Pages

Friday, March 18, 2011

Situasi Nuklear di Jepun kekal serius-PM

TOKYO, 18 Mac — Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata kerajaannya telah mengeluarkan kesemua maklumat berkaitan dengan bencana berganda ke atas di kompleks Fukushima Daiichi yang turut mengakibatkan negara itu berhadapan dengan krisis nuklear.
“Kami jujur mengatakan situasi kemalangan loji nuklear masih kekal sangat serius,” kata beliau dalam ucapannya kepada rakyat negara itu menandakan minggu pertama sejak gempa bumi dan tsunami melanda wilayah timur laut Jepun.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa Yukiya Amano berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan mesyuarat luar biasa mengenai loji tenaga nuklear Jepun, Isnin ini.
Amano mengumumkan rancangan itu pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, bekalan elektrik ke reaktor No 4 loji tersebut boleh dipulihkan pagi esok, kata operatornya Tokyo Electric Power Co.
Awal hari ini, agensi keselamatan nuklear Jepun berkata tenaga elektrik kepada reaktor No.1 dan No.2 juga akan pulih pagi esok.
Bekalan elektrik diperlukan untuk mengawal peningkatan suhu dan sekali gus mengelakkan kebocoran radiasi bertambah buruk. — Reuters

Potong kaki dengan gergaji hidup-hidup- sampai mati

Seorang lelaki cacat telah memotong kakinya dengan gergaji kerana kecewa dengan keadaan kakinya yang cacat akibat ditembak jiran semasa pergaduhan kecil berkenaan masalah anjing sepuluh tahun lalu.
Ketika pasukan Paramedik tiba di rumahnya mendapati gergaji masih tertanam dikakinya   SUMBER

Makin terukkkkkkkkkkkkk !!!!!!!!! mayat bayi tanpa tangan dan kaki ditemui

alt
Mayat seorang bayi dijumpai dibuang dalam keadaan mengerikan berhampiran kawasan pembinaan di Desa Relau, Paya Terubong di sini petang tadi. Mayat bayi yang dipercayai berusia sehari itu dijumpai kira-kira 4 petang tanpa tangan dan kaki serta alat sulit dipercayai telah dimakan oleh haiwan liar.
Seorang pekerja di situ Shanvogavellu, 30, yang menjumpai bayi itu berkata pada mulanya dia menyangka bayi itu sebatang pokok pisang. "Namun apabila saya melihat lebih dekat, saya dapati ia mayat bayi yang tidak mempunyai tangan dan kaki. "Saya terkejut melihat mayat bayi itu. Saya terus hubungi polis selepas memberitahu majikan saya mengenainya," katanya kepada pemberita.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan tentang penemuan mayat bayi tersebut. Mayat bayi itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan hingga kini polis belum mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut. Polis menyisat kes itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba menyembunyi kelahiran dan menyebabkan kematian.Bernama