Pages

Friday, May 27, 2011

Bil Elektrik Naik Lagi!!!!!

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.


NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.



Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.


“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.



Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.



Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. MK



Perwakilan Pas Perlu Pilih Pimpinan Kelantan Ke Pusat-Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran pusat parti itu bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
Justeru, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong penuh dua Exco Kerajaan Negeri bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan akhir minggu depan.
Dua exco itu ialah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Selain dua wakil rakyat itu, seorang lagi yang bertanding kerusi naib presiden kali ini ialah Salahuddin Ayub.
Salahuddin yang mahu mempertahankan jawatannya merupakan ahli Parlimen dari Kelantan, tetapi berasal dari Johor.
“Kelantan ada kerajaan PAS. Oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh dibawa ke pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas,” kata Nik Aziz (gambar) dipetik Sinar Harian hari ini.
Bagaimanapun, Nik Aziz memberitahu jika terpilih beliau menasihatkan pemimpin berkenaan perlu bijak membahagikan masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.
“Tidak ada masalah walaupun dua orang... (tetapi) jangan jejas mesyuarat Kelantan, masa mesyuarat Exco ada, nak atur macam mana terpulang, jangan bertembung.
“Macam pengalaman sebelum ini, Datuk Halim Abdul Rahman (bekas timbalan menteri besar) yang dilantik (ke) Dewan Harian, banyak dia tak dapat hadir,” kata beliau dalam laporan itu.
Menyentuh mengenai pertandingan peringkat timbalan presiden, Nik Aziz memilih untuk berkecuali dan menyerah kepada perwakilan walaupun spekulasi mengatakan beliau menyokong naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Itu saya tidak boleh komen, kebetulan Tuan Ibrahim anak saudara saya. Kalau saya sokong pun, saya tidak boleh sebut,” katanya lagi.
Awal minggu ini, Tuan Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, kerusi yang hendak dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga memutuskan untuk bersaing di peringkat timbalan presiden.
Dalam pada itu, jawatan naib presiden PAS bakal menyaksikan pertarungan melibatkan enam penjuru termasuk tiga daripadanya wakil rakyat dari Kelantan.
Selain Husam, Mohd Amar dan Salahuddin turut akan bertanding ialah Datuk Mahfuz Omar, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan Idris Ahmad.MI

PKR Siap Sedia,Jentera Parti Diaktifkan-Untuk PRU 13

Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.

Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.

NONENaib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.

“Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi,” katanya ketika dihubungi.

Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka.

“Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri,” katanya yang ahli parlimen Batu itu.

NONESeorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.

“Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan.

“Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini,” katanya.

Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 3Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara. 

Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu.

“Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la,” kata sumber itu.MK

Nizar Sah Tanding Naib Presiden

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menamatkan teka-teki dengan menjadi orang terakhir mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS kali ini.

Pihaknya telah menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi, lapor Harakahdaily.

Dianggap sebagai 'selebriti' PAS, Mohamad Nizar dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.

NONEBeliau akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah; dan Idris Ahmad.

Manakala Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli yang sebelum ini mahu bertanding membuat 'pusingan u' beberapa jam sebelum tutup waktu akhir pengesahan pada jam 5 petang ini.

Bintang baru PAS itu mula menyinar selepas dilantik memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Antara 3 calon pilihan


Sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya, tetapi selepas bergelut mempertahankan 'maruah' kerajaan Pakatan Rakyat daripada dirampas, menyebabkan karismanya semakin menyerlah.

Walaupun kerajaan Pakatan yang dipimpinya runtuh selepas 11 bulan, beliau masih berjaya mengekalkan momentum pembangkang apabila menang dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang pada April 2009.

azlanTidak terhenti di situ, beliau kemudiannya menang dengan undi terbanyak dalam pemilihan parti dua bulan kemudiannya selepas bergelar ahli parlimen.

Sehubungan itu, pemerhati politik melihat beliau merupakan salah seorang calon pilihan untuk mengisi kekosongan satu daripada tiga kerusi naib presiden.

Sementara itu, dua lagi calon tumpuan dalam persaingan itu adalah exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan naib presiden sekarang Salahudin Ayub.

Husam sebelum ini pernah menyandang jawatan itu. Beliau merupakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dianggap anak emas mursyidul am PAS itu.

Lebih mudah pilih


Manakala Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian antara pemimpin kanan PAS yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab besar mengetuai pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dan DUN Tenang sebelum ini.

azlanPemerhati politik juga menyifatkan tentangan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz juga tidak kurang hebatnya khusus perjuangannya membantah saman ekor melalui kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Bagaimanapun ketika mengumumkan pendiriannya bertanding naib presiden, beliau mengakui 'agak sulit untuk mendapat tempat' kerana kemampuan dan kebolehan calon lain.

Mohd Amar dan Idris pula dilihat sebagai calon yang boleh mengisi 'kuota ulama' bagi menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Disebabnya hanya enam -- daripada 14 yang layak -- menyahut pencalonan kawasan, ia lebih memudahkan sejumlah 1,100 perwakilan membuat pilihan.MK