Pages

Friday, March 11, 2011

Gempa bumi 8.9 skala Richter di Jepun -Tsunami 13 kaki


06:57 GMT 11 Mar 2011
TV NHK Jepun menyiarkan senario banjir melanda banyak lokasi di sepanjang pantai Jepun, dengan puluhan kereta, kapal dan bahkan bangunan yang dihanyutkan air. Sebuah kapal besar dihanyut oleh tsunami melanggar benteng pemecah ombak di bandar Kesennuma di Wilayah Miyagi, menurut rakaman NHK.

Pihak berkuasa cuba untuk menganggarkan kerosakan akibat gempa tetapi tidak memiliki butiran terkini.

Gempa yang melanda 02:46 diikuti oleh siri gempa susulan, termasuk satu gegaran 7.4 skala richter berlaku 30 minit kemudian. Bacaan US Geological Survey menunjukkan kekuatan gempa bumi pertama adalah 8.9 skala richter.

Badan meteorologi mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik seluruh Jepun. TV NHK memberi peringatan orang ramai yang berada di pantai supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata amaran tsunami dikeluarakan untuk Jepun, Rusia, Marcus Island dan Marianas Utara. Amaran bejaga-jaga telah dikeluarkan untuk Guam, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii.

Fesyen rambut penjenayah!!!!!

Agak-agak kat Malaysia dah ada ke fesyen mcm ni...Cuba tgk sekeliling kita, CM, Petaling Street, Bangsar, Bintang Walk dan kawasan2 sewaktu dengannya..!!
darikakigunungjeraiblogspot.com

Gaddafi gila fesyen

Kolonel Muammar Gaddafi bukan sahaja gila kuasa sehingga sanggup membunuh rakyat Libya sendiri, malah jika anda perasan Gaddafi juga kaki bergaya. Dia suka berpakaian yang pelik-pelik ketika hadir dalam apa-apa majlis dan mesyuarat rasmi di dalam Libya atau luar negara.

Mathematik dalam solat

Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.
Maksudnya?
Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat.....

Budak terumbu karang


TUBUH badan Li Shenghan kelihatan seperti terumbu karang.


BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.
Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.
Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.
Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.
Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.
Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.
Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup. - Agensi