Pages

Wednesday, December 7, 2011

AirAsia Tawarkan Tambang 10 sen



KUALA LUMPUR: AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam hari ini.
Tambang perjalanan itu adalah bagi kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi.


"Tahun ini sudah tentunya merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami.

"Kami bangga kekal sebagai pilihan paling popular di kalangan pelanggan selama 10 tahun sekarang dan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang dengan menyediakan 'Pengalaman AirAsia' yang menarik kepada setiap orang menerusi tambang murah yang hebat," kata Ketua Serantau bahagian Komersil AirAsia, Kathleen Tan dalam satu kenyataan hari ini.


Tempoh tempahan adalah bagi empat hari sehingga 11 Disember, 2011, bagi tempoh perjalanan bermula 1 Julai hingga 27 Oktober, 2012.

Tan berkata, selain daripada tambang yang luar biasa murah ini, ia juga akan mengurangkan fi pemprosesannya yang terpakai bagi semua urus niaga dalam talian yang dibuat menerusi kad kredit atau kad caj di laman web daripada RM8 setiap pelanggan bagi setiap sektor, kepada hanya RM5 setiap pelanggan bagi setiap sektor.

Beliau berkata urus niaga debit langsung masih terus percuma dengan tujuh rakan kongsi banknya di Malaysia.

Tambang itu yang bagi perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api dan fi/bayaran tidak wajib lain.

Laporan- Bernama

Mak Datok : Harta Taib Mahmud Di Malaysia Saja RM4.16 Bilion



BMF: Harta keluarga Taib di Malaysia saja RM4.6 bilion
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.

azlanMenurut sebuah NGO Switzerland yang berkempen menentang rasuah di Sarawak, Dana Bruno Manser (BMF) - di Malaysia sahaja, keluarga Taib memiliki U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) aset korporat di 14 syarikat.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, menurut BMF, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister's Sons', disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.

Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit. BMF jugamendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.

Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.

azlanTaib juga sebelum ini menafikan bahawa ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah "bijak" dan "cekap".

"Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan," dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.

"Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan," katanya.

Laporan Keruah Usit - malaysiaKini

Kenapa Rosmah Mansor Masih Tergaru Garu ??




Rosmah mula campur tangan skandal NFC ?


KUALA LUMPUR:  Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan wanita Umno menjawab apa yang didakwanya sebagai ‘fitnah pembangkang’ terhadap’pemimpin BN’ membuktikan bermulanya campur tangan isteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam skandal projek lembu.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ‘amaran’ Rosmah itu juga bukti kegagalan pentadbiran Najib menjawab skandal itu.

“Kalau sampai Rosmah campur tangan dalam sesuatu itu, membuktikan betapa skandal lembu NFC ini bakal menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.“Ini juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam menguruskan skandal penyelewengan wang rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com

Rosmah walaupun hanyalah isteri Perdana Menteri, namun diberi ruang menyampaikan ucapan penting dihadapan Skuad Sayang Wanita Umno pada 28 November lalu seperti dilaporkan Bernama.
Mengikut laporan itu, Rosmah menggesa wanita Umno mematahkan apa yang didakwanya sebagai ‘fitnah pembangkang’ terhadap ‘pemimpin BN’.

Selepas ‘amaran’ itu, Shahrizat buat pertama kalinya menjawab skandal projek Lembu kononnya tiada kaitan dengannya semasa berucap pada perhimpunan Agung Umno.

Sebelum ini, Shahrizat berusaha mengelak menjawab skandal itu termasuklah ponteng dari menghadiri sidang Parlimen selepas ianya didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 awal Oktober lalu.
Projek Lembu yang diusahakan syarikat NFC mendapat ‘pinjaman mudah’ dari kerajaan RM250 juta antara 2008 hingga 2009 dan dilulus oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Malah, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli turut menemui bukti pinjaman hasil wang rakyat itu diseleweng demi kepentingan peribadi Sharizat dan keluarganya termasuk membeli dua Kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Pembelian itu turut disahkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dalam sidang media baru-baru ini.
Terbaru, NFC didedah membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Rafizi menegaskan, pinjaman RM250 juta itu akhirnya akan dilupus kerajaan sebagaimana berlaku pada skandal Perwaja Steel kerana projek itu terus mencatatkan kerugian.

“Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7juta pada 2008 dan RM11 juta pada 2009,” kata Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid, dalam sidang media di Parlimen baru-baru ini mendedahkan RM250 juta yang diberi kepada NFC disalur sepenuhnya antara 2008 hingga 2009 walaupun perjanjian antara kerajaan dengan syarikat itu hanya dibuat pada 2010.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24072