Pages

Friday, December 9, 2011

Guan Eng Selam Bersama KD Tun Razak, Kemana Perginya KD Tunku Abd Rahman ??



KM P Pinang berada 90 minit dalam Scorpene


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya, kembali ke lapangan terbang Langkawi dengan helikopter kira-kira jam 7 petang, selepas berada selama 90 minit di dalam kapal selam Scorpene di perairan pulau peranginan itu.

lim guan eng submarine ride 091211 return 02Selain timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy, tiga pemberita - seorang dari Bernama dan dua dari TV3 -  turut bersama Lim menaiki kapal selam itu.

Wartawan juga terkejut apabila mereka melihat blogger Zikri Mohammed, yang menulis di bawah nama 'Big Dog', tiba di lapangan terbang dengan helikopter bersama dengan Lim dan timbalannya.

Mereka disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setibanya di lapangan terbang Langkawi pada jam 6.55 petang.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 04Terdahulu, Ahmad Zahid memberitahu pemberita di lapangan terbang itu bahawa kapal selam KD Tun Razak menyelam sedalam 140 meter kira-kira 45 batu nautika di luar pantai Langkawi.

Selepas itu, katanya, beliau berharap mereka akan memberitahu yang benar tentang keadaan kapal selam tersebut.

"Hari ini saya terbuka dan saya harap isu ini tidak akan dimanipulasikan," katanya.

Zahid juga berkata keperluan untuk melindungi keselamatan negara, tidak harus dipersoalkan.

lim guan eng submarine ride 091211 return 03Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengalamannya, Lim tidak menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau sebaliknya.
"Kami menghormati sumbangan tentera laut dan menghargai sumbangan mereka kepada keselamatan negara," katanya.

Lim ditanya beberapa kali sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi kapal selam tersebut dan apa yang akan diberitahunya kepada  pemimpin pembangkang yang lain.

Beliau hanya menjawab secara berseloroh, "Jangan tanya saya sekarang di depan Datuk Zahid, kemudianlah".

Lim berkata tiada siapa yang mempertikaikan keperluan bagi kapal selam mahupun sumbangan tentera laut demi keselamatan negara.

"Ini disokong oleh semua rakyat yang akan merasa bangga tentang sumbangan tentera laut.

"Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam," tegas beliau.

Laporan- malaysiaKini


p/s  Setelah 21 bulan barulah Zahid berani mempelawa Guan Eng mencuba kapal selam, isu sekarang bukan boleh menyelam atau tidak, tetapi kos membeli dan menyelenggara.

Satu lagi kemana perginya KD Tunku Abd Rahman.

"Saya Lawan Mahathir,Nak Turut Dia Macam Mana"



KOTA BHARU, 9 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara ‘songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti.
Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu.
Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno.
“Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya.
“Kini Umno melaung Melayu bersat’, tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau untuk Islam?
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Mengulas saranan Mahathir supaya beliau bersara dari politik, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau melawan mantan Presiden Umno itu sejak awal lagi.
“Saya melawan daripada awal sampai ke akhir, nak turut dia macam mana oleh kerana saya melawan dia.
“Siapa suruh dia berhenti, dan sewaktu dia berhenti dahulu, dia bagi tahu dia tidak boleh memimpin orang Melayu, bahkan tidak berjaya memimpin orang Melayu.
“Saya jawab sendiri, saya kata dah mu tarik ‘songsang’ orang Melayu, sedangkan orang Melayu beragama Islam dan Islam itu pula lengkap.
"Islam sempurna, tiba-tiba dia (Mahathir) tolak Islam dari dasar partinya, buat pandai-pandai dia.  Mana boleh orang Melayu nak turut dia,” ujarnya.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini menasihatkan Tuan Guru Nik Aziz supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.
Tuan Guru Nik Aziz menegaskan hasrat untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti tidak berubah.
“Dah orang nak kepada saya, nak buat lagu mana, apa saya boleh buat,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Dr Mohd Fadhli  Hassan ketika mengulas isu itu menegaskan Umno tidak berhak langsung mengulas isu itu.
“Bagi kita, apa saja Tok Guru kata, bahkan selagi Tok Guru ada, kita mahukan Tok Guru memimpin kita.
“Ini adalah hak ahli PAS, sesungguhnya selagi mana Tok Guru ada, kita nak Tok Guru yang memimpin PAS,” tegasnya.
Selepas menya,paikan kuliah mingguan pagi tadi, Tuan Guru turut melancarkan risalah Suara PAS Kelantan, Purnama yang diterbitkan Lajnah Penerangan PAS Negeri.
Laporan- Muhammad Yusri Amin Harakahdaily
 

Hasan Ali Akan Digugurkan Sebagai Calon PAS



Pencalonon untuk beliau juga tidak mencukupi


PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu
yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.


Laporan...malaysiaKini

Maya Karin Terkejut Baca Laporan Blog


Gambar adegan ranjang Maya-Aaron jadi kontroversi

KOTA BHARU: “Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,” kata aktres, Maya Karin, mengulas laporan blog yang memetik kenyataannya ‘syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar’ kononnya merujuk babak panas yang dilakonkannya dalam filem Ombak Rindu.

Menurut Maya, dia hanya meluahkan rasa gementar apabila perlu melakukan babak sedemikian.

“Saya tahu di mana tempat sesuai untuk berkata (syukur Alhamdulillah). Saya malas kalau orang lain nak kritik dan ia tidak perlu dibesarkan kerana sudah disalah tulis.

“Ada juga yang saya tidak sebut langsung dan terkejut apabila terbaca mengenai perkara ini,” katanya ketika menghadiri program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Laporan- Hmetro