Pages

Saturday, July 9, 2011

Mangsa Gas Pemedih Mata Meninggal





KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan
water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh
dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang
Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata
 di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau
 dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk
 lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak
sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.HD

Lima MP Pakatan ditahan, ribuan penyokong Bersih menuju pusat KL


Lima MP Pakatan ditahan, ribuan penyokong Bersih menuju pusat KL 
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Sementara lima Lima Ahli Parlimen sudah ditahan sehingga 1 tengah hari, ribuan penyokong Perhimpunan  Bersih 2.0 berarak ke pusat bandar raya untuk Stadium Merdeka. 
Kumpulan dari pelbagai lokasi — kawasan Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan dan Pudu-Bukit Bintang memfokus kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank-Kompleks Kota Raya sebelum meneruskan perarakan mereka ke Stadium Merdeka yang jaraknya kira-kira dua kilometer. 
Di kawasan berhampiran Menara Maybank, peserta Perhimpunan Bersih 2.0 cuba dileraikan oleh FRU dengan melepaskan gas pemedih mata, tetapi mereka melawan menyebabkan FRU berundur dan tembakan gas pemedih mata susulan dilepaskan. 
Kira-kira 12.45 tengah hari tadi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan di stesen KL Sentral. 
Selain mereka tiga wakil rakyat lain turut ditahankan. 
Dua daripada mereka ialah ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. 
Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR. 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga ditahan. 
Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan. 
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral. 
Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi. 
Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang.
The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis. 
Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur. 
Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni. 
Perhimpunan Bersih 2.0 berhadapan dengan perhimpunan balas Pemuda Umno, yang menggerakkan Patriot dengan disertai kira-kira 200 hingga 300 orang. 
Mereka berkumpul di kawasan Bukit Bintang.

Polis lepaskan Gas