Pages

Tuesday, March 15, 2011

Jumpa Bom lagi

AMPANG: Polis memberkas 14 lelaki dan menemui pelbagai senjata termasuk bom yang dipercayai mengadakan perbincangan untuk melakukan jenayah berhampiran sebuah kedai besi buruk, di Pandan Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.
Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kira-kira jam 9.30 malam ketika kumpulan itu duduk berkumpul sebelum polis menjalankan pemeriksaan.

Bekas rakan niaga nak bongkar skandal sex Umi

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBaginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.MK

Adik Karpal meninggal-kes liwat II ditangguh



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu adik lelaki peguam bela utama, Karpal Singh telah meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair yang berkata adik bongsu Karpal, Balwinder Singh meninggal dunia pada jam 11 malam semalam di Pulau Pinang.

azlanKatanya, Karpal akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terpaksa terbabit dengan acara keagamaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah. Beliau juga merakamkan takziah kepada Karpal dan keluarganya.

Hakim Mohd Zabidin kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini.

Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu. Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan ketua pembangkang itu membekalkan sampel DNA untuk diuji.

PM sahkan radioaktif bocor dari loji nuklear

March 15, 2011
TOKYO, 15 Mac — Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengesahkan radiasi keluar daripada loji tenaga nuklear di timur laut negara itu selepas awal pagi tadi letupan kali ketiga dalam tempoh empat hari dilaporkan.
“Tahap (radioaktif yang keluar) nampak sangat tinggi dan tahap risiko yang tinggi bagi radiasi keluar (dari loji),” kata Kan dalam kenyataan dikeluarkan menerusi televisyen sebentar tadi.
MI

Nik Azziz Tunggu pemimpin MCA tanpa syarat

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kunjungan pemimpin MCA bagi membincangkan pengharaman jualan loteri di negeri itu tanpa sebarang syarat, kata setiausaha akhbarnya.

Ahmad Fadhli Shaari berkata, tarikh dan tempat pertemuan itu bagaimanapun akan ditentukan kemudian, dijangka lusa (Rabu), apabila Nik Aziz pulang menghadiri program di Kedah.

"Kita mengalu-alukan kesediaan MCA untuk bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz). Beliau terbuka, tak ada masalah," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS negeri.

Ketika dihubungi  hari ini, Ahmad Fadhli (kanan) berkata, pihaknya dimaklumkan oleh MCA semalam berhubung perkara itu.

Semalam, setelah ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA, presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pihaknya mahu bertemu Nik Aziz bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, kecuali Nik Aziz, MCA tidak beminat berjumpa dengan sesiapapun bagi mendapatkan penjelasan kenapa pengharaman dibuat itu dibuat selepas 20 tahun PAS berkuasa di Kelantan.