Pages

Tuesday, November 29, 2011

Siapa Pula Bagi Penampar Menteri Pertanian ???



Menteri Pertanian Kena Tampar
– Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.
Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.
Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.
Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.
“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.
Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.
Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.
Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.
Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.
Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.
“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu.
 – Agensi

Selepas Mydin, India Pula Dapat RM100 juta



DUYUNG – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk peniaga kecil kaum India di negara ini, bermula tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, peruntukan itu diumumkan di bawah Belanjawan 2012 bagi meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi kaum India.

Menurutnya, antara usaha itu bagi membantu mereka meningkatkan proses pentadbiran dan pendapatan dalam proses mengendalikan perniagaan.

“Program ini melibatkan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) iaitu kaum India yang menjalankan perniagaan berpeluang mengembang dan memperbaiki kekurangan perniagaan sedia ada melalui proses pemodenan perniagaan.

“Bantuan kewangan, sokongan dan nasihat turut diberikan supaya satu perubahan baru dalam proses pengendalian perniagaan lebih moden dapat dipraktikkan oleh masyarakat India khususnya.

“Mereka boleh menggunakan kemudahan disediakan untuk meningkatkan modal, seterusnya diharap mampu bernia­ga secara sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Kedai Tukar G S Saujana Enterprise di Taman Seri Duyung 2, semalam.

Sementara itu, sebanyak RM40 juta untuk mentransformasikan 500 premis perniagaan di bawah program itu diperuntukkan tahun ini.


H.sinar


notakaki; Peniaga melayu dapat apa? dapat tahi lembu kondo kot.

"Tanya Cina Kelantan, Adakah Saya Khianati Mereka"



KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.
Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.
Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.
“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.
Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.
“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?
“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.
Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.
Rizal Tahir Harakahdaily