Pages

Saturday, December 3, 2011

Tibai Duit RM250 Juta "KACANG" Saja Bagi Umno !!



Seleweng 250juta jumlah kecil bagi Umno


KUALA LUMPUR, Dis 3: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene,  lapor KeadilanDaily.

“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum PKR ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam.

Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno.

“Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?” kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu  dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

p/s : jangan pikir semua rakyat bodoh, ramai menganggap NFC malapetaka bagi Umno dalam pilihanraya umum nanti.

Seorang Lagi Penuntut Malaysia Meninggal Dunia Di Indonesia



JAKARTA - Dalam masa kurang dari sebulan selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira dari Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, seorang lagi penuntut Malaysia dari universiti yang sama meninggal dunia malam tadi.
Namun kematian penuntut yang dikenali sebagai Theven Adrian Joseph, 20, itu dipercayai akibat masalah kesihatan.

Atase Pendidikan, Education Malaysia (EM) Indonesia, Ludinata Misnun berkata Theven Adrian meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 malam tadi di Hospital Islam Dinoyo, Malang setelah usaha menyelamatkannya gagal.
"Beliau dipercayai mengalami kekejangan dan serangan sawan dan dikejarkan ke Hosptal Islam Dinoyo, Malang. Pihak hospital telah berusaha menyelamatkannya dengan memberikan bantuan CPR dan penafasan melalui mesin, malangnya beliau tidak dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan di sini.
EM Indonesia difahamkan bahawa penuntut yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu sebelum ini mempunyai sejarah penyakit itu, kata beliau. 

BERNAMA