Pages

Friday, November 25, 2011

Aziz Bari Durhaka Kepada Sultan Selangor ???



Aziz Bari nafi serang pengurusan zakat Selangor


Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari hari ini menafikan beliau menyerang pentadbiran dan pengurusan zakat di Selangor sebagaimana yang
didakwa oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda semalam.

Katanya, beliau tidak pernah menyerang pengurusan zakat yang sedia ada di Selangor.
Sebaliknya, tegas pakar perlembagaan itu, beliau hanya menyuarakan kebimbangan tentang masa depan, memandangkan pindaan kepada enakmen yang memberikan kuasa yang luas kepada
sultan - yang mungkin mempunyai implikasi kepada pengurusan masjid dan zakat.

Beliau memberitahu demikian kepada Malaysiakini hari ini melalui e-mel sebagai mengulas titah Sultan Selangor yang dukacita berhubung dakwaan Abdul Aziz, kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Abdul Aziz menjelaskan bahawa konteks komen beliau adalah mengenai percubaan "luar biasa" yang dibuat untuk meluluskan rang undang-undang itu apabila sultan dilaporkan "mengeluarkan titah kepada anggota Dewan Undangan Negeri Selangor".

Dilaporkan Sultan Selangor telah mengeluarkan titah menitahkan mereka meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.

Mengenai pengurusan zakat, beliau bercakap tentang masa depan, bukan tentang masa kini, jelas Abdul Aziz dan menambah beliau membuat komen iu sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pakar dalam perlembagaan.

"Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor," kata Abdul Aziz.
 
Berdasarkan itu, Abdul Aziz berhujah bahawa apa yang dititah oleh sultan mengenainya adalah "tidak betul".

Katanya, baginda telah diberi nasihat yang salah dan oleh itu beliau bersedia mengadap jika baginda memberi perkenan berbuat demikian.


malaysiaKini

"Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya"



KUALA LUMPUR, 24 Nov: Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan BN tidak menghormati pandangan umum khususnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila meneruskan bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, RUU yang dibentang pada Isnin lalu untuk bacaan kali pertama itu jelas tidak mengambil kira pandangan Suhakam dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diwujudkan untuk menangani isu-isu berkenaan hak asasi dan demokrasi.
"Rang undnag-undang ini bukan untuk mengizinkan perhimpunan tapi undang-undang untuk memperuntukkan sekatan bagi menghalang perhimpunan aman diadakan.
"Ia menunjukkan kerajaan mengenepikan saranan dan cadangan yang dibuat oleh Suhakam dan IPCMC yang mencadangkan supaya rakyat diberi ruang kebebasan yang lebih baik kepada ruang demokrasi di negara ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, beliau bersama empat lagi Ahli Parlimen Pakatan mewakili Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Suhakam menyerahkan memorandum berhubung RUU yang didakwa lebih mencengkam rakyat itu.
Mereka ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).
Sivarasa berkata, memorandum tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Sha'ani Abdullah meminta pihaknya menyuarakan pandangan berhubung RUU  yang mendapat tentangan banyak pihak itu.
Sebagai respons kepada memorandum tersebut, Sha'ani bersedia memanjangkannya ke pihak atasan dan bersetuju bahawa RUU itu mengenepikan pandangan Suhakam sebelum ini.
"Kita sebutkan pada Suhakam bahawa Pakatan kesal Rang Undang-undang ini dibentangkan secara tergesa-gesa untuk diluluskan dan ada yang bertentangan dengan Perlembagaan yang memperuntukkan hak berhimpun," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Sementara itu, sambil menyifatkan RUU itu seperti "keluar mulut harimau masuk mulut buaya", Mahfuz berkata ia bukan untuk mengizinkan perhimpunan tapi undang-undang untuk memperuntukkan sekatan bagi menghalang perhimpunan aman diadakan.
Katanya, RUU itu lebih teruk daripada Sekyen 27 Akta Polis yang menyebut mana-mana premis persendirian tidak perlu kepada permit untuk perhimpunan.
"Sekyen 27 Akta Polis seperti ditafsirkan di mahkamah iaitu tempat persendirian dibolehkan untuk berhimpuntanpa perlu diberitah tapi dalam ran undnag-undang ini, tempat persendirian pun tidak dibolehkan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya, Umno BN harus sedar RUU itu bakal menjerat mereka kerana merekalah yang selalu mengadakan program di premis awam sperti sekolah, yang disenarikan sebagai salah satu tempat yng dilarang berhimpun.
"Harap kerajaan sedar ada beberapa perkara yang menjerat mereka.
"Kalau Umno sedar saya percaya kerajaan akan tarik balik.  Kalau Umno BN buat program di sekolah, kita bantah, Umno nak buat program di mana?" katanya.
Sementara itu, membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya RUU ini ditarik balik, beliau berkata, ianya membuktikan kerajaan enggan menerima pandangan orang lain.
"Inilah dia sikap keras kepala kerajaan yang tidak boleh menerima pandangan orang lain.  Suhakam selaku penasihat yang menasihati soal demokrasi telah menasihati kerajaan.
"Kerajaan habis duit RM10 juta untuk tubuh suruhanjaya pembaikan polis tapi nasihat mereka kita tak guna.
"Kita bayar gaji, elaun kepada Suhakam tapi kita tak dengar pendapat mereka," katanya.
Oleh Hazayani Zakaria