui media Umno ( Utusan).


Ternyata agenda "perpaduang" tajaan Umno sejak tumbangnya mereka pada Mac 2008 masih digalas dengan setia oleh Hasan Ali.


Sudah jelas terang lagi bersuluh agenda Hasan Ali sebagai pencacai Umno/BN dalam Pas.


Minta maaflah ,malangnya Presiden Pas bukanlah sosok terbaik untuk menghalang agenda 'Duri" ini dari menikam tubuh badan parti Pas.


Ucapan sebenar Hasan Ali "Penyelamat Melayu" itu sendiri menyanggahi kenyataan Mursyidul A'm Pas semalam.( Pas bukan parti perkauman).


Dari Kaki Gunung Jerai meramalkan Hasan Ali akan menerima nasib seperti seorang bekas Timbalan Presiden Pas selepas ini. 

Apa Pasal 1 Hari 1 Pemimpin UMNO/BN Suruh Shahrizat "Jangan Selak Kain" ???



Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur


Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

NONE"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC,  dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan  naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.

azlanJusteru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.

Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

azlanAntara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah  ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.
Skandal NFC membabitkan sejumlah RM250 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat milik suami Shahrizat bagi tujuan menjalankan projek penternakan lembu pada tahun 2008.

Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek itu  berdada dalam keadaan kucar kacir.

Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan.

NONEAntara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut:
  • Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
  • Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
  • Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
  • Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
  • Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
  • Percutian mewah (RM455,423)
Laporan- malaysiaKini

p/s   Kain Umno/Bn hanya orang depa saja yang tau apa ada dalam kain tu.

Adakah shahrizat akan mengikut desakan dari kalangan pemimpin itu semua?.

Peluang PR untuk maju kehadapan semakin cerah.

Perkara yang paling pokok ialah jangan menglembukan sumber kewangan negara yang datang dari rakyat.

Bik Mama Merestui Papa Gomo ???



Keselamatan negara ditangan papagomo !


Apakah ada hubungan tertentu anatara pentadbir tertinggi negara dengan blogger lucah ?


Kata papagomo beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara.

Adakah anda mengenali gerangan pengendali blog papagomo.com yang menggunakan nama samaran Papa Gomo ini?
Apakah kedudukan beliau dalam carta hirarki pentadbiran negara atau pun pasukan keselamatan negara?
Mungkin ada diantara kita cuma pernah mendengar nama samarannya sahaja, tidak pernah pun mengetahui nama sebenar beliau dan juga tidak pernah menatap wajah sebenar si pemilik gelaran Papa Gomo ini.
Bagaimanapun ada satu perkara yang rakyat Malaysia harus tahu mengenai lelaki ini, iaitu kedaulatan, maruah dan keselamatan negara anda terletak di dalam tangan beliau.
Dalam entri blog beliau dengan jelas memberitahu bahawa beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara.
Maklumat sulit
“Gomo selama lima jam di dalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.
“Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.
“Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan ketenteraan negara.
“Namun yang pasti harga kapal selam yang dibeli kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi skop-skop kepentingan startegik buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan.
“Malah TLDM juga menyimpan segala maklumat sulit berkaitan kapal selam Scorpene ini,” demikian menurut entri bertajuk ‘Guan Eng
Perlekehkan Kemampuan Anak Kapal KD Tun Razak’ dalam blognya.
Jelas apa yang ditulisnya itu menggambarkan beliau telah mengetahui beberapa rahsia berkaitan kapal selam Scorpene milik negara itu.
Siapakah Papa Gomo ini? Adakah beliau merupakan orang yang penting dalam negara ini atau seorang pegawai tinggi angkatan tentera?
Kedaulatan, maruah negara terancam
Jika benarlah seperti mana yang didakwa oleh penulis blog tersebut, ini bermakna keselamatan negara kita mudah terancam oleh anasir- anasir luar.
Bagaimana sekiranya Papa Gomo ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing sebagai balasan menyalurkan maklumat yang diketahuinya mengenai kapal selam KD Tun Abdul Razak itu?
Perkara begini tidaklah mustahil akan berlaku apabila sikap tamak manusia akan menyebabkan seseorang mudah gelap mata dan tidak teragak-agak menjual maruah dan kedaulatan negara dengan bayaran lumayan.
Atau, bagaimana pula sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu maklumat yang ada padanya?
Sanggupkah anda, tanpa mengira anutan ugama, bangsa dan idealogi politik anda membiarkan maruah dan keselamatan negara berada dalam tangan seorang manusia yang menggelarkan dirinya sebagai Papa Gomo ini?
Oleh itu, desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kehadiran blogger terbabit dan termasuklah wartawan dari TV3 dan Bernama di dalam kapal selam Scorpene disiasat amat bertepatan sekali.
Meskipun blogger terbabit tidak turut berlayar, tetapi beliau telah berada di kapal selam itu selama lima jam dan telah bertanyakan pelbagai soalan kepada kru-kru kapal selam terbabit.
Laporan- FMT