Pages

Saturday, July 23, 2011

Adakah UMNO itu lebih tinggi dari Agama?

Rasuah itu adalah ketagihan tegar - elok dirawat di pusat serenti
Apa yang nampak oleh dua biji mata kita tidak semesti sama dengan apa yang dilihat oleh mata kita yang lagi satu, iaitu mata hati. Dua biji mata kita tidak mampu untuk melihat sejauh kemampuan mata hati. Biji mata kita tidak akan nampak apa yang ada di sebalik dinding tempat kita bersandar. Tetapi mata hati boleh melihat sejauh mata sekali pun jika kita telah sampai dan pernah berada di tempat yang dilihat oleh mata hati kita.

Saya nampak semua pokok yang ada di halaman rumah saya di kampong walaupun saya melihat dengan mata hati saya dari Subang Jaya. Saya boleh lihat sekarang ini bagaimana keadaan di Baitullah kerana semua kita telah sampai kesana. Begitu juga kita masih boleh nampak bagaimana rakyat yang sedang berjalan ke Stadium Merdeka untuk berhimpun secara aman telah digempur oleh pihak Polis tetapi dituduh peserta rally itu yang melakukan keganasan.

Saya juga nampak dengan mata hati saya bagaimana Baharudin Ahmad meninggal dunia semasa rally tersebut dan saya masih melihat dengan jelas bagaimana polis telah memancutkan air ber chemical kearah peserta-pererta rally yang hendak berjalan secara aman ke Stadium Merdeka. Mata hati kita juga nampak bagaimana ramainya peserta rally yang datang untuk menyertai perhimpunan itu walaupun polis tersalah bilang jumlahnya dan memberitahu kita jumlah kehadziran rally tersebut hanyalah dalam lingkungan 6000 orang sahaja.

Pandangan mata hati yang jujur akan membuahkan pandangan yang telus dan jujur terutamanya kepada mereka yang tidak ada kepentingan peribadi. Pandangan mata hati juga mampu untuk membuat telahan yang paling hampir kepada kebenaran. Pandangan mata hati yang jelas juga boleh memberikan ‘intuition’ tentang apa yang akan berlaku lanjutan dari pandangan mata hati yang tajam itu.

Pandangan mata hati dan ‘intuition’ ramai itu semuanya menjurus kepada perasaan tidak sedap hati tentang nasib orang-orang Melayu serta rakyat negara keseluruhannya. Ahli-ahli dan pimpinan parti di peringkat bawahan hanya diperguna oleh pimpinan atasan untuk memperjuangkan keuntungan peribadi (mereka) dan tidak sanggup berkorban kerana kepentingan peribadi. Tenaga dan keringat rakyat di bawah di perah sehingga kering semata-mata untuk kepentingan pemimpin-pemimpin, isteri-isteri dan anak-anak pemimpin-pemimpin yang tidak pernah merasakan kesusahan hidup seperti ahli-ahli di bawah.

Kenapa begitu? Jawabnya ialah kerana renongan mata-mata hati yang tajam yang nampak jelas partinya akan terjerumus kepada keaiban jika masih tidak bersedia untuk berubah secara serius serta drastik dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Perubahan tidak mungkin terjadi di dalam UMNO kerana jika dilakukan perubahan yang besar maka perubahan itu akan menyekat mereka untuk bermaharaja lela dan memerah keringat rakyat lagi.

Sesungguhnya keenakan menjadi kaya raya terutamanya melalui rasuah adalah satu ketagihan yang tidak mungkin boleh diubati. Ketagih rasuah ini samalah seperti ketagih dadah yang tegar. Itu lah sebabnya ramai pemimpin yang tidak mahu langsung untuk memikirkan untuk bersara Ketagihan rasuah ini menyebabkan mereka bermati-matian untuk kekal dalam jawatan yang di sandang mereka. Mereka sanggup mengampu dan membodek pucuk pimpinan serta ahli-ahli keluarganya semata-mata untuk kekal di dalam nikmat kekayaan yang datang dari penat jerih rakyat yang ramai.

Keenakan duduk dalam kuasa akan membuatkan pemimpin-pemimpin yang ketagih kuasa dan keenakan ini melakukan apa sahaja, waimma menghancurkan pertubuhan politiknya sendiri. Pandangan rakyat tidak lagi di terima dan jika rakyat bangun menentang rakyat akan ditekan dengan kuasa-kuasa di tangan mereka untuk menindas perasaan rakyat yang ramai itu.

Rakyat tidak boleh berhimpun dan menunjukan ketidak puasan hati mereka walaupun secara aman. Perarakan yang aman di kecohkan oleh pihak polis dan akhirnya menyalahkan rakyat dan menuduh mereka sebagai perusuh. Sampai bila tekanan ini hendak dilakukan? Sampai bila?

Dalam pada itu mereka tetap hendak kekal dalam jawatan walaupun mereka sudah tidak lagi popular dan kedegilan ini tidak lain dan tidak bukan kerana ketagihan kuasa ini. Seseorng yang ketagihan dadah misalnya sanggup berbuat apa-apa sehinggkan ada kes penagih yang membunuh ibunya sendiri kerana ibunya tidak meberikan mereka wang untuk membeli dadah.

Itu sebabnya saya selalu menulis, jika pemimpin-pemimpin kerajaan itu sudah ketagihan dengan rasuah tiada jalan lain selain dari mengenepikan seluruh barisan yang sedang berkuasa dan yang sedang menghidapi penyakit ketagihan rasuah tadi.

Penagih-penagih ini harus di letakan di dalam pusat-pusat serenti agar mereka dapat dipulihkan agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Di pusat pemulihan itu mereka akan diajar segala ilmu fardhu ain dan diberitahu yang mana halal dan yang mana haram.

Mereka akan diberikan latihan untuk menjadi insan yang baik dan berdisiplin melalui latihan kawat dan senaman setiap pagi. Di pusat pemulihan itu juga mereka boleh diajar untuk mengakui yang ketagihan rasuah itu adalah satu dosa yang besar, sama seperti memakan daging saudaranya sndiri.

Rakyat sudah sampai ketahap sudah hilang kesabaran. Berbagai-bagai saluran digunakan untuk meminta mereka berubah tetapi tidak juga berubah. Akhirnya rakyat hendak berjalan secara aman ka stadium untuk menzahirkan kemarahan mereka tetapi di tahan dan di kecohkan oleh pihak berkuasa dengan pancutan gas pemedih mata dan kekecohan itu pula di alihkan kepada rakyat pula sebagai pihak yang merusuh.

Hendak berkumpul itu pun dijadikan sebagai kesalahan oleh akta dan undang-undang. Jika berkumpul lebih dari lima orang akan melanggar akta polis. Semuanya tidak boleh. Seluruh dunia memerhatikan kita dan mengkritik kita. kritikan masyarakat antarabangsa itu dianggap sebagai mencampuri hal ehwal negara kita. masyarakat antarabangsa pula yang bersalah.

Jadi yang tidak bersalah hanyalah mereka dari parti-parti kerajaan BN. Yang lain di seluruh dunia ini bersalah. Semuanya bersalah kecuali UMNO dan BN. Yang boleh membangunkan negara hanya UMNO. Parti lain tidak tahu membawa pembangunan. Kita hanya di minta mengenang budi UMNO sahaja. UMNO dan pemimpin mereka rasuah tetapi mesti juga di sokong kerana mereka pernah berjasa.

Jasa UMNO yang lepas-lepas itu mesti diingati dan terus disokong walaupun mereka sekarang melakukan rasuah yang besar-besar. Tidak boleh di tegur kerana jasa mereka banyak kepada rakyat. UMNO telah memberikan kemudahan api letrik dan air paip yang bersih. UMNO telah memberi subsidi gigi palsu. UMNO telah memberi lembu pawah kepada orang kampong. UMNO telah membangunkan bangunan yang tertinggi di dunia. UMNO telah melebarkan jalanraya dan sebagainya.

Maka kita wajar sokong UMNO walaupun mereka rasuah dan selalu menyalah gunakan kuasa. UMNO itu lebih tinggi dari agama. Meninggalkan UMNO atau tidak memberikan sokongan akan di anggap seperti orang murtad. Yang berhak menjadi orang yang terkaya hanya lah pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat ramai tidak boleh walaupun mereka yang membayar cukai.

UMNO ini seolah-olah sudah ditarifkan seperti agama baru. Jangan dilawan mereka. Kuasa yang ada kepada mereka itu bukan datangnya dari tuhan. Ianya datang dari UMNO itu sendiri. Maklumlah segala pembangunan dan rezki rakyat itu katanya datang dari UMNO.Begitulah gayanya UMNO hari ini 
-KK

VIDEO BERSIH 2.0 VERSI POLIS APCO - MAT SABU CABAR POLIS APCO TAYANG VIDEO PENUH TANPA EDIT

PERUSUH itulah ayat polis apco kepada rakyat yang mahu berhimpun secara aman untuk menuntut 8 tuntutan BERSIH kepada SPR. Polis apco cuba menutup bangkai gajah dengan kertas A4.

BERSIH dituduh PERUSUH, perhimpunan haram dan pertubuhan haram tetapi yang peliknya AGONG sudi untuk berbincang dengan BERSIH. Kalau haram masakan AGONG mahu bertemu dan berbincang. Akhirnya AGONG benarkan BERSIH berhimpun di stadium, tetapi polis apco dan umporno derhaka kepada AGONG, mereka tidak endahkan titah AGONG. Polis apco bukan lagi Polis Diraja Malaysia tetapi polis RAJA di Malaysia.

Mana ada PERUSUH atau perompak atau penyamun nak buat rusuhan atau rompakan akan umum tarikh dan tempat kecuali dalam filem P.Ramlee saja Ali Baba dan 40 orang penyamun...P Ramlee kata hari ini Sabtu setengah hari..esok Ahad holiday..kalau nak rompak hari Isnin bolehlah...

Manakala Mohamad Sabu atau Mat Sabu mencabar polis mendedahkan rakaman penuh CCTV mengenai kejadian kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncenginya pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu atau bersedia menghadapi saman sivil di mahkamah.



Timbalan Presiden PAS itu mendakwa, rakaman yang disiarkan oleh pihak polis semalam adalah rakaman yang telahpun diedit serta tidak menggambar wajah sebenar anggota polis terbabit.

Fitnah dalam adalah keterlaluan dan langsung tidak berlandaskan apa yang dilakukan ke atas saya (di tempat kejadian) itu," katanya di Komtar, Gergetown.

Beliau turut mengulangi tekad untuk menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid kerana menuduhnya beliau berlakon dicedera dek polis.

"Tarik balik fitnah ke atas saya dan kesihatan saya...maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau," ujar beliau.



Turut serta dalam sidang tersebut, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Mansor Haji Othman.

Kelmarin, Saleh menyifatkan dakwaan Mohamad Sabu diperlaku secara brutal oleh polis adalah palsu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,”ujar Saleh semasa tayangan video tersebut. Ligamen Lutut Mohamad tercedera hatta koyak akibat insiden brutal tersebut. Dalam pembedahan seminggu yang lalu, di bahagian pelipat lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.

Mohamad kemudiannya berkali-kali menafikan bahawa beliau berlakon duduk di atas kerusi roda sambil membawa filem x-ray yang menunjukkan lututnya menerima skru tersebut. SS

Khairy Dah Berani Lawan Tokey !!!


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta agar Ahli Parlimen Sungai Siput dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (OD) supaya dilepaskan. Khairy yang menyifatkan penahanan tersebut sebagai satu ‘salah faham’ akan menyatakan pendapat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadikan beliau sebagai pemimpin BN yang pertama berbuat demikian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau merasakan bahawa pihak kerajaan bertindak atas maklumat yang salah.
  • “Saya telah banyak mendengar ucapan daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar di Parlimen. Semua ucapan tersebut adalah hujah-hujah bernas dan tidak subversif,” kata Khairy.
  • Jeyakumar dan lima lagi ahli PSM telah ditahan di Pulau Pinang tujuh hari sebelum Perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan pada 9 Julai, mereka ketika itu bertindak mengedar risalah-risalah kepada orang ramai supaya menyokong kehendak kumpulan tersebut untuk mendapatkan pilihan raya yang telus.
  • Penangkapan ahli PSM adalah salah satu daripada tindakan kerajaan yang mendapat komen buruk di peringkat antarabangsa, termasuk dengan penahanan aktivis-aktivis Bersih di mana 1,600 orang telah ditahan pada 9 Julai. Walaupun hampir kesemua mereka telah dibebaskan, kumpulan ‘PSM 6′ masih lagi berada dalam penahanan.
Ordinan Darurat tersebut telah digubal pada tahun 1969 sebagai langkah sementara sebagai respon kepada tragedi 13 Mei, yang membernarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.
Sumber: Agensi

Misteri 907 Hospital Tung Shin – oleh Aishah



22 JULAI – Dahulu, ibu selalu akan memanggil anak-anaknya “masuk ke dalam, tengok langit tuh, kuning!” Mambang kuning katanya. Setiap senja menjelma, menghampiri malam, akan ada lah ia – mambang berwarna kuning.

Tapi kali ini, yang berwarna kuning di tengah-tengah bandaraya pada 9 Julai lalu bukanlah mambang yang ini, walau pun warnanya seakan sama.

Rentetan kes mambang kuning yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini, pelbagai spekulasi, ramalan mimpi dan jampi mantera ditemukan. Mulalah terdengar bisikan-bisikan jahat tentang siapa salah, siapa benar, siapa mangsa, siapa pembunuh.

Misteri di hospital

Dan sehingga ke detik 12 malam ini, masyarakat masih dihantui dengan misteri…dengan asap yang muncul dengan tiba-tiba. Kerana hantu merah tidak mengaku berbuat dajal di situ, tempat suci.

Pihak yang lain pula menuduh itu adalah kerja orang jahat yang ingin merampas kuasanya. Itulah dia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia bermotif politik untuk mendesaknya meletak jawatan.

Pihak polis berterusan menafikan terus pembabitannya yang salah laku dan melekatkan beban itu kepada orang ramai – ya, orang ramai yang disembur gas pemedih mata yang bersalah.

Kemudian tampillah kenyataan daripada 11 malaikat penyembuh – para doktor Hospital Tung Shin sendiri – yang mengesahkan dakwaan orang ramai, walau pun lembaga hospital tersebut sebelum itu memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku pun ketika perhimpunan aman 9 Julai.

Sebelas doktor ini tidaklah pula menyimpan keinginan untuk memihak pada sesiapa, hanya ingin berkata yang benar kerana perbuatan polis itu melanggar pengiktirafan sejagat – hospital sebagai tempat perlindungan.

Pimpinan DAP juga telah membawakan empat saksi yang berada di tempat kejadian; Teo Nie Ching, Liew Chin Tong, Tony Pua dan Zairil Khir Johari.

Namun, sehingga kini, tiada siasatan selain janji-janji kosong. Dan rakaman video polis yang disunting sebegitu rupa di mana hanya ‘kejahatan’ orang ramai dikatakan tertonjol manakala polis ‘baik’ saja rupanya.

Sementara itu, komander Unit Simpanan Persekutuan (FRU) polis pula boleh berseloroh dengan mengatakan FRU bertindak kasar semasa perhimpunan 9 Julai itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital, sekurang-kurangnya sebagai pesakit luar.

Agaknya dia itu buta, tidak mampu melihatkan keadaan orang ramai yang terjatuh dikejar, terkena kanister gas, patah tulang sana sini.

“Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian.” Malah, “Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.” –Supt (B) Sulaiman Menga Din

Apa pun prosedur operasi piawai (SOP) yang dipraktikkan, masyarakat cukup jelas dengan kesannya yang mencemar hak asasi manusia (HAM).

Malah, Malaysia kini sudah cukup malu untuk berdepan dengan komentar keras daripada media luar. Sehingga laporan dalam The Economist juga sanggup ditapis.

Sepatutnya kalau tidak bersalah, tindakan yang harus diambil pihak yang bertanggungjawab ialah dengan menepis, bukan menapis. Tetapi ini tidak dilakukan, atau tidak mampu dilaksanakan, kerana sudah terlalu banyak penipuan.

Konsep dan amalan hak

Konsep hak semulajadi atau ‘natural rights’ ini telah ada sejak berkurun lamanya, dan di Eropah, hak ini tertakluk bukan kerana seseorang itu warganegara tetapi kerana ia seorang manusia. Dan ini menjadi asas kepada ide hak warga, politik dan kebebasan agama.

Konsep HAM ini dapat dikesan dalam Declaration of the Rights of Man and of The Citizen (1789), Magna Carta (1215), dan sebagainya. Ia bermula dengan The Charter of the Rights of Nations of Cyrus (580-529SM).

Malah sejarah Islam telah mencatatkan hak-hak manusia dalam Piagam Madinah (622M). Dan ini jelas menunjukkan ia merupakan nilai yang relatifnya sama dan dikongsi, bukanlah sesuatu perkara asing yang dipaksakan.

Hal paling penting adalah idea non-violent/ ahimsa/ satyagraha/perhimpunan aman. Idea ini dibangun oleh Leo Tolstoy, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King sebagai penolakan terhadap tindakan kerajaan yang tidak beretika.

Dan pada prinsipnya, jika kebangkitan diinginkan rakyat, ia bertujuan membawa perubahan dan menamatkan eksploitasi pemerintah yang sedia ada, sama ada penjajah atau kerajaan sendiri. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Gandhi itu yang akhirnya berjaya mengusir penjajah dari ibu pertiwinya.

Ia justeru bermasalah, apabila media massa kawalan Barisan Nasional sengaja mengaitkan perhimpunan aman di negara ini dengan keganasan mau pun gerakan pemisah di luar sana.

Mungkin ada sedikit kegusaran pemerintah di situ, bimbang kuasanya tercabut, kepercayaan rakyat sudah lama lenyap. Kerana selalunya, gerakan rakyat tertindas berjaya di beberapa tempat di dunia, antaranya gerakan civil rights di Amerika Syarikat dan anti-apartheid di Afrika Selatan.

Melihat aksi orang ramai dan reaksi kerajaan dalam menangani fenomena ini, jelas menunjukkan ada usaha untuk menutup kebangkitan kesedaran publik.

Dahulu, ruang demokrasi di Malaysia ini tidak subur, malah ada yang mengatakan ia telah terkubur.

Tetapi kejadian demi kejadian pasca 2008 dan proses pendemokrasian seperti yang berlaku baru-baru ini menunjukkan ia petanda baik bagi negara yang ‘hidup’.

Tuntutan hak demokrasi ini, jika direalisasikan dan menjadi budaya, akan mudah merungkaikan misteri 907 Hospital Tung Shin. – Roketkini.com

BERSIIH 2.0 - Khalid Samad Pertimbang Saman pihak Polis.

KUALA LUMPUR 22 Julai -  Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala akibat ditembak kanister gas pemedih mata 9 Julai lalu, mempertimbangkan untuk mengemukakan saman terhadap polis.

Ia berikutan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta himpunan Bersih dan menjadikan beliau antara sasaran keganasan tersebut.

“Kita akan tunggu dan saya akan mendapatkan nasihat pihak peguam dan saya akan mempertimbangkan untuk menyaman pihak polis di mahkamah” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Beliau pada masa sama menyifatkan pihak polis cuba menegakkan benang yang basah apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat berbohong dan berlakon tentang keganasan yang dilakukan polis dan FRU.

Pada 9 Julai lalu, Khalid Samad mengalami kecederaan teruk di kepala selepas terkena kanister gas pemedih mata FRU di laluan bawah KL Sentral, semasa himpunan aman Bersih 2.0.

Kanister tersebut- juga dipercayai digunakan tentera Israel- turut menyebabkan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Al-Bakqry mengalami kecederaan parah, menyebabkan tulang pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Fayyadh pada masa itu cuba melindungi Anwar dari terkena serangan kanister gas itu.

Sekurang-kurangnya 12 tembakan mendatar dilepaskan ketika peserta himpunan itu terperangkap di laluan bawah KL Sentral, dengan tembakan tidak disasarkan 45 darjah ke udara seperti sepatutnya.

Ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kelmarin, peguam yang mewakili Fayyadh, N Surendran berkata, tembakan gas itu diarahkan oleh Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

N Surendran berpendapat tindakan itu merupakan satu usaha serius untuk mendatangkan kecederaan, malah membunuh orang ramai. KLP