Pages

Sunday, May 15, 2011

Perkasa Sedia Lancar Perang Salib-Ibrahim Ali

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika 
mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara 
ini.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita 
ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan
sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan 
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi, 
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan 
orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti 
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.