Pages

Saturday, March 12, 2011

Tidak ada letupan berlaku dekat reactor nuklear Fukushima-Jepun


Kerajaan Jepun telah mengesahkan ada letupan di reactor nuklear 1 Fukushima tapi tidak belaku di reaktor nya bermasalah , kata jurucakap kerajaan Yukio Edano.
Dalam sidang media Ketua Setiausaha Kerajaan  juga mengatakan , syarikat pembekal tenaga elektrik-Tokyo Electric Power Co, telah mengesahkan tidak ada kerosakan pada bekas keluli yang menempatkan reaktor tersebut..SUMBER.

Murid 11 tahun lebih bijak dari Saintis terkenal

CLAVERLEY - Seorang murid perempuan, Victoria Cowie (gambar) yang baru berusia 11 tahun dikatakan lebih bijak berbanding saintis terkenal seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking kerana dia memiliki skor kecerdasan (IQ) mencecah 162, lapor sebuah akhbar semalam.
Kepintaran Cowie diakui selepas dia mendapat skor 162 dalam ujian IQ.
Pencapaian itu adalah lebih baik daripada skor yang diperoleh oleh saintis terkenal, Albert Einstein, Stephen Hawking dan pengasas perisian komputer, Bill Gates iaitu 160.

Lebih 1000 orang maut-gempa bumi di Jepun


Pemandangan di kawasan lapangan terbang Sendai, Jepun yang rosak teruk akibat tsunami susulan gempa bumi semalam. — Foto Reuters



  Rumah-rumah di Kesen Numa, Miyagi yang dilarikan tsunami semalam. — Foto Reuters TOKYO.

Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.
Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.
Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.
Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.
Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.
“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.
“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.
Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.
Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.
Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.
Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.
Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.
Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters