Pages

Wednesday, June 8, 2011

Lintah Raksasa Serang Jawa Tengah


DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam.
Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat.
Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut.
Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan.
Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.
Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.
"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi

Masjid Palestin Dibakar-Tebing Barat


RAMALLAH - Beberapa orang bertindak membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat awal pagi semalam dan menconteng dinding dengan perkataan Ibrani.
Menurut Ketua Kampung el-Mughayer, Faraj al-Nassan, penduduk kampung mengetahui mengenai kebakaran itu semasa mereka pergi untuk bersolat subuh.
Karpet masjid itu terbakar tetapi kebakaran tersebut tidak merebak.
Menurut ketua kampung itu, pembakaran itu yang menggunakan tayar di dalam kawasan masjid sebenarnya bertujuan untuk menyebabkan bangunan masjid terbakar.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku untuk bertanggungjawab terhadap tragedi itu.
Namun, penduduk Yahudi dipercayai menjadi suspek yang membakar masjid berkenaan kerana terdapat contengan perkataan Aley Ayin yang merupakan kawasan penempatan haram Yahudi.
Kawasan penempatan haram itu diarahkan kosong oleh pemerintah Israel pada minggu lalu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk percubaan untuk membakar masjid itu. - Agensi

Payu Dara Kerani Bertukar Hitam

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.
Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.
Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.
Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.
Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.
Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.
Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah.KS


Mat Sabu-akan Jadi Senjata Last Minit Umno/Bn Untuk PRU 13

Kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden Pas untuk  dua tahun sememanglah kehendak akar umbi  ahli dan penyokong Pas, kerana buat pertama kali dalam sejarah,  orang nombor dua Pas bukan berlatar belakangkan  pendidikan agama.
Semua orang tentu tahu segala rekod peribadi ahli politik pembangkang ada di Putrajaya. Jika kerajaan Umno/Bn nak  guna bila-bila masa tak ada masalah untuk mengaktifkannya.
Rekod mahkamah Mat Sabu  dalam isu khalwat beliau di bilik 121 Hotel  Perdana,  Kelantan akan diaktifkan semula di media arus perdana kerajaan.
Manakala untuk melambangkan Mat Sabu orang kuat syiah,  sudah pasti akan tersebar gambar-gambar, video dan youtube amalan syiahnya sama ada di dalam dan luar negara .
Semua itu memungkinkan penyokong Pas dan PR yang bermazhab sunni  serta orang atas pagar yang benci syiah dan Mat Sabu,  tidak akan menyokong Pakatan Rakyat.
Semua ini adalah kemungkinan besar akan dilakukan oleh Umno/Bn untuk mempertahankan Putrajaya.
Pakatan Rakyat mesti bersiap sedia dengan menggunakan segala kemampuan yang ada untuk berdepan taktik kotor Umporno ini.-darikakigunungjerai.blogspot.com