Pages

Wednesday, May 11, 2011

Umno Dua Kali Bodoh-Ahmad Maslan

Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar
NONE

Datuk Ahmad Maslan yang berkata Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.
Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.
Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.
Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.
Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.sumber
NONEFathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.
Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.
Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.
"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.-MALAY MERDEKA

BN Rancang Pilihan Raya Olok-Olok Hadapi PRU-13



KUALA LUMPUR, 11 Mei — Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang akan bermesyuarat Jumaat ini dijangka akan mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya olok-olok akan dibentangkan dalam mesyuarat Jumaat memandangkan Umno akan mengadakan pemilihan parti Julai ini.
“Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi pilihan raya negeri Sarawak, analisis keputusan pilihan raya itu, pendaftaran pengundi dan saya akan membentangkan kertas kerja ‘dry run’ itu,” katanya.
Bernama Online melaporkan parti komponen BN Sarawak juga akan membentangkan laporan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat menambah bilangan kerusi dari tujuh kepada 15, dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar dari beberapa pilihan raya kecil yang telah diadakan termasuk keputusan pilihan raya negeri Sarawak.
Ia juga termasuk mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum Singapura Sabtu lalu sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan tarikh pilihan raya umum sehingga hujung tahun ini atau awal 2012 bagi memastikan sokongan Bumiputera dan pengundi India seterusnya memastikan kemenangan dua pertiga Parlimen.
Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sokongan Melayu terhadap Umno akan meningkat selepas pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan diri beliau untuk mencalarkan imej Pakatan Rakyat sebagai tanda pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini.
Tapi sumber BN berkata Najib masih berhati-hati untuk mengadakan pilihan raya umum selagi beliau tidak yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga yang mana kini dilihat agak mustahil selepas sokongan orang Cina di Sarawak menunjukkan penurunan sokongan yang besar.
MCA telah mengalami kekalahan besar pada pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga — yang mana parti itu hanya menang 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingi.MI

Mca Suruh Pulau Utusan Memang Tepat-Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.

NONEMenulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?" tulisnya.

Utusan Malaysia
 pada muka depannya semalam meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai 'pandi kutty' - perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.
Malah, akhbar milik Umno itu mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”
Gesaan yang tepat