Pages

Monday, March 14, 2011

Harussani hukum Nik Aziz tanpa penjelasan, kata PAS

Harussani
KUALA LUMPUR, 14 Mac — Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan tindakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga” tanpa mendapatkan penjelasan bertentangan dengan prinsip selaku tokoh agama. Malah pemimpin-pemimpin PAS menggesa Harussani agar membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS itu berhubung tulisan terbaru Mufti Perak itu dalam Mingguan Malaysia, 6 Mac lalu.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Harussani sepatutnya tidak boleh membuat sebarang keputusan selagi tidak mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak.
“Sebagai seorang mufti, Harussani tidak boleh mengeluarkan kenyataan dengan hanya berpandukan satu atau dua sumber sahaja dan sepatutnya beliau mendapat penjelasan sebenar dari Datuk Nik Aziz.
“Beliau tidak boleh keluarkan apa-apa kenyataan dengan hanya bersandarkan laporan media... jadi bila beliau sudah keluarkan kenyataan itu maknanya beliau kena jelaskan tuduhan itu kepada Datuk Nik Aziz,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Justeru, kata Tuan Ibrahim, Harussani perlu menjelaskan tuduhan itu kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dan keengganan berbuat demikian adalah satu tindakan yang tidak wajar bagi seorang mufti.
“Beliau tidak boleh lari tapi kena jawab dan beri penjelasan kepada Datuk Nik Aziz... tindakan tidak mahu jawab adalah satu tindakan yang tidak betul sebagai seorang mufti.

Chong Wei Kekalkan Kejuaraan All England 2 tahun beturut-turut

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei membenam musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England awal semalam.
Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.
Pemain tinggi lampai itu mempamer serangan agresif yang gagal ditangkis Lin Dan.
Kemenangan kali kedua Chong Wei dalam All-England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton di arena itu manakala penyokong Malaysia di tanah air mengikutinya siaran secara langsung di televisyen satelit.
Sementara itu beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula gagal mengulangi kejayaan 2007 apabila kecundang pada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark.
Meskipun memiliki kelebihan setelah menang set pertama dan memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan, Koo dan Tan akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia itu dengan pungutan mata 21-15, 18-21, 18-21.
Dalam saingan perseorangan wanita, Wang Shixian dari China dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Eriko Hirose dari Jepun 24-22, 21-18.
Rakan sepasukannya Wang Xiaoli dan Yu Yang pula mudah mengenepikan Mizuki Fujii/Reika Kaiiwa dari Jepun 21-2, 21-9 sekaligus menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.
China turut menggungguli acara beregu campuran apabila Xu Chen/Ma Jin menewaskan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand 21-13, 21-9. — Bernama