Pages

Saturday, November 5, 2011

Terbongkar Kerja Jahat Umno Merobohkan Rumah Orang Melayu P.Pinang



Lim: Pemaju Umno robohkan rumah Melayu


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri pernah merobohkan rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Sebaliknya, dakwa beliau pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di sekitar Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Lim pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, semalam berkata fitnah itu sengaja ditaburkan oleh pihak pembangkang Pulau Pinang bagi menggambarkan seolah-olah kerahaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajuinya adalah ‘anti-Melayu’.

"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan,” katanya dipetik siaran TV Selangor.

Menurut Lim, kerajaan negeri pimpinan Pakatan berpendapat, tindakan merobohkan rumah tanpa pampasan tidak wajar dilakukan oleh sesebuah pemaju yang diterajui oleh pemimpin Umno terutamanya rumah berkenaan dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.

"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa diberikan pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.

Kg Buah Pala housesMenurut Lim, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan khususnya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.

"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa, tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.

"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung Melayu adalah Umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.


malaysiaKini

BN Takut Anak Muda Bangkit



Tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa dalam menuntut kebebasan dan keadilan.

Tindakan Kabinet pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa mereka kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa.
Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Mohd Saifullah Mohd Ghazali berkata, Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menuntut kebebasan dan keadilan.
“Tindakan pimpinan Umno-BN ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang- undang.
“Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah,” kata Saifullah yang juga Ketua Penerangan AMK Selangor.
Beliau berkata, pihaknya berpandangan bahawa mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat.
“Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan negara yang berkarisma,” ujarnya.
Justerus itu katanya, Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim.
FMT

Sekolah Tahfiz Sains dibina di Langkawi



YAN 5 Nov. — Kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sebagai sebahagian usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat ilmu terkemuka.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya telah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan bangunan sekolah berkenaan.
"Bajet kita telah buat dan tanah telah ada seluas 12.21 hektar di Pulau Tuba. Pada masa ini seramai 50 orang pelajar tahfiz tingkatan satu sedang belajar di bangunan sekolah sementara di Kulim,” katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan kepada 302 pelajar institusi pengajian tinggi awam dari kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata, sekolah itu disasarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 orang pelajar sedia ada yang merupakan kumpulan pertama sekolah berkenaan.
Azizan berkata, kos membina bangunan sekolah itu dianggarkan menelan belanja melebihi puluhan juta ringgit iaitu termasuk peruntukan membina asrama, makmal dan pelantikan para guru.
"Kita bina secara bertahap dan dalam tempoh tiga tahun dijangka siap,” katanya.
 BERNAMA