Pages

Friday, November 11, 2011

Korban lembu atau dikorbankan lembu?



Populariti kumpulan ini terus mencanak naik apabila dikaitkan pula dengan satu projek; entahkan projek feedlot, entahkan projek 'idiot'.

Hari ini, Jumaat, 11.11.11, adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak dengan penuh debaran dengan bermacam-macam alasan.
Mungkin ada yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan, pertunangan dan bermacam lagi mengambil sempena angka-angka tarikh hari ini yang dianggap unik.
Dalam arena politik tanah air juga tidak ketinggalan apabila perhatian mula terarah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak samada beliau akan membubarkan parlimen pada hari ini atau sebaliknya.
Saya sendiri yang menjangkakan pembubaran hanya akan dibuat pada tahun hadapan pun tidak dapat menahan diri dari mencari-cari sumber terkini mengenai pembubaran parlimen kalau ada.
Walhal kita mengetahui bahawa parlimen masih lagi belum selesai bersidang dan Bajet 2012 juga masih belum diluluskan sekaligus tiada memungkinkan pembubaran parlimen dibuat.
Bagaimanapun, ketika perhatian mula menjurus kepada PM Najib, tanpa disangka-sangka ada pula kumpulan lain yang popularitinya mendadak naik secara tiba-tiba semenjak kebelakangan ini.
Bahkan populariti yang diraih oleh kumpulan terbabit hari ini dipercayai lebih tinggi berbanding PM sendiri, mahupun isterinya atau pun Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sebenarnya fenomena ini mula meletus semenjak beberapa hari sebelum umat Islam menyambut perayaan Aidil Adha baru-baru ini apabila kumpulan ini sering menjadi sebutan di kalangan penganut agama itu.
Selepas itu, populariti kumpulan ini terus mencanak naik apabila dikaitkan pula dengan apa yang didakwa sebagai skandal satu projek yang namanya saya sedikit keliru, entahkan projek feedlot, entahkan projek ‘idiot’.
Kondominium mewah
Tambah beruntung lagi, disebalik populariti yang dikecapi mereka, kumpulan ini juga dikatakan diberikan tempat tinggal bernilai RM9.8 juta berupa sebuah kondominium mewah di Bangsar yang mungkin sampai mati pun saya hanya mampu berangan-angan sahaja.
Lainlah kalau ada di antara pemilik kediaman mewah seperti itu yang buang tabiat mewasiatkan harta mereka itu kepada saya walaupun saya bukanlah darah daging mereka.
Atau pun sekurang-kurangnya ada yang sudi mengambil saya bekerja sebagai pembantu rumah dan tinggal bersama, setidak-tidaknya dapat juga merasa bagaimana rasanya tidur di kediaman orang-orang kaya.
Namun, tahukah kita bahawa disebalik populariti dan keselesaan yang dikecapi secara tiba-tiba oleh kumpulan ini ada pihak lain ‘tidak berdosa’ terpaksa menanggung beban dan akhirnya terkorban demi kumpulan itu.
Ya, setelah banyak di antara anggota kumpulan ini dikorbankan ketika Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini, kini sampai masa kumpulan ini pula mengambil giliran untuk mengorbankan pihak lain pula.
Berita terakhir dari ‘mangsa korban’ kumpulan terbabit yang saya terima, masa depan ‘mangsa korban’ itu mulai goyah dan kelihatan semakin samar-samar.
Sudahlah lembah ragutnya yang dahulu dikuasai mereka telah jatuh ke tangan orang lain semenjak tiga tahun lalu, malah juga dikhabarkan peluang untuk mendapat tempat dan merebut kembali kuasa di lembah itu juga semakin tipis.
Menurut satu perkhabaran lain pula, telah ada laporan dibuat yang menyebabkan projek yang saya masih keliru entahkan feedlot atau idiot itu dan juga kediaman RM9.8 juta disiasat oleh satu pihak yang saya masih tidak pasti tahap keberanian mereka untuk menyiasat.
Mungkin inilah takdir yang terpaksa ditanggung ‘mangsa korban’ kumpulan ini setelah tersalah sangka kumpulan yang lemah dan tidak berakal ini boleh dikorbankan demi mengejar kekayaan, tetapi akhirnya mereka dijadikan korban oleh kumpulan yang semakin glamour ini.
oleh Nazli Ibrahim

11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.

Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.-Mstar

Islam Moro Akan Kembali Berperang Dengan Tentera Filipina

Pertempuran antara tentera Filipina dengan MILF mungkin tidak dapat dielakkan lagi

Mujahidin MILF yang sentiasa bersiap siaga
KEPUTUSAN Mahkamah Agung Filipina yang menangguhkan pilihanraya Wilayah Autonomi Mindanao telah mengesahkan wilayah majoriti penduduk Islam itu, bukanlah sebuah wilayah autonomi sebaliknya masih sebahagian unit pentadbiran pemerintah Filipina.

Keputusan tersebut telah dijangka oleh para pemimpin Moro Islamic Liberation Front (MILF) yang mengandaikan kepada pihak kami, bahawa keamanan tidak terjamin selepas pengunduran pasukan pemantau antarabangsa pada 28 Februari depan.

Hampir semua pemimpin yang ditemui, termasuk seorang pimpinan pusat MILF tidak lagi menaruh harapan kepada dua perjanjian autonomi yang ditandatangani sebelum ini, di Tripoli dan Kuala Lumpur.


Kejadian serangan di Basilan beberapa minggu lalu seolah-olahnya titik akhir 'gencatan senjata' antara MILF dengan pemerintah Filipina apabila pertemuan panel pada 3 November lalu yang diadakan di Kuala Lumpur, tidak membuah sebarang hasil.


Menurut seorang pemimpin kanan di kota Marawi, pemerintah Filipina tidak pernah menghormati hak-hak penduduk Islam Moro dan tidak pernah menunaikan segala persetujuan yang diperbincangkan sejak 14 tahun yang lalu.

Katanya, melalui perjanjian yang dibuat, antara yang dipersetujui adalah, apabila pihak tentera Filipina berhasrat untuk memasuki mana-mana kawasan yang dikuasai oleh pihak MILF atas apa jua, tujuan, mereka mesti memaklumkannya kepada satu jawatankuasa penyelerasan yang telah ditetapkan.

Ia, katanya, adalah mengelakkan sebarang konflik yang boleh membawa kepada pertumpahan darah.

"Para pejuang mujahidin MILF, sejak gencatan senjata dibuat, telah menukar seragam tentera dan bekerja sebagai petani dikampung-kampung,

"Namun mereka tidak membuang senjata, mereka hanya menyimpannya, apabila pihak unit khas masuk ke Basilan tanpa sebarang pemakluman, dan menyerang pejuang MILF dan pertempuran telah meletus,"
ujarnya.

Menurutnya, ia bukanlah kali pertama Unit Khas Tentera Filipina masuk menceroboh kawasan MILF, bahkan sudah berkali-kali sebelum ini, mereka melanggar perjanjian.

sumber