Pages

Monday, November 7, 2011

Faedah Menghidu Kentut !!!

Hahaha, Korang bace tajuk mesti ade rase nak tergelak kan? kan? tapi sebenarnye kentut mempunyai manfaat apabila di hidu.
Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.
“Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
 
P/S: lain kali kalau korang terbau kentut jangan la lari, sebab ia baik untuk kesihatan. Hahahaha tapi kalau aku memang dah larik sejauh yang munkin. Aku tak nak hidung aku menderita dengan bau kentut orang. Kalau kentut aku sendiri takpe la jugak.


Marina Mahathir Sangat Marah Kepada TV3 Suku



Ambiga Sreenevasan bercakap kepada media selepas kenyataan diambil polis di pejabat Tenaganita di Jalan Gasing, Petaling Jaya petang ini dengan ditemani (dari kiri) Maria Chin Abdullah, Irene Fernandez, Pang Khee Teik dan Marina Mahathir. ― Foto oleh Jack Ooi

Marina Mahathir selar media, Seksualiti Merdeka bukan promo seks bebas


PETALING JAYA, 7 Nov ― Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyama jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.
Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.
Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.

“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.

TMI

Lee Kuan Yew hidap penyakit saraf


SINGAPURA - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew kini menghidap sejenis penyakit saraf yang luar biasa yang menyebabkan dia sukar untuk berjalan, kata seorang anak perempuannya yang juga seorang doktor, Lee Wei Ling yang menulis dalam kolum mingguannya di akhbarStraits Times semalam.
Menurutnya, Kuan Yew yang memimpin Singapura dari 1959 hingga 1990 didiagnos dengan penyakit saraf neuoropati periferi, sejenis penyakit yang menjejaskan saraf di luar sistem saraf pusat dan menjejaskan keseimbangan.
"Pada hari yang sama, dia tegap dan pada hari-hari lain, keseimbangannya lemah," katanya yang merupakan doktor perubatan dan pengarah Institut Neurosains Kebangsaan Singapura.
Dia berkata, otak dan otot Kuan Yew yang berusia 88 tahun berfungsi dengan normal.
Menurutnya, bekas pemimpin itu berlatih berjalan dengan menggunakan sebuah mesin senaman di rumahnya tiga kali sehari.
"Saya berpendapat, dengan perubatan dan langkah pencegahan, dia boleh meneruskan perkhidmatan untuk negaranya dan dunia," kata Wei Ling.
Pelbagai punca yang menyebabkan penyakit neuropati periferi tetapi anak perempuan Kuan Yew itu tidak menjelaskan punca bapanya menghidap penyakit tersebut.
Menurut Wei Ling, dia juga menderita penyakit yang sama.
"Saya tidak meragui bapa saya akan berjuang menentang penyakit itu untuk satu tempoh seperti dia berpendapat boleh memberi sumbangan kepada Singapura," katanya.
Kuan Yew meletakkan jawatan sebagai Menteri Mentor awal tahun ini tetapi masih menjadi seorang anggota parlimen dan kerap menemui beberapa pemimpin asing di luar negara.
Bekas pemimpin itu turut bertanding dalam pilihan raya umum Singapura pada Mei lalu.
Dia menjadi Perdana Menteri pada 1959 dan menyaksikan negaranya berada di bawah penguasaan Britain, dua tahun dalam Persekutuan Malaysia dan akhirnya merdeka pada 1965.
Kuan Yew menjadi Perdana Menteri sehingga 1990, menyelia satu zaman pembangunan pesat yang menukarkan Singapura menjadi negara yang moden.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong merupakan anak lelaki sulung Kuan Yew. - Agensi