Pages

Wednesday, March 16, 2011

Malaysia cabul hak asasi manusia-CHRI

Malaysia gagal mengotakan janjinya untuk memperbaiki rekod hak asasi, di sebalik dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata sebuah laporan antarabangsa.

NONEMenurut kumpulan Insiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia bukan sahaja meneruskan undang-undang kuku besi tetapi gagal mempertahankan hak kumpulan tertindas yang dijanji negara ketika dilantik ke majlis PBB pada 2006.

"Di sebalik ikrar Malaysia bagi menyokong tindakan antarabangsa bagi memperjuangkan hak mereka yang tertindas termasuk kanak-kanak, pelarian, pencari suaka politik, pendatang asing sama ada sah ataupun tidak, - petik laporan itu.