Pages

Wednesday, November 2, 2011

Kesultanan Perak Berantakan al Kelam wal Kalibut??



Kerabat Raja Perak beri amaran kepada Raja Ahmad Nasir 


2011/11/02

IPOH: Sepuluh ahli kerabat Raja Perak memberi amaran kepada Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi supaya menghentikan tindakannya memfitnah dan mencemar nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Bergelar dalam usahanya menuntut satu daripada jawatan Raja Bergelar itu. 

Raja Omar Ikram Raja Abdullah yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu berkata, perbuatan Raja Ahmad Nasir itu di dalam blog dan terbaru menjelajah ke daerah termasuk menyampaikan "titah" atau "perutusan" umpama dirinya seorang raja kepada rakyat, bukan saja mencemar nama baik Sultan Perak malah memalukan kerabat.
Beliau mendakwa antara kenyataan dibuat Raja Ahmad Nasir termasuk memberi gambaran sultan hanya seorang anak angkat.
Raja Omar Ikram berkata demikian pada sidang media di sini. 


BERNAMA

AUKU: Kenyataan Khaled Nordin "LOW CLASS"



AUKu: Kenyataan Khaled Nordin tak masuk akal
KUALA LUMPUR, 2 Nov: PKR menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) tidak masuk akal.
“Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan?” tanya  pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satui kenyataan.
Katanya, banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.
Apatah lagi, ujarnya Khaled seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai Auku.
“Adakah beliau terlupa tentang timbalan menterinya sendiri, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno?” soalnya lagi.
Nazmi menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar The Star hari ini bahawa Khaled akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
Khaled dilaporkan berkata:
“Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.
“Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.
“Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…
“Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah.”
Nazmi berkata, kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama.
“Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan,” ujarnya.
Harakahdaily

Khir Toyo Akan Terlepas??



Nasib Khir Toyo Diketahui 23 Disember
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang berhadapan dengan pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan hartanah di Seksyen 7 , di sini pada harga lebih rendah, akan mengetahui sama ada dirinya bakal disabitkan atau dibebaskan pada 23 Disember depan.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mohtaruddin Baki menetapkan tarikh itu pada Selasa, selepas barisan pembelaan yang mewakili ahli politik tersebut selesai mengemukakan lima saksi mereka. Selain itu, Mohtaruddin juga menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan di akhir kes pembelaan masing-masing.
Mohamad Khir, 46, yang merupakan Menteri Besar Selangor termuda pernah dilantik, didakwa mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua bidang tanah dan sebuah rumah di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, pada harga yang lebih rendah daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd menerusi Pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Beliau didakwa mendapatkan hartanah itu pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta semasa membeli hartanah berkenaan pada 23 Disember 2004.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini.
Pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Abd Wahab Mohamed dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohamad Khir pertama kali didakwa di mahkamah bagi kesalahan itu pada 6 Disember 2010 di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Perbicaraan bermula pada 6 Jun lalu dan berjalan selama sembilan hari dengan keterangan 25 saksi pendakwaan sebelum Mohamaad Khir dipanggil membela diri pada 8 Ogos lalu, selepas Mohtaruddin berpuas hati bahawa pihak pendawaan telah berjaya menimbulkan prima facie terhadap tuduhan tersebut.
Mohamad Khir, 46, dalam usaha mematahkan pertuduhan terbabit memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dan memanggil empat saksi termasuk dua jurunilai hartanah profesional bagi menyokong pembelaannya.
Pada pembelaannya, Mohamad Khir memberitahu, beliau membayar RM3.5 juta untuk hartanah terbabit yang merupakan harga pasaran semasa mengikut penilaian oleh jurunilai profesional dan disebabkan itu, beliau tidak tahu mengapa beliau dihadapkan ke mahkamah.
Beliau juga menambah, Shamsuddin mempunyai sebab untuk memberi keterangan yang dapat menjejaskan kedudukannya memandangkan ahli perniagaan terbabit pernah dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu pada 6 Disember 2010, sebelum dibebaskan pada 6 Jun lalu dan dipanggil sebagai saksi pendakwaan kedua.
Mohamad Khir juga memberitahu, pereka laman bebas, Nasir Ismail (yang pernah memberi keterangan bahawa Mohamad Khir menghabiskan lebih RM6 juta tunai untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah berkenaan) juga mempunyai sebab untuk melakukan perbuatan sama seperti Shamsuddin.
Ini kerana dakwa Mohamad Khir, beliau masih tidak menjelaskan baki bayaran kerja-kerja pengubahsuaian sebanyak RM200,000 daripada jumlah keseluruhan RM600,000 kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja Nasir, selain berlaku pergaduhan antara mereka. Sementara itu, jurunilai profesional, Iramy Ahmad pula pada keterangannya memberitahu, beliau berpendapat harga RM6.5 juta adalah terlalu tinggi untuk keseluruhan hartanah itu yang dinilaikan beliau hanya berharga RM4.3 juta pada tahun 2005.
Choy Kue Kwong yang juga jurunilai profesional bagi Syarikat Rahim & Co pula memberitahu, penilaian yang dilakukannya pada Mei 2007 pula mendapati harga hartanah itu adalah RM3.5 juta atas alasan bangunan tersebut bukanlah satu bangunan lengkap memandangkan terdapat kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan.
Pada keterangan lain, Choy juga memberitahu, Rahim & Co adalah panel penilai yang dilantik oleh Bank HSBC Sdn Bhd bagi membuat penilaian terhadap hartanah tersebut untuk tujuan permohonan pinjaman oleh Mohamad Khir.

Kerajaan Pusat bawa masuk peninju israel



SHAH ALAM, 1 Nov: Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realitiThe Challenger Muay Thai yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.
Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.
“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, laporKeadilanDaily.
Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.
“Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan kaum Israel memasuki Malaysia.
“Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukan kaum Israel itu,” tegasnya.
Justeru itu, beliau menyeru kerajaan persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada kaum Israel dalam apa keadaan sekalipun.
Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, “dengan sokongan menteri sukan Malaysia.”
Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej. Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.
Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.