Pages

Thursday, December 1, 2011

Wanita Umno Londeh Siapa Pemimpin Umno "Perut Besar"



Wanita pun boleh lobi projek, kata perwakilan Pulau Pinang




"Tengok lelaki yang jadi ketua bahagian,pakai kereta besar lepas itu buka cawangan Umno banyak-banyak. Akhirnya perut pun sama besar," katanya

KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu projek lembu yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, perwakilan Wanita  Pulau Pinang membangkitkan pula isu melobi projek oleh kaum hawa.
Menurut Ekafarlina Saparuddin, wanita juga perlu diberi ruang untuk melobi sebarang projek memandangkan mereka mempunyai keupayaan berbuat demikian.
Dengan nada sinis dan berjenaka Ekafarlina berkata selama ini aktiviti melobi projek dilakukan lelaki sedangkan wanita juga mampu melakukan dengan lebih baik.
“Projek-projek berkaitan untuk wanita melobi..kadang-kadang ia mempunyai hubung kait dengan kepakaran wanita.
“Wanita mampu melakukan apa sahaja dari segi melobi, memasak, mencuci. Sebagai contoh wanita dari awal jual pisang..sampai akhirnya akan jual pisang.
“Tengok lelaki yang jadi ketua bahagian,pakai kereta besar lepas itu buka cawangan Umno banyak-banyak. Akhirnya perut pun sama besar,” katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar ketua Wanita Umno sempena perhimpunan agung parti di PWTC.
Tuang air
Ucapan Ekarfarlina itu turut mencuit perhatian bukan sahaja para perwakilan wanita lain malah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kemudian bangun untuk menuangkan gelas berisi air kepadanya.
Menurut Ekarfarlina,selama ini kaum lelaki diberi peluang luas untuk mengaut keuntungan dalam  projek yang dijalankan, maka beliau mahu perkara sama diberi perhatian terhadap wanita.
Beliau turut mencadangkan agar wanita diberi ruang dan sokongan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerana yakin mereka lebih bertanggungjawab.
“Saya yakin kerajaan mampu bagi peluang kepada wanita untuk meningkatkan  kemajuan kaum ini. Contoh bagi kontrak mencuci kepada GLC dan beri pula wanita dan secara tak langsung membantu 60 ibu tunggal.
“Ini kontrak semua beri pada lelaki.
Bila kontrak dapat pada GLC masih beri pada lelaki…
“Tak fikirkah kita bahawa bukan sedikit wanita hidup merempat? Maka saya cadangkan tolong tengokkan projek-projek dan kalau ada beri pada wanita dalam dewan ini,” katanya tegas.
FMT

Mak Datok : Inilah Puncanya Shahrizat Mengamuk Sakan !!



Keluarga Shahrizat guna dana NFC beli kereta mewah
KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC),  milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.
“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itumaintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.
Menurutnya lagi,  dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.
KEADILAN turut mendedahkan 15 cek  berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan  Thailand.
Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.
“Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada ‘Impian Global Network Services’ (IGNS).
“Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket,” kata Rafizi.
Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.
Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.
Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.
“Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?
“Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC,” katanya.
Oleh Nabihah Ahmad
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23915