Pages

Tuesday, December 6, 2011

Inilah Lagu Umno Sejak Dulu,Kini Dan Selamanya


Siang menjerit ketar dagu MEMBELA MELAYU Tapi Malam Jual TANAH
Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
“Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tinggal terkebelakang,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah dan kepincangan Laporan Audit Negara.
“Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurutnya, bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat.
Beliau menambah, mereka memahami bahawa Umno perlukan undi Melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.
Katanya, Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP.
Persoalannya, kata beliau DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008, siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini.
Tambahnya, tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.
Justeru, beliau menyenaraikan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai ‘tazkirah’ untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.
Soalnya, siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah  Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16 Oktober 2009.
Tambahnya, diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke-6), merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan rakyat negeri itu majoriti Melayu.
Siapa yang bertanggungjawab melesap saham Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion (2005)?
Siapa yang pernah menjual Syarikat Bernas (Syarikat Beras Negara) dijual  kepada syarikat  Hong Kong Wan Tak  Co. Ltd sebanyak  31.36%?” tanya beliau.
Umno, ujarnya melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion di mana menterinya ketika itu, Datuk Annuar Musa daripada umno.
Umno juga, katanya mengkhianati kepada  pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains  dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003.
Menurutnya, wang rakyat hangus hampir RM5 bilion dan siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995).
Katanya lagi, siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar  tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship,rojek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
Beliau berkata, seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL digadai oleh pemimpin umno kepada YTL), tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.
“Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hipokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.
Laporan- Harakahdaily

Terpulang Kepada Aziz Bari Jika Mahu Keluar : Rektor UIA


KUALA LUMPUR, 6 Dis — Pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata terpulang kepada pensyarah undang-undang  Prof Dr Abdul Aziz Bari jika mahu meninggalkan pusat pengajian tinggi itu, dipercayai ekoran siri tekanan dihadapinya sekarang.Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin yang dihubungi The Malaysian Insider berkata: “Keputusan itu hanya Aziz yang berhak menjawabnya.”“Itu semua terpulang kepadanya,” katanya ketika ditanya berkenaan perkara itu.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara itu, sebaliknya menyerahkannya kepada rektor untuk memberikan kenyataan.

“Saya tiada maklumat tentang perkara itu, mungkin boleh dirujuk kepada Rektor UIA,” katanya.
Kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Aziz tidak menafikan akan meninggalkan UIA awal tahun depan ekoran beberapa siri tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Aziz disiasat atas alasan telah memudaratkan imej universiti dan juga  polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, termasuk siasatan atas dakwaan  mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu Jais dan gereja  baru-baru ini.

“Selama ini pun, sebelum isu Sultan ini timbul, universiti sudah sedia tidak senang dengan saya,” katanya dengan mengatakan bahawa surat tunjuk sebab yang diberikan UIA Oktober lalu merupakan surat tunjuk sebab ketiga.

“Itu sudah cukup untuk menunjukkan hebatnya tekanan ke atas UIA. Dalam kes ini kononnya pihak istana turut mengenakan tekanan. Ini semua menyukarkan saya untuk terus berada di UIA,” katanya lagi.
Insider turut difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred ‘A’.
Bagaimanapun, katanya, UIA menghadapi dilema kerana kalau hendak mengekalkan beliau pun tak boleh apalagi hendak menaikkan pangkatnya.

“Jadi dalam keadaan demikian apa lagi pilihan saya selain meninggalkan UIA,” tambahnya.
Aziz menambah, beliau sedih kerana pelajar-pelajar yang menanggung risiko, khususnya yang mengikut pengajian doktor falsafah di bawah penyeliaannya.

Dalam pada itu sumber menambah, ada pihak yang tidak mahu UIA memecat Aziz kerana itu akan memburukkan imej Umno-BN.

“Apa pun surat tunjuk sebab UIA itu tidak cukup kuat untuk memecat beliau,” katanya lagi.
Akhir bulan lalu, Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Katanya, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.

Oleh Mohd Farhan Darwis TMI

MTUC Bantah Kemasukan 100,000 Pekerja Nepal



Kebanjiran buruh asing dibimbangi beri kesan buruk

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah kemasukan kira-kira 100,000 pekerja Nepal ke Malaysia secara berperingkat mulai Januari depan untuk bekerja di pelbagai sektor khususnya perladangan, kawalan keselamatan dan pembuatan.
Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata pihaknya bimbang keadaan itu bukan saja akan menyebabkan kebanjiran pekerja asing di negara ini malah akan memberi kesan buruk kepada rakyat tempatan.
“Ketika ini terdapat kira-kira 2 juta pekerja asing di sini, dan jika ada lagi kemasukan tenaga kerja asing baru kita bimbang mereka akan menguasai pelbagai sektor pekerjaan di negara ini, manakala rakyat tempatan pula akan hilang punca pendapatan.

“MTUC amat berharap kemasukan pekerja asing itu akan dikawal kerajaan kerana ketika ini kita dapat melihat sektor pembinaan sudah dikuasai oleh tenaga buruh dari Indonesia, manakala sektor perkilangan pula dibanjiri mereka dari Bangladesh, India dan Myanmar,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Kelmarin, portal berita The Himalayan Times di Nepal memetik Setiausaha Agung Persatuan Agensi Pekerjaan Asing Nepal, Kumud Khanal sebagai berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 100,000 rakyat negara itu akan memasuki Malaysia mulai awal tahun depan.

Kumud berkata, pihaknya menerima permintaan yang tinggi dari Malaysia berhubung bekalan tenaga buruh dari Nepal dan dijangka kumpulan baru itu menerima gaji bulanan kira-kira RM1,000 (Rs26,500).
Sementara itu, Khalid berkata, Kementerian Sumber Manusia harus memberi perhatian serius kepada perkara berkenaan kerana ketika ini sebahagian besar pekerja Nepal yang berada di sini sudah menguasai industri kawalan keselamatan dan juga perladangan.

“Apabila MTUC membantah perkara ini bukan bermakna kami anti pekerja asing sebaliknya kita melihat kemasukan buruh asing seharusnya berdasarkan keperluan dan bukannya melebihi permintaan,” katanya.

Oleh S.Anand Kumar