Pages

Tuesday, November 8, 2011

Noh Omar Angkat Tangan,Projek NFC Nak Bagi Kepada PR Pulak ???



Noh Omar tawar projek NFC kontroversi kepada Pakatan


KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi. ― pendirian dibuat ketika bertikam lidah di Parlimen berhubung projek tersebut.
NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.
“OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (gambar) ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.
“Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC,” katanya.
Noh menjawab soalan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang bertanya mengapa hanya 20 daripada 71 pusat ternakan satelit yang dirancang untuk NFC beroperasi.
Omar juga berkata NFC tidak boleh mengeluarkan kesemua pinjaman RM250 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.
Katanya, ada syarat-syarat yang dikenakan untuk dipenuhi sebelum boleh mengeluarkan wang daripada dana tersebut.
Katanya, pengeluaran daripada dana tersebut untuk projek itu perlu diluluskan oleh jawatankuasa teknikal, yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Noh menjawab dakwaan PKR bahawa penyata-penyata kewangan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan NFC telah mengeluarkan kesemua RM250 juta sehingga 31 Mac 2009.
TMI
notakaki...Kantoi lagi..Habis dah Noh Omar kena londeh,dah angkat tangan pun...Eloklah PR pulak ambil tanggungjawab melaksanakan amanah rakyat!

Celaru Biru: Ahli PAS Seumur Hidup Tak Kenal Pemimpin PAS




Kantoi mat rempit tak kenal siapa pemimpin PAS


PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu.

"Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu.

"Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan.  Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya.

Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini.


HarakahDaily